Siapa?

Fantasy Series 761

"Elie, bangun"

"Bangkit, Elie"

"Elie, lindungi lah anak kau"

Elie tersedar. Dia berada di suatu kawasan putih. Dia terpinga-pinga. Dia memerhatikan keadaan sekeliling.

"Elie" Tegur seseorang. Elie pandang belakang dan dia mendapati seorang gadis yang berambut warna hitam.

"Siapa kamu?" Soal Elie.

"Kau lupa aku? Kita sentiasa bersama Elie. Kau tak ingat ke, Elie. Oh, aku lupa yang kau ni...."

"Aku apa?" Soal Elie.

"Tiada apa-apa. Kau akan tahu siapa diri kau yang sebenarnya, Elie. Cuma masa yang tidak mengizinkan. Anak kau Rossa, adalah jawapan nya"

"Apa maksud kamu?" Soal Elie.

"Kau akan tahu sendiri. Maafkan aku, Elie sebab aku tak boleh beritahu kau. Aku pergi dulu"

Elie mula sedar. Dia buka matanya dan mendapati Jane berada di sebelahnya. Jane duduk di atas kerusi. Dia terkejut melihat Elie yang sudah sedar.

"Elie, siapa kamu?" Soal Jane.

Elie mengerut keningnya "Siapa saya?"

"Ya"

"Saya langsung tak ingat apa-apa. Saya tak tahu siapa saya. Yang saya tahu saya berada di dalam rumah bersama lelaki tak guna yang mengaku dia adalah suami saya" Air mata Elie mengalir di pipi.

"Kamu langsung tak ingat?" Soal Jane. Elie mengeleng kepala.

"Tapi macam mana kamu tahu nama kamu Elie?"

"Disebabkan ini" Elie menunjukkan rantai yang di pakai di lehernya. Rantai itu ada loket berbentuk bulat dan di situ ada nama Elie.

"Aura kamu kuat, Elie tapi saya tak pasti apa. Saya akan bantu kembalikan ingatan kamu, Elie"

"Terima kasih tapi anak saya adalah jawapannya"

Jane mengerut keningnya "Anak kamu?"

"Ya. Saya mimpi seorang wanita beritahu saya yang anak saya adalah jawapannya"

"Saya pelik kenapa rambut anak kamu berbeza daripada kamu"

"Saya pun terkejut saat saya melahirkan anak saya. Rambut berwarna unggu hitam"

"Baiklah, saya akan ingatkan diri kamu" Jane pegang kepala Elie. Dia urut kepala Elie. Memori Elie terkunci.

"Elie, memori kamu dikunci jadi saya tak boleh bantu"

"Memori saya terkunci?" Soal Elie.

"Kamu dihilangkan ingatan oleh seseorang dan memori kamu dikunci dari dalam. Cara dia kunci sangat ketat dan saya tak boleh buka. Cara nak buka memori kamu adalah kamu harus tahu dari diri kamu melalui anak kamu. Saya dapat rasakan bahawa anak kamu memang jawapannya"

"Itu seperti di dalam mimpi saya. Anak saya adalah jawapannya tapi macam mana saya nak cari?" Soal Elie.

"Dengan cara dia keluarkan kuasanya"

Elie terkejut dengan penerangan Jane. "Tapi anak saya tiada kuada"

"Dia ada tapi kuasanya dikunci oleh kamu. Buka kuasa itu kalau tidak kepala kamu akan pening"

"Macam mana saya nak buka kuasa anak saya?" Soal Elie.

"Kamu izinkan dia guna kuasa itu tapi ia akan mengambil masa bertahun untuk anak kamu ada kuasa"

Elie mengangguk kepala. Dia izinkan anaknya mempunyai kuasa.

Rossa pula duduk di bawah sebatang pokok. Tiba-tiba tangannya bercahaya. Rossa melihat tangannya "Kenapa dengan tangan aku ni?"

Rossa tidak peduli. Dia duduk diam dan tertidur di atas tanah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience