Kota rahsia

Fantasy Series 761

Tisha tidak sabar nak dengar penjelasan Jane. Jane hanya senyum.

"Sebenarnya awak berada di kota rahsia"

Tisha mengerut keningnya "Kota rahsia?"

"Ya, saya dan suami saya yang cipta kota ini. Kota ini dicipta di gua. Gua ini dipasang keselamatan agar tiada siapa yang tidak dikenali masuk. Tujuan saya dan suami saya cipta kota ini adalah untuk melindungi mereka yang lemah. Saya nak sangat Kota Zurich ini diubah. Saya dan suami saya yang ubah dahulu. Ini mungkin akan melangkari undang-undang tapi kami tak kisah. Kami akan melatih mereka yang lemah menjadi kuat untuk tawan balik Kota Zurich"

"Dah berapa lama Jane dan Ilz cipta kota rahsia ni?" Soal Tisha.

"Lebih kurang 15 tahun dan kami dah selamatkan lebih kurang 1900 manusia. Kalau boleh kami nak beli semua hamba di Kota Zurich tapi kami takut kalau kami disyaki"

"Terima kasih kerana selamatkan saya" Air mata Tisha mengalir di pipi.

"Sama-sama. Saya ikhlas tolong awak. Nanti awak biasakan diri di sini ya" Senyum Jane.

Tisha berasa bersyukur kerana ada juga manusia yang masih bersifat kemanusiaan. Tisha dibawa oleh Jane bertemu dengan anggota yang lain. Dia jumpa beberapa perempuan dan lelaki.

"Hai, nama aku Kila" Seorang wanita yang berambut kuning perkenalkan dirinya.

"Aku pula Syah" Wanita yang berambut warna coklat perkenalkan diri.

"Aku adalah Lien dan ini adalah Zack" Seorang lelaki yang berambut warna hijau perkenalkan dirinya. Lelaki di sebelahnya senyum dan rambut nya berwarna hitam.

"Aku adalah Tisha"

"Kau mesti dibeli oleh Ilz? Kami pun sama. Jadi, kami akan melatih kau untuk menjadi kuat" Ujar Syah.

"Betul tu. Bila tiba masanya, kita akan tawan Kota Zurich dan mengubahnya" Senyum Lien

"Baiklah"

.....................................................................................

Kelihatan Rossa dan ibunya berjalan. Mereka menuju ke sebuah gua kerana kepenatan. Mereka berdua tidak sedar yang mereka termasuk ke dalam kota rahsia. Apabila mereka berdua masuk ke kota rahsia, mereka terkejut kerana di situ ramai orang yang hidup dengan aman. Tiada penjualan hamba di situ.

"Kita di mana, ibu?" Soal Rossa.

"Ibu tak tahu"

"Hai, selamat datang ke kota rahsia" Tegur seorang wanita yang berambut biru.

"Kota rahsia?" Pelik wanita itu.

"Saya akan bawa kamu berdua pergi jumpa orang yang mengasaskan kota rahsia ini"

Rossa dan ibunya mengikut wanita itu. Mereka menuju ke sebuah rumah banglo. Mereka masuk ke dalam rumah itu.

"Jane, kita ada tetamu baru" Kata wanita itu. Jane keluar dari dapur. Dia menuju ke arah Rossa dan ibunya.

"Apa khabar? Kamu berada di kota rahsia. Hanya orang yang niat yang bersih boleh masuk ke kota ini. Kota ini memberi pelindungan kepada penjual hamba dan golongan bawahan" Senyum Jane.

"Oh, boleh ke saya dan anak saya tinggal di sini?" Soal ibu Rossa.

"Sudah tentu" Jane pandang ke arah Rossa. Rossa sepertinya masih budak-budak.

"Berapa umur anak kamu?" Soal Jane.

"14 tahun tapi perangainya macam budak-budak"

"Rossa, kamu boleh berlatih di bilik latihan untuk tingkatkan stamina kamu"

"Baik" Rossa senyum.

"Anak kamu sangat comel. Mana ayahnya?" Soal Jane. Ibu Rossa terdiam.

"Maafkan saya, kalau soalan saya menguris hati kamu. Saya tak patut tanya. Sini, saya tunjukkan bilik kamu"

Rossa dan ibunya mengikut Jane. "Ibu, Rossa juga tertanya-tanya siapa ayah Rossa?" Soal Rossa.

"Ibu akan beritahu kamu suatu hari nanti"

"Ibu ni suka sangat bagi jawapan yang sama. Rossa nak tahu sekarang" Rossa mencebik.

"Maafkan ibu, Rossa. Kalau ibu beritahu siapa ayah kamu, pasti kamu akan meninggalkan ibu"

Rossa menyilang tangannya. Jane hanya tersenyum. Dia pasti ada sesuatu yang di sembunyikan oleh wanita itu

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience