Memori hitam

Fantasy Series 761

14 tahun dahulu....

Kelihatan seorang wanita memegang perutnya. Perutnya besar. Dia amat sayang anak dalam kandungan itu. Dia tahu bahawa anak itu adalah anak yang mampu mengubah nasibnya.

"Elie" Panggil seseorang. Elie pandang belakang. Seorang lelaki yang berambut warna merah menuju ke arah Elie.

"Abang Dal, lama saya tunggu abang"

"Ye ke?" Dal pegang perut isterinya. "Anakku cepat lah lahir. Ayah tak sabar nak tengok kamu membesar di depan mata ayah"

Elie tersenyum. Walaupun mereka hidup serba kekurangan, namun mereka bahagia. Tinggal di bandar terpencil dan berjaga-jaga dengan penjual hamba.

Pada malam hari, Elie tinggal keseorangan di rumah. Suaminya sentiasa keluar. Elie bangun dari katil. Dia menuju ke arah dapur. Dia dengar pintu rumahnya dibuka. Dia segera sembunyi di dalam almari kerana dia takut itu adalah penjual hamba.

Derapan tapak kaki menuju ke dapur. Jantung Elie berdegup kencang. Dia membaca jampi untuk hilangkan dirinya supaya tidak dapat dilihat.

"Mana isteri abang?" Soal seseorang. Suaranya seperti seorang wanita.

"Dia di atas"

"Abang pasti bahawa anak dalam kandungan itu adalah anak abang?" Soal wanita itu.

"Anak itu anak aku tapi anak itu adalah anak luar nikah. Dia langsung tak ingat apa-apa jadi aku rogol dia tak sangka dia mengandung"

Elie terkejut. Dia menekup mulutnya. Air matanya berjurai di pipi. Jadi selama ini yang dia anggap suami itu bukan suami dia. Memang dia tak ingat apa-apa. Dia sedar dirinya di dalam rumah dan dia nampak seorang lelaki dan lelaki itu berkata bahawa dia adalah suami Elie.

"Bertanggungjawab pula abang ni"

"Aku nak anak dalam kandungan dia saja bukan ibunya sebab itu aku jaga anak itu"

"Abang nak buat apa dengan anak itu?" Soal wanita itu.

"Tengoklah anak itu perempuan atau lelaki. Kalau perempuan aku jadikan dia pelacur kalau lelaki aku jadikan dia hamba"

"Amboi abang, demi duit sanggup"

"Dah semestinya. Dah abang nak tidur. Jom kita keluar" Ajak Dal. Wanita itu pun ikut.

Elie keluar dari almari dengan perlahan. Dia pegang perutnya. Dia jampi dirinya diteleport tempat lain dengan segera. Dia berada di hutan. Dia duduk di bukit dan dia menagis.

"Siapa aku sebenarnya? Aku langsung tak ingat apa-apa. Anak ini adalah anak luar nikah. Patuh kah aku pelihara atau buang?" Fikir Elie. Kalau dia buang dia sama saja seperti manusia yang tidak berkerimanusiaan. Jadi, dia mengambil keputusan untuk menjaga anaknya.

"Ibu akan jaga kamu wahai anakku. Walaupun ibu lupa siapa diri ibu tapi ibu takkan benarkan sesiapa yang mencederakan kamu" Elie mengusap perutnya.

.....................................................................................

Ibu Rossa terdiam seketika. Dia memandang ke arah luar tingkap. Langit yang gelap. Hanya nampak bulan dan bintang di langit. Dia duduk di atas katil.

"Ibu, kenapa ibu tak tidur lagi?" Soal Rossa

"Ibu nak tidur lah sayang"

Rossa naik ke atas katil. Dia selimut dirinya. Ibu Rossa senyum memandang Rossa. Dia mengusap anaknya.

'Rossa, sebenarnya kamu adalah anak luar nikah' Ibu Rossa mencium dahi anaknya. Nama ibunya adalah Elie.

Dia menyimpan rahsia daripada anaknya. Lelaki yang bernama Dal itu adalah ayahnya. Dia tak nak anaknya menimpa nasib seperti dirinya. Cukup lah sekadar dia sahaja. Dia nak anak dia kuat dan menentang orang jahat. Elie langsung tak ingat siapa dia.

"Siapa aku sebenarnya?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience