BAB 8

Romance Completed 3253

“Sya, dengar Sya panggil Mir abang pun Mir dah bersyukur sangat. Mir tak pernah nak paksa Sya lebih-lebih pun. Mir faham dengan perasaan Sya sekarang ni…” Hasya pantas menekup mulut Emir lembut.

“Sya tak tahu pulak abang ni banyak cakap. Kalau dulu yang banyak bercakap kan Sya? Abang selalunya diam aje. Sekarang ni pulak abang banyak cakap kan? Sya nak cakap pun abang asyik potong je. Macam mana abang nak tahu apa yang Sya rasa kalau abang je yang bercakap,”

Emir menolak perlahan tangan Hasya. Kata-kata Hasya seperti satu tanda tanya dalam mindanya. “Mir tak nak Sya terus bercakap kalau apa yang Sya nak cakap nanti akan melukakan hati Mir,”

“Abang,” Hasya semakin selesa dengan panggilan itu di bibirnya. Dia memegang wajah Emir. Jemarinya dilalukan pada rambut Emir yang ikal tapi tampak segak dalam keadaan pendek dan kemas.

“Sya bukan macam perempuan lain yang boleh berpuitis. Abang pun kenal Sya kan? Dan abang sepatutnya dah boleh faham apa yang Sya nak sekarang,”

“Apa yang Sya nak?” Emir masih belum dapat menangkap maksud kata-kata isterinya itu. Sumpah! Otaknya sudah terlalu letih untuk berfungsi pada waktu-waktu begini.

Hasya mulai ragu-ragu. Namun bukankah sinar mata Emir sudah cukup untuk menyakinkan segalanya? Hasya mendekatkan dirinya pada Emir yang berbaring. Bibir Hasya kini tidak berapa jauh daripada telinga Emir.

“Sya nak abang dalam hidup Sya. Sya nak abang tahu yang Sya pun sayangkan abang,” perlahan namun membara kata-kata itu dirasakan Emir. Seperti kata-kata itu telah diukir pada dinding telinganya.

“Sya? Betul ke ni?” Emir menegakkan badannya. Bahu Hasya dipegang. “Sya tak tipu Mir kan?”

“I’ve never been this serious. I’m serious with all my decisions including this, bang,” Hasya mengusap wajah Emir.

“Tapi, kenapa Sya?”

“Sebab Sya bodoh. Sya tak tahu siapa untuk Sya. And I know now that you are mine. Since then, now and InsyaALLAH later on. Sya tak nak sia-siakan apa yang ALLAH dah bagi pada Sya. I wanna grow old with you. Sya sayangkan abang!”

Emir tidak memerlukan kata-kata lain setelah Hasya mengungkapkan ayat keramat itu. Yang dia tahu, setelah tubuh Hasya diraih ke dalam pelukannya, hanya kebahagiaan yang akan mereka rasai. Sehingga ke akhir hayat mereka.

*****

BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN…

HASYA meletakkan briefcase nya di atas kabinet. Tudung di kepala juga ditarik dan diletak di situ. Kakinya dihayun ke arah ruang tamu. Skrin TV yang sedang memaparkan dokumentari hidupan laut menjadi gelap setelah Hasya menutupnya. Hasya bersimpuh di tepi sofa.

Diam tak diam, sudah hampir 3 tahun dia hidup bersama lelaki itu. Dalam bersama melangkah merentasi masa, perasaan Hasya pada lelaki itu juga semakin kuat. Kalau dulu, dia hanya sayang. Tapi kini, dia sudah mula menyintai dan semakin sayang!

Lelaki itu yang dulu bergelar teman dan tidak pernah bergelar kekasih pada dirinya, telah membuktikan janji-janjinya sepanjang mereka bergelar suami isteri.

Hasya mengelus wajah suaminya yang sedang enak tidur. Sehari tidak bertemu dengan wajah kesayangannya itu, hidupnya memang tidak lengkap. Kehangatan lelaki itu yang diperlukan untuk memanaskan hatinya yang beku itu.

Atas sebab itu, mereka tidak pernah berpisah untuk masa yang lama kerana masing-masing tidak dapat untuk menanggung beban rindu yang sungguh menyeksakan itu.

Sentuhan Hasya beralih ke satu tubuh kecil yang juga sedang tidur beralaskan dada Emir. Berulang kali dia mengingatkan suaminya, tidak sesuai untuk si montel itu tidur dalam posisi seperti itu dan setiap kali itu jugalah suaminya akan membalas dengan mengatakan tubuh itu juga selesa untuk terus berada di atas dadanya.

Terkadang, cemburu juga dia melihat si kecil itu nyenyak di atas dada suaminya. Sepatutnya dada itu hanya menjadi miliknya. Bukankah sepatutnya begitu?

“Eh, Sya dah balik? Tak dengar bunyi kereta pun,” Emir tiba-tiba terjaga. Berbalam-balam pandangannya kerana masih mengantuk.

“Syhhh…abang ni! Nanti Esya terjagalah,”

“Hmm…dia penat sangat hari ni. Lepas abang balik tadi, abang bawak dia pergi playground. Orang dah mula dapat kaki, berlari je lah kerja dia,” jemari Emir bermain dengan pipi tembam si kecil.

“Sorry bang! Sya memang nak balik awal tadi tapi banyak lagi report yang belum siap. I had to stay back,” Hasya memandang Emir.

“Kan Sya dah call abang tadi? Kenapa nak cakap lagi? Sya ni pun,”

“Hmm…Sya dah makan? Abang ada beli nasi goreng tadi. Ke Sya nak makan luar?”

Hasya menyengih. “Belumlah bang. Sya malaslah pulak nak keluar. Sya makan je lah nasi goreng tu. Tapi Sya nak mandi dululah. Nanti abang temankan Sya makan ek?” Hasya mengucup pipi Emir. Tersenyum Emir dibuatnya.

“Okey. Pergilah dulu. Abang nak letak Esya kat bilik,”

“Takpe lah bang. Biar Sya yang bawak dia. Sya nak gomol dia puas-puas sebab Sya tak jumpa dia satu hari ni. Rindu betul kat budak tembam ni!” Hasya mengangkat si kecil daripada tubuh sasa Emir. Pipi tembam anak itu dicium-cium lagi bagi melepaskan rindu.

Esya Nur Amani. Permata hati mereka berdua itu dilahirkan sekitar bulan September tahun lepas setelah setahun mereka berdua menjadi suami isteri. Betapa Emir tidak menyangka dia akan mendapat seorang anak secepat ini daripada Hasya. Selama mereka berkahwin, hubungan mereka berdua semakin rapat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience