BAB 5

Romance Completed 3253

“Sya masih tak percayakan Mir ke? Sya masih anggap Mir orang luar dalam hidup Sya ke?”

“Ya ALLAH Mir! Kenapa cakap macam tu? Sya dah anggap Mir macam abang Sya sendiri. Sya pun dah tak ada sapa-sapa dalam hidup Sya,”

“Kalau Sya anggap Mir abang Sya, kenapa Sya tak nak share masalah Sya dengan Mir? Kenapa nak sorok daripada Mir?” Emir menekan Hasya lagi. Dia sudah terlalu memahami seorang Hasya Maisara. Perempuan itu pasti akan meluahkan segalanya apabila dia berterusan ditekan.

“It’s complicated Mir! Very complicated! Sya memang tak boleh nak bagitahu Mir!” air mata Hasya merembes keluar.

“Mir kecewa dengan Sya,” Emir menghulur tangan sehingga ke pintu penumpang. Engsel pintu ditarik. “Sya nak balikkan tadi? Sya baliklah. Mir tak nak tanya Sya apa-apa lagi. Suka hati Syalah,”

Tangan Emir dipegang Hasya. “Mir, Sya minta maaf tapi Sya memang tak boleh nak bagitahu Mir. Ni hal peribadi Sya. I’m truly sorry,” Hasya melepaskan tangan Emir. Dia turun dari kereta Emir. “Assalamualaikum,” Pintu kereta Emir dilepas perlahan.

Emir bungkam dalam dalam keretanya. Dia menunggu sehingga Hasya memasuki rumahnya, barulah X5 hitamnya meluncur laju. Kecewa!

*****===

PANGGILAN telefon yang diterima daripada Farah sebentar tadi membuat jantungnya berdegup laju. Secepat mungkin dia cuba melangsaikan segala pekerjaannya. Panggilan telefon itu benar-benar membuat dia tidak senang duduk!

Tepat jam 6, Emir sudah pun berada di dalam X5 nya. Selalunya, waktu-waktu begini, lalu lintas di kawasan itu memang sesak. Mujur dia hanya perlu ke Bangsar. Tidak perlulah dia menempuh kesesakan lalu lintas yang menggila itu.

Kakinya yang panjang benar-benar membantu Emir untuk bergerak dengan lebih cepat lagi. Dia sudah tidak sabar untuk bertemu dengan perempuan itu sejak pertemuan terakhir mereka kira-kira sebulan yang lalu. Memang terasa hati namun bukan sikapnya untuk merajuk sebegini lama dengan teman-teman sendiri. Dia memang ingin menghubungi Hasya namun tuntutan kerjanya lebih penting!

Dia akui, jikalau dia menekan lagi, pasti dia sudah tahu masalah yang sedang dihadapi oleh Hasya. Hasya juga kebiasaannya bukan seperti itu. Selalunya, semua masalah akan dikongsi bersama supaya mudah untuk mencari jalan penyelesaiannya. Tapi kali ini, Hasya berubah!

Emir menolak daun pintu perlahan. Walaupun Hasya membelakanginya, Emir tahu itu Hasya. Dia terlalu kenal…

“Assalamualaikum Sya,” lembut suara itu memberi salam membuatkan Hasya terfikir adakah dia sedang bermimpi.

“Mir ada kat sini Sya,”

Hasya masih menghadap tingkap. Mematungkan diri. Emir merapati kerusi yang bertentangan dengan Hasya. “Sya okey?”

“Sapa yang bagitahu Mir, Sya ada kat sini?”

“Farah. Farah call Mir tadi,”

“Mesti Mir dah tahu semuanya, kan? I know what you’re thinking, Mir. Mesti Mir fikir, how disgusting I am. Betapa rendahnya maruah Sya. Mir mesti jijik nak pandang Syakan? You were forced to be here, don’t you? You’re not sincere being here, am I right?”

“Sya, kenapa Sya mesti fikirkan yang buruk-buruk je pasal Mir? I’m here because I want to. No one is forcing me to do. Mir risaukan Sya. Salah ke Mir nak visit kawan Mir sendiri so?”

“Tapi Sya kotor Mir! Sya tak nak Mir kawan dengan Sya Mir kesiankan Sya. I don’t deserve you as my friend,” pipi yang tadinya kering, kembali basah. Kali ini Hasya tidak mempunyai apa-apa upaya untuk menghalang. Kudratnya seolah-olah telah hilang.

“Syhhh…,” Emir menolak ke belakang rambut depan Hasya. “Sya jangan nak mengarut. Mir tak pernah pilih kawan-kawan Mir. Mir kawan dengan semua. And I’m very fortunate to have you as my friend. And now, if you don’t mind, can I know the truth?”

Pada mulanya, Hasya keberatan. Namun apabila renungannya berlaga dengan anak mata Emir, dia tahu. Seorang Emir Firdaus bukanlah seperti seorang Khalif Zuhri. Seorang Emir Firdaus mengerti keadaan seorang Hasya Maisara. Seorang Emir Firdaus pasti dapat membantu dalam masalah ini…

“SYA tak mintak banyak dari dia, Mir. Sya mintak dia bertanggungjawab je. Tapi dia tak nak! Dia suruh Sya gugurkan anak kami tapi Sya tak nak! Sya tak nak tambah dosa lagi. Sebab tu dia tinggalkan Sya,” air mata menjadi pengiring cerita Hasya.

Segalanya diceritakan kepada Emir. Dari detik pertama dia mengenali Khalif sehinggalah insiden di lake garden hari itu. Dia mahu Emir tahu semua itu!

“And today, what happened today?”

“He came to see me at the office this morning. Dia cakap offer yang dia bagi kat Sya dulu dah tak laku. He is getting married in 2 months time. Dia suruh Sya lupakan dia. Sya sedih sangat Mir! Sya lari masuk toilet tapi lantai tengah licin and I slipped. Nasib baik yang jumpa Sya tu Farah,”

Emir menghela nafas. Dia benar-benar tidak terkata…

“Sya faham kalau sekarang Mir dah mula rasa jijik pada Sya. Sya tahu sekarang ni Sya tak ubah macam bunga yang dah layu. Sya tak salahkan Mir kalau Mir nak putuskan persahabatan kita,”

Emir menggeleng-geleng. “Sya memang tak pernah kenal Mir kan? Sapa Mir nak menghukum Sya kalau tuan hakim yang kat atas lebih berkuasa untuk mengadili Sya. Mir pun macam Sya, manusia biasa je.

“Tapi Mir terkilan sangat sebab Mir orang terakhir yang tahu pasal ni. Sampai hati Sya sorokkan semua ni daripada Mir. Sya memang tak pernah anggap Mir ni kawan Sya agaknya,” suara Emir benar-benar seperti orang yang berjauh hati.

“Sya malu Mir! Malu nak bagitahu Mir. Sya…,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience