Hutan terpinggir

Fantasy Series 761

10 tahun abad kemudian...

Kelihatan sebuah rumah usang berada di tengah-tengah hutan. Rumah itu diperbuat daripada kayu. Rumah itu seakan-akan mahu menyembah bumi. Kelihatan ada sungai yang mengalir panjang di belakang rumah itu. Terdapat buah-buahan dan sayur-sayuran yang tanam di situ.

Burung berkicauan dan haiwan jinak berada di situ. Kelihatan seorang wanita sedang memetik kacang panjang. Dia letak kacak panjang itu di dalam bakul yang berwarna coklat. Wanita itu jalan perlahan. Mukanya berkedut.

"Ibu" Kata seorang budak perempuan. Dia menuju ke arah ibunya.

Ibunya memandang ke arah anak perempuannya itu "Rossa, kamu dari mana?"

"Main dengan arnab" Rossa mengunyah gula-gula getah.

"Ibu dah pesan pada kamu. Jangan sesekali kamu keluar dari hutan ini"

"Kenapa ibu?" Soal Rossa.

"Di bandar keadaannya tidak selamat seperti mana kamu bayangkan. Di sana kamu mungkin akan dirogol. Ibu tak nak kamu jadi seperti..." Wanita tua itu terdiam.

"Jadi seperti apa?" Soal Rossa.

"Tiada apa-apa, nak. Tolong ibu masak ya" Senyum wanita itu.

Wanita itu menyimpan seribu satu rahsia dari anaknya. Rossa seorang gadis periang. Mukanya cerah dan raut wajahnya cantik. Ayahnya tidak tahu siapa. Wanita itu tahu anak itu anak siapa cuma dia rahsiakan

.....................................................................................

Di bandar...

Kelihatan beberapa wanita berada di dalam sangkar dalam keadaan berbogel. Leher mereka diikat dengan alat hamba. Beberapa lelaki juga diikat dengan alat hamba untuk tujuan perjualan.

Golongan kaya sering kali membeli hamba-hamba ini. Bagi mereka, sudah biasa membeli hamba. Keadaan bandar yang tak teratur dan tidak terurus. Kanak-kanak juga dijadikan hamba.

"Vian" Tegur seorang lelaki. Dia memakai baju serba mewah. Dia menuju ke arah penjual hamba

"Hey, Ilz dah lama tak jumpa" Mereka berdua berpelukan.

"Bisnes macam mana? Berjalan?" Soal Ilz

"Berjalan. Yang paling laku perempuan daripada lelaki"

"Perempuan mereka boleh buat seks lelaki boleh buat apa?" Soal Ilz.

"Lelaki boleh tolong mereka angkat barang"

"Ada barang bagus tak? Aku nak beli seorang perempuan. Aku dah naik bosan dengan perempuan aku beli tempoh hari"

"Perempuan yang kau beli tu mana?" Soal Vian

"Aku nak bagi pada kau lah"

"Kau lupa ke, Ilz? perempuan second hand mana ada orang nak lagi. Kau jual lah pada orang lain. Kau tipu orang tu bahawa dia belum disentuh"

"Betul juga. Tunjukkan aku perempuan yang kau ada"

"Ikut aku" Ajak Vian. Ilz ikut lelaki itu.

Memang ramai perempuan dalam sangkar itu. Mereka memang berbogel dan tiada seurat benang pun di tubuh mereka. Perempuan di situ tunduk dan berasa malu.

"Ramai sangat lah, Vian. Kalau boleh aku nak semua"

"Kalau kau beli semua aku nak jual apa?" Soal Vian.

"Cari lagi perempuan"

"Bukan senang nak cari perempuan. Aku kena bersaing dengan penjual hamba yang lain"

Ilz meneliti setiap gadis di situ. Dia ternampak seorang wanita yang tunduk dan mencangkuk. Dia berasa berkenan dengan wanita itu "Aku nak dia" Ilz menujuk tangannya ke arah wanita itu.

"Dia? Baiklah" Vian menuju ke arah sangkar. Dia buka sangkar itu kemudian menarik tangan wanita itu. Wanita itu hanya berdiam dan hanya mengikut arahan.

"Nah" Vian beri Ilz perempuan itu. Ilz merangkul wanita itu. Dia mula mencium leher wanita itu.

"Woi, kalau nak buat tu dekat bilik bukan dekat sini. Lagi satu kau belum bayar lagi"

"Cemburu lah tu. Berapa harga wanita ini" Dia pegang erat wanita itu.

"123 fooz"

Ilz mengeluarkan saku wang dari koceknya. Dia beri duit itu kepada Vian. Vian mencium duit itu.
"Jaga dia elok-elok"

"Aku tahu lah. Siapa nama dia?" Soal Ilz.

"Tisha. Dah, berambus dari sini"

Ilz merangkul erat wanita itu. Dia bawa wanita itu ke kereta kudanya. Dia masuk ke dalam kereta kuda bersama wanita itu. Pemandu kereta kuda itu libas kuda itu supaya kuda itu berjalan. Ilz mengambil baju dan seluar dari peti kemudian dia beri wanita itu pakaian.

"Pakai baju ini" Ilz beri baju kepada wanita itu. Wanita itu mengambil baju itu. Dia pakai baju itu. Baju berwarna merah jambu dan seluar berwarna hitam.

"Terima kasih, tuan Ilz" Tisha menunduk.

"Jangan panggil aku tuan. Aku tak suka. Aku beli kau pun sebab terpaksa"

Tisha tersentak. Dia tertanya-tanya kalau lelaki itu membeli dia secara terpaksa kenapa dia cium leher Tisha? Beberapa jam kemudian kereta kuda itu masuk ke suatu portal rahsia. Apabila sampai di situ, Tisha begitu kagum.

Di situ ramai orang yang hidup bahagia dan aman. Tiada penjualan hamba di situ. Lelaki dan wanita di situ hidup dalam keadaan seperti biasa. Kereta kuda itu meluncur ke sebuah rumah banglo empat tingkat. Kereta kuda berhenti. Ilz dan Tisha keluar dari kereta kuda itu.

"Kita di mana?" Soal Tisha.

"Kau akan tahu sebentar nanti. Sayang"

Kelihatan seorang wanita yang memakai baju berwarna coklat dan seluar hitam. Rambutnya begitu lurus dan cantik. "Abang, bawa tak apa saya minta?"

"Bawa lah, sayang. Itu tanda saya sayang awak seorang saja sehingga saya terpaksa cium leher perempuan ini untuk percayakan si penjual hamba"

Wanita itu menuju ke arah Tisha "Apa khabar? Nama saya Jane, yang beli awak tu merupakan suami saya. Siapa nama awak?"

"Tisha"

"Bagus. Mari ikut saya" Ajak Jane. Tisha mengikut wanita itu. Dia masih keliru apa yang berlaku sebenarnya. Jane dan Tisha masuk ke dalam rumah. Mereka berdua duduk di atas sofa.

"Puan, saya nak tanya boleh?" Pinta Tisha.

"Jangan panggil saya puan. Panggil saya Jane sahaja. Saya tahu awak nak tanya saya apa. Saya akan ceritakan kepada awak"

"Baiklah, maafkan saya" Tisha menunduk kepala

Jane tersenyum dan dia mula bercerita

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience