Latihan

Fantasy Series 761

Kelihatan sebuah bilik latihan. Di situ ada latihan larian, berenang dan cara guna kuasa. Tisha agak terpegun melihat bilik latihan itu. Amat besar dan luas.

"Wow"

"Itu lah perkataan pertama kami setelah kami masuk ke sini" Ujar Syah.

"Kau ada cakap tentang kuasa kan? Jadi aku pun ada kuasa?" Soal Tisha.

"Dah semestinya ada cuma kuasa kau disekat dengan alat hamba di leher kau. Mari aku bukakan" Zack buka alat hamba di leher Tisha.

"Terima kasih"

Pintu bilik latihan dibuka. Kelihatan Jane dan Rossa masuk ke dalam bilik latihan. "Apa khabar semua? Perempuan yang berambut unggu hitam ini nama dia adalah Rossa"

"Hai" Senyum Rossa.

"Selamat berkenalan" Senyum Kila

"Rossa, kamu pergi berlatih dengan mereka" Kata Jane. Rossa mengangguk. Jane keluar dari bilik latihan.

"Kau mesti diselamatkan oleh Ilz betul tak?" Soal Lien.

"Tak. Aku dan ibu aku yang masuk ke sini secara tidak sengaja"

"Ooo, baiklah. Mari kita mulakan latihan dengan kuasa dahulu" Ujar Kila

Mereka bertentangan antara satu sama lain. Mereka hadap muka orang lain. Kila menujukan kuasanya. Kuasanya iaitu angin. Kini giliran Syah. Dia menghasilkan petir. Lien pula kuasanya adalah tanah. Zack kuasanya adalah api.

"Macam mana nak keluarkan kuasa?" Soal Tisha.

"Kau perlu fokus" Jawab Kila.

Tisha fokus. Beberapa minit kemudian, air keluar dari tangannya "Kuasa aku adalah kuasa air"

"Kau Rossa?" Soal Lien. Rossa terdiam.

"Aku tiada kuasa"

"Mustahil. Semua orang mesti ada kuasa, takkan kau tak ada" Pelik Zack.

"Aku tak tahu. Aku cuba fokus tapi ada benda lain yang muncul"

"Apa dia?" Soal Syah.

"Bayangan hitam"

"Mungkin kuasa dia belum bersedia keluar" Agak Zack.

Rossa mengangguk. Dia cuba fokus tapi ada sesuatu menghalang. Sepertinya da tidak dibenarkan keluarkan kuasanya.

Pada masa yang sama, Elie iaitu ibu Rossa berada di dapur. Dia menolong Jane memasak. Tiba-tiba kepala dia pening. Dia pegang kepalanya.

"Elie, kamu tak apa-apa?" Soal Jane yang melihat Elie terhuyung-hayang.

"Kepala saya sakit"

"Kamu berehat saja, Elie. Biar saya buat kerja"

"Tak mengapa. Saya baik-baik saja" Elie pengsan.

"Elie!" Jane menuju ke arah Elie. Beberapa orang menuju ke arah Elie. Mereka mengangkat Elie dan meletakkan Elie di atas katil. Jane memandang wanita itu.

Elie matanya tertutup rapat. Rambut coklat tapi rambut anaknya unggu hitam. Siapa sebenarnya Elie ini? Sesuatu aura yang Jane dapat rasakan. Dia tak pasti Elie ini jahat ataupun baik. Kalau dia jahat, macam mana dia boleh masuk ke kota rahsia.

Jane mengambil tangan Elie. Dia dapati ada simbol di pelapik tangan Elie. Simbol itu seperti nya melambangkan sesuatu. "Simbol apa ini?"

Jane ingin tahu tapi sayangnya di sini kekurangan buku. Jane mengeluh. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang di sembunyikan oleh Elie.

....................................................................................

Angle terbang hinggap di sebatang pokok. Kepak nya berwarna putih. Dia sepertinya cari sesuatu. White angle itu terbang dari situ. "Aku dapat rasakan sepertinya ada kuasa di sini"

Angle itu tetap terbang dengan tinggi kerana dia takut untuk menjejakkan kakinya di langit. Angle itu berada di atas gua. Dia memerhati gua itu kemudian dia beredar. Angle itu menuju ke langit dan terus terbang. Dia sampai di kerajaan Angle. Dia masuk ke dalam istana lalu hormat raja di situ.

"Kenapa kamu datang ke sini?" Soal raja itu.

"Ampun tuanku. Aku dapat rasakan ada aura yang datang dari bumi. Aura itu sepertinya campuran kuasa dark angle dengan manusia. Tapi aku tak pasti apa dia tu"

"The last one akan muncul" Kata si tukang peramal angle itu.

"Apa dia?" Soal raja.

"The last one kembali tuanku. Dia akan mengubah kota Zurich, Tuanku. Tuanku tahu kan the last one adalah kelahiran terlarang"

"Ya, beta tahu. Tapi di mana the last one itu?" Soal raja.

"Itu patik tak pasti tapi patik dapat rasakan aura the last one berada di kota Zurich"

Raja itu mengangguk. Dia berdiam diri. The last one penantian sanggat berharga tapi bila?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience