Raja kejahatan

Fantasy Series 761

Danny membaling botol kacak di dinding. Dia begitu geram. Aura kejahatan muncul di sekelilingnya yang berwarna merah. Dia duduk.

"Kenapa Tuanku?" Soal seorang lelaki. Dia tunduk bawah dan tidak mahu bertentangan mata dengan raja kejahatan.

"Kau boleh tanya kenapa? Kau tahu tak yang dark angle tu hilang. Kalau dia jumpa darah keturunan manusia, daemon dan goblin macam mana?"

"Maksud tuanku?" Soal lelaki itu.

"The last one sudah lahir begap!" Marah Danny.

"Macam mana tuanku tahu?" Soal lelaki itu.

"Sebab aura dia aku boleh rasakan. Dia akan kalah kan aku" Gelisah Danny.

"Tuanku jangan risau. Kita boleh kesan the last one dengan aura dia. Kita akan bunuh dia sebelum dia tumbuh kepak"

"Idea yang bagus. Dah berambus"

Lelaki itu keluar dari situ. Danny adalah raja kejahatan. Dia sudah hidup selama 500 abad tapi wajahnya masih muda. Dia yang memerintah kota Zurich. Danny geram dengan Pika iaitu perempuan yang dia arahkan jaga dark angle.

"The last one" Danny mengigil ketakutan apabila menyebut nama itu. Dia takut kerana kuasa the last one itu lebih kuat berbanding dirinya.

"Ahli sihir" Panggil Danny. Beberapa ahli sihir perempuan datang menyembah Dannya. Hidung mereka seperti buah pisang. Kulit mereka berkedut dan rambut mereka putih.

"Kau tahu tak yang the last one sudah lahir?" Soal Dannya. Ahli sihir terperanjat.

"Macam mana dia boleh lahir, Danny?" Soal ahli sihir.

"Sebab dark angle sudah bertemu dengan darah campuran manusia, daemon dan goblin"

"Macam mana ni, Dannya. The last one bakal akan menyerang kita. Kuasa dia kuat" Ahli sihir juga ketakutan.

"Jangan risau. Kita kena cari dia sebelum dia tumbuh kepak"

"Macam mana nak cari dia, Danny?" Soal ahli sihir.

"Aura dia aku dapat rasakan tapi aku tak tahu dia di mana. Kalau aku jumpa dia, aku akan bunuh dia"

"Danny, kita akan berkerjasama"

Dannya mengangguk. Ahli sihir dan raja kegelapan saling melengkapi. Jika ahli sihir tiada, raja kejahatan juga tiada. Ini kerana mereka saling bergantung antara satu sama lain. Sebab itu ahli sihir tinggal bersama raja kejahatan untuk mengelakkan ahli sihir disakiti dan dicederakan.

Perkara ini pernah berlaku beberapa tahun dahulu ketika penduduk kota Zurich menyerang ahli sihir. Ini kerana sikap ahli sihir suka menyihir orang lain. Raja kejahatan juga terkena tempiasnya. Dia hampir mati apabila ahli sihir makin berkurangan. Dia juga selamatkan ahli sihir untuk dirinya juga. Dia melarang penduduk kota Zurich menyerang ahli sihir. Jika ada sesiapa yang menyerang ahli sihir, dia pasti akan dikenakan hukuman pancung.

Penduduk Zurich tidak tahu bahawa kelemahan raja kejahatan adalah ahli sihir. Jika raja kejahatan dibunuh, ahli sihir juga akan mati. Ahli sihir itu ibarat nyawa raja kejahatan. Lebih kurang 3000 ahli sihir dia ada. Semakin ramai ahli sihir semakin kuat dan nyawa dia bertambah.

Ahli sihir juga hanya satu saja nyawa iaitu raja kejahatan. Mereka sentiasa melindungi raja kejahatan daripada bahaya. Ahli sihir adalah perempuan yang mengamalkan ilmu yang salah. Mereka harus melakukan ilmu-ilmu yang tidak masuk akal untuk menjadi ahli sihir.

Antara ilmu yang mereka harus pelajari adalah hisap darah seorang wanita setiap tahun. Makan daging mentah, tidur bersama raja kejahatan, bunuh anak lelaki yang berusia tujuh tahun, berkahwin dengan penjual hamba dan akhir sekali makan 200 pisang.

Mereka yang mengamalkan sihir ini dipandang serong oleh masyarakat tapi raja kejahatan membenarkan. Dia ingin nyawa dia bertambah. Dia sanggup lakukan apa sahaja

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience