BAB 1

Romance Completed 2401

Sebuah coretan untukmu, Ratna...

Menggeletar tanganku saat menerima sepucuk surat yang tertera namaku di atasnya.

Aku sememangnya sudah dapat meneka kiriman surat bersampul warna hijau muda itu pastinya dari dirimu kerana sememangnya warna hijau adalah warna kegemaranmu.

Hijau adalah warna kegemaran Rasullullah SAW dan warna penuh kedamaian.

"Juna, harus kau tahu bahawa mencintai tidak bererti memiliki, menyayangi dan mengasihi tida bermakna ia akan menjanjikan dua orang insan itu dapat hidup bersama Semua itu sama saja, ia mungkin hanya impian belaka. Kita hanya mampu merancang tetapi semuanya adalah kerja tangan Allah, Dia Maha pencipta dan semuanya ini adalah ketentuan darinya.

AKu merasakan kita akhiri saja perhubungan kita dan cukuplah setakat sampai di sini percintaan kita Juna... Kita memang saling mengasihi namun kedaan memaksa kita untuk berpisah.

Lupakan saja semua impian kita kerana tidak semua impian akan menjadi kenyataan dan itu adalah reality yang harus kau tahu.

Jika sudah tertulis jodoh kita, pasti kita akan bersua lagi di mana saja ceruk dunia ini meskipun selepas terpisah bertahun lamanya, anggaplah kehadiran aku ini dalam hidupmu sebagai orang yang singgah sebentar dalam fasa hidupmu.

Suatu hari nanti kau dan aku pasti akan mengerti apa sebenarnya hikmah di sebalik perpisahan ini. Kau tak akan mengerti kini, biarlah ia kekal begitu menjadi rahsia yang ku simpan di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience