BAB 9

Romance Completed 3253

Selama itu juga, dia mula mengenali sisi lain seorang Hasya Maisara. Kiranya, tempoh selama mereka berkawan memang tidak cukup untuk mengenali isterinya itu. Hasya memang seorang yang istimewa setelah Emir memahaminya. Dia tahu, keputusannya mencintai Hasya adalah suatu yang tepat kerana akhirnya, dia yang menjadi pemilik hakiki hati seorang Hasya Maisara.

Terkadang, terlintas di fikiran Emir, atas dasar apa dia mencintai isterinya itu. Sedangkan dulu, hubungan mereka semata atas nama persahabatan, tidak pernah lebih daripada itu. Sebetulnya dulu, dia lebih menyenangi teman Hasya, Adelia yang juga bergelar teman kepadanya.

Cuma dia tidak berpeluang untuk mengucapkan perasaan yang terbuku di hatinya kerna sebaik mereka menghabiskan SPM mereka, Adelia berpindah ke Johor mengikut bapanya yang berpindah ke sana. Sejak itu, Emir tidak pernah mendengar sebarang khabar daripada Adelia dan kelamaan, perasaan itu semakin menghilang…

Mereka semakin dekat dek merasa kehilangan. Hasya kerana kehilangan teman baik, manakala Emir kerana kehilangan cintanya. Masa lenggang yang banyak setelah tamatnya SPM membuat mereka menghabiskan masa bersama. Ke mana saja mereka berdua, sehinggakan mereka mengambil keputusan untuk bekerja di kedai yang sama selama 3 bulan.

Memang! Hubungan mereka memang rapat! Rapat sehingga benar yang dikata Emir pada waktu itu, perasaan cinta itu memang sudah lama ada sejak dulu. Cuma waktu itu Emir terlepas pandang! Dia hanya menyedari perasaan indah itu apabila Hasya mula menjauh daripadanya.

Mulanya dia mengira Hasya menjauh kerana sibuk bekerja. Rupanya, wanita itu sudah mula jatuh cinta dengan lelaki lain sehingga akhirnya merubah kehidupan wanita yang dicintai itu…

Bunyi pinggan berlaga di dapur mengheret Emir ke realiti. Dia bangkit.

“Abang!” adu Hasya manja apabila pinggangnya diraih dari belakang.

“Ye Sya,” ketinggian Emir yang jauh lebih tinggi daripada Hasya menyebabkan kepala Hasya mengenai dadanya. Dia tunduk, mengucup rambut lurus Hasya yang basah. Wangi!

“Janganlah kacau Sya. Sya nak siapkan meja,”

Emir mengeratkan pelukannya. “Kejap je. Abang rindukan Sya,”

Hasya gelak kecil. “Nak bodeklah tu,”

“Sya?”

“Hmm…”

“Sya tak rindu abang ke?”

Hasya menghentikan perbuatannya. Dia memusingkan tubuh kurusnya untuk berdepan dengan suaminya itu. Kedua-dua tangannya memegang wajah lelaki kesayangannya itu. Pandangan mereka saling berlaga.

“Not a second pass without me missing you,”

Emir tersenyum. Puas. Dia mendekatkan lagi tubuh isterinya pada tubuhnya. Bibirnya mengucup hujung hidung isterinya yang mancung itu.

“Abang pun rindukan Sya. Each milliseconds too,”

“Sya tahu,”

Emir angkat kening. “Mana Sya tahu?”

“I’m part of you,”

Aduhai! Terasa ringan tubuhnya disapa dengan kata romantis itu. Emir gelak.

“Abang nak naik kejap,”

“Buat apa?”

“Abang nak ambik phone kejap. Nak call Farid suruh cover abang petang esok. Abang nak kerja pagi esok. Sya makan dulu,” Emir mengucup bahu Hasya.

“Sya tunggu abang,”

Sebelum berlalu, Emir menghadiahkan lagi kucupan sayang pada isterinya. Bagi Hasya, suaminya itu memang pemurah. Pemurah dengan ciuman!

Keputusannya untuk menerima lamaran daripada Emir ternyata sangat berbaloi. Dirinya sentiasa disayangi oleh lelaki itu dan juga keluarga mentuanya. Hasya tahu, sepatutnya dirinya tidak layak mendapatkan semua perhatian itu kerana dosa silamnya. Tetapi suaminya selalu berada di sisinya untuk membuang jauh-jauh perasaan itu.

Dan bagi Hasya sendiri, siapa kata cinta kedua tidak sehebat cinta pertama? Buktinya, kehebatan cinta Emir lebih hebat penangannya dalam hidup Hasya. Dulu, kini dan selamanya.

Hanya satu pintanya pada TUHAN, jangan ada apa-apa yang akan memutuskan ikatan suci ini. Jangan ada yang mahu merampas Emir dan Esya daripada hidupnya. Kerana dia takut, dirinya tidak akan mungkin hidup tanpa mereka berdua…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience