Ingatan Elie

Fantasy Series 761

Elie buka mata dan dia berada di dalam rumah kayu. Dia pelik kerana dia berada di dalam rumah. Dia berjalan dan dia tembus dinding.

"Aku dah mati ke?" Soal Elie.

Pintu rumah dibuka. Kelihatan seorang lelaki membawa buruan dia iaitu daemon yang berwarna hitam. "Sayang tengok ni saya bawa apa" Lelaki itu tunjukkan daemon pada isterinya.

"Mana abang dapat daemon ni?" Soal isterinya yang rambutnya berwarna kuning.

"Dekat hutan. Daemon ni kena jerat abang"

"Apa tu, ayah?" Soal seorang budak perempuan yang rambutnya berwarna emas.

"Daemon. Kamu boleh jadikan daemon sebagai rakan kamu" Ayahnya beri daemon kepada anaknya.

Anaknya ambil daemon itu. "Apa khabar deamon? nama saya adalah Cataria dan saya namakan awak Vivilan"

Budak perempuan itu sering bermain dengan deamon. Elie pelik. Apa yang berlaku? Kenapa ada deamon? Kepala Elie pening.

"Elie....kamu adalah..."

Elie tersedar. Dia tarik nafas. Dia sepertinya mahu nazak. "Elie" Jane menuju ke arah Elie.

"Jane, tolong jagakan Rossa sebab di tu adalah..." Nafas Elie tercungap. Elie menghembus nafas terakhirnya.

"Elie" Air mata Jane mengalir di pipi.

Rossa, Helena, Bryan dan Keith sedang berlatih. Pintu bilik latihan dibuka. Jane datang ke arah mereka. "Rossa, ada sesuatu yang makcik nak beritahu kamu"

"Apa dia?" Rossa berhenti berlatih.

"Ibu kamu sudah tiada. Dia sudah menghembus nafasnya" Air mata Jane mengalir di pipi.

"Ibu" Rossa terduduk. Air mata dia berjurai. Ibu dia pergi begitu sahaja.

"Rossa" Helena usap belakang Rossa. Rossa peluk Helena.

.....................................................................................

Jasad ibunya masuk ke dalam kubur. Jasad ibunya ditimbus dengan tanah. Rossa menagis kerana dia kehilangan orang yang tersayang. Rakan-rakannya juga turut bersimpati. Keith usap belakang Rossa.

"Aku faham perasaan kau, Rossa. Aku juga pernah kehilangan ibu bapa aku di mana bapa aku dibunuh dan ibuku dirogol beramai-ramai di hadapan mata aku"

"Aku simpati, Keith. Kau patut bersyukur kerana kau tahu siapa ayah kau dan dapat jumpa dia tapi aku. Aku langsung tak tahu siapa ayah aku" Menagis Rossa.

Keith peluk Rossa dan Rossa balas. Dia menagis di dakapan Keith.

Selesai saja Rossa menziarahi kubur ibunya, Rossa menuju ke biliknya. Dia duduk di atas katil. Dia pandang ke arah almari. Dia dapati ada cahaya dari almari itu. Rossa menuju ke almari itu. Dia dapati ada cincin dan sekeping gambar. Gambar itu menunjukkan seorang lelaki dan seorang wanita yang mengandung. Di belakang lelaki itu sepertinya ada sesuatu tapi gambar itu kabur.

"Siapa lelaki ini?" Rossa terbalikkan gambar itu. Dia dapati ada tulisan di belakang gambar itu. Tulisan itu tertulis Rossa kamu adalah...

"Aku apa?" Soal Rossa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience