Kuasa Rossa

Fantasy Series 761

Tujuh tahun kemudian....

Rossa berlatih dengan memanah sambil menunggang kuda. Dia letak anak panah di busur lalu dia tarik panahan itu. Sasaran Rossa tepat kena pada patung. Kudanya terus berlari sampai banglo. Dia turun dari kuda. Rambutnya berwarna unggu hitam berjurai sehingga paras atas dada. Wajahnya putih. Hidungnya mancung.

"Rossa, apa khabar" Tegur Vanne. Rossa senyum.

"Aku pergi kubur dahulu" Rossa menuju ke arah tapak tanah perkuburan yang terletak lima meter dari banglo.

Di tapak tanah perkuburan, begitu banyak kubur yang yang terdapat di situ. Dia menuju ke arah kubur yang dia inginkan. Lima buah kubur yang ditempatkan bersama. Batu nisan itu tulis Tisha, Kila, Syah, Zack dan Lien. Mereka terkorban tiga tahun yang lalu kerana selamatkan hamba daripada dijual. Rossa pun ada tapi terselamat. Dia memang tiada kuasa sehingga hari ini.

"Aku amat sayang kau semua. Terima kasih kerana mengajar aku" Rossa beredar dari situ. Dia harus berjumpa dengan ibunya.

Elie sering sakit kepala. Dia juga selalu muntah muntah. Dia tak tahu penyakit apa yang dia hadapi. Elie pengsan di dalam biliknya. Apabila Rossa masuk ke dalam bilik, dia terkejut apabila dia melihat ibunya pengsan.

"Ibu" Rossa papah ibunya. Dia bawa ibunya ke bilik rawatan. Dia letak ibunya di atas katil.

"Rossa, kenapa dengan ibu?" Soal Jane.

"Tak tahu. Tiba-tiba saja dia pengsan"

"Kamu jangan risau, Rossa. Saya akan jaga ibu kamu" Jane peluk Rossa. Rossa tak nak kehilangan ibunya.

"Saya pergi berlatih dulu" Pinta Rossa. Jane mengangguk.

Rossa menuju ke bilik latihan. Kelihatan seorang wanita yang berambut warna merah ada di situ.
"Hai Helena" Tegur Rossa.

"Hai"

"Baru balik ke?" Soal Bryan. Lelaki yang berambut warna coklat.

"Tak lah. Baru keluar"

"Rossa dah lama tak nampak" Tegur Keith. Rambutnya berwarna hitam.

"Semalam baru kita jumpa"

"Aku nak latih sekejap" Ujar Rossa yang menuju ke arah latihan kuasa. Keith senyum pandang Rossa. Tipu lah kalau dia tidak mempunyai perasaan terhadap Rossa selepas selamatkan dia.

Keith teringat apabila Rossa selamatkan dia dari penjual hamba tiga tahun yang lalu. Kalau Rossa tak selamatkan dia kemungkinan dia boleh dijadikan makanan oleh puak Kanibal. Dia bertemu dengan Rossa dan dari situ dia terjatuh hati dengan Rossa.

Rossa fokus. Dia nak keluarkan kuasanya. Dia sudah banyak kali cuba tapi gagal. Dia tarik nafas lalu hembus. "Kuasa keluarlah"

Angin bertiupan di sekeliling Rossa. Sesuatu keluar dari tubuh Rossa. Not not muzik dan bayangan hitam. Bunga dan matahari. Rossa terkejut melihat semua itu.

"Aku dah ada kuasa! Ya" Sorak Rossa. Akhirnya penantian dia selama ini berbaloi.

Pada masa yang sama, kepala Elie sakit sehingga dia menjerit kecil. Kepala dia berdenyut denyut. Jane menghampiri Elie. Dia pegang kepala Elie. Dia urut kepala Elie. Dia dapati bahawa memori ingatan Elie buka.

"Apa yang berlaku, Jane?" Soal Elie.

"Memori ingatan kamu terbuka tapi secara perlahan. Kamu akan berasa sakit kepala berpanjangan. Kamu jangan risau, saya akan bagi ubat untuk kurangkan rasa sakit" Jane ambil ubat. Dia suap ubat ke dalam mulut Elie. Elie telan ubat itu.

"Elie, kamu berehat di sini ya"

Elie mengangguk kepala. Senjak dia izinkan anak nya ada kuasa, kepala dia sentiasa pening dan dia dapat imbasan masa lalu tapi tidak terlalu banyak. Dia ada mimpi seseorang dengan kepak berwarna hitam. Elie agak terkejut apabila dia melihat dark angle tapi dia tak nampak wajah dia.

"Kamu ada mimpi apa-apa?" Soal Jane.

"Ada. Seseorang dan dia ada kepak seperti angle berwarna hitam"

"Dark angle" Jane juga terkejut.

"Apa hubungan saya dengan dark angle? Sesuatu yang beritahu saya bahawa saya ada hubungan dengan dark angle. Saya mimpi sampai itu saja"

Jane angguk kepala "Apa darah kamu?"

"Saya tak tahu"

Jane senyum. Dia perlu tahu apa darah Elie. Dia rasakan ada sesuatu yang Elie tak tahu. Anak dia Rossa sepertinya ada satu aura yang mampu menakutkan raja kejahatan dan ahli sihir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience