Kelahiran terlarang

Fantasy Series 761

8000 ribu abad terdahulu....

Kelihatan seorang wanita sedang berjalan menuju ke arah seorang lelaki. Wanita itu memakai baju gaun serba hitam. Rambutnya berwarna coklat. Lelaki itu duduk di atas kerusi. Dia memakai baju berwarna warna coklat. Wajahnya tidak nampak.

"Ampun, tuanku" Hormat wanita itu. Dia menunduk.

"Zahra, kau tahu tak fasal dark angle?" Soal lelaki itu.

"Tahu, tuanku"

"Aku nak kau halang dark angle itu keluar dari sangkarnya. Kalau dia keluar dari sangkar, kepala kau akan aku pancung"

"Patik menurut perintah, tuanku" Wanita itu beredar dari situ.

Wanita itu menuju ke belakang istana. Terdapat sebuah sangkar yang besar berwarna hitam. Sangkar itu mampu memuatkan dua ekor gajah dewasa. Wanita itu perasaan pintu sangkar itu terbuka. Dia buka pintu itu lalu melangkah masuk ke dalam sangkar itu. Kelihatan sepasang sayap berwarna hitam di situ. Sayap itu kemudiannya lesap begitu saja.

"Ke mana kau pergi, dark angle!" Jerit wanita itu. Dia takut kepalanya dipancung. Dia dengan segera keluar dari sangkar itu kemudian mencari dark angle.

Sebenarnya dark angle masih berada di dalam sangkar. Dia sengaja palsukan pemandangan wanita itu. Dark angle itu keluar dari sangkar. Sayapnya di besarkan. Dia terbang dari situ.

Wanita itu hilang tanpa dikesan. Dark angle pula bebas dari cengkaman raja kejahatan. Menurut lagenda dark angle itu sebenarnya dari keturunan white angle tapi disebabkan sayapnya hitam dia dipulaukan.

Lagenda pernah mengatakan bahawa dark angle lebih berkuasa berbanding white angle. Raja kejahatan itu kurung dark angle kerana beliau takut kelahiran last one iaitu bakal mengubah Kota Zurich.

Tapi adakah semua itu benar? Ia hanya kekal menjadi misteri. The last one masih misteri dan belum muncul. Semua orang dan semua kaum menantikan kehadiran dia walau dia adalah kelahiran terlarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience