BAB 8

Romance Completed 2401

Siapapun aku yang kau anggap dan seburuk mana sangkaanmu padaku, aku sudah bersedia menghadapinya. Aku rela menerimanya dengan hati yang
terbuka.

Kau berhak untuk berkata apa saj selepas hatimu disakiti. Maafkan aku, Juna kerana tergamak melukakan hatimu.

Andai kau berada dihadapanku di saat itu, ingin saja aku menangis melutut di kakimu untuk memohon keampunan.

Aku pasti bertahun kemaafan ku buru darimu takkan cukup membasuh dan merawat lukamu.

Harus kau selalu tahu bahawa tak semua yang diimpi akan menjadi kenyataan. Cinta pada manusia atau kebendaan tiada yang kekal.

Samaada dia atau diri sendiri akan pergi. Itulah hakikatnya.Biar kering air mata, ia tidak akan memberi makna.

Aku tahu kau menduga ku curang dan berubah kasih namun ia tidak benar dan aku juga tidak mahu terikut dengan fikiran dan dugaan ku itu kerana takut jiwaku lemah kerana Tuhan ssaja tahu bagaimana kuatnya aku menghadapi semua ini.

Aku meneruskan memburu cita-citaku, jauh di sudut hatiku tetap saja aku berharap jodoh kita akan bertemu jua.

Namun ketika aku menghadapi peperiksaan akhir pengajianku di tingkatan enam, aku mendapat perkhabaran bahawa dirimu telah selamat disatukan dengan gadis yang kau kenali di maktab perguruan tempat kau belajar.

Ku fikir aku kuat namun tanpa sedar manik jernih deras membasahi pipiku. Segala harapan dan penantianku selama ini berakhir sudah dan lampu harapan yang ku pasang sedari dulu agar laluan cinta kita sentiasa terang benderang dan kita takkan sesat dari laluan terpaksa ku matikan kerana kau tak berniat untuk kembali kepadaku.

Segala impian yang ku semai dalam diam telah musnah lantas apa lagi yang harus kunanti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience