BAB 10

Romance Completed 3253

3 BULAN KEMUDIAN…

BUNYI ketukan pada pintu yang bertalu-talu menyebabkan Emir tidak boleh menumpukan perhatian pada kerja-kerjanya. Dia memandang jam tangannya. Waktu makan tengahari. Sememangnya klinik ditutup pada waktu sebegini kerana semua jururawat dan doktor keluar makan.

“Ye bang? Ada apa?”

Seorang lelaki dalam anggaran usia 30an memusingkan tubuhnya supaya dapat bertentangan dengan Emir secara berdepan.

“Dr Emir?”

“Ye saya,” Emir memberi senyuman.

“Aku Khalif. Bekas kekasih Maisara,”

Senyuman Emir terus mati!

“AKU nak kau tinggalkan Sara! Dia milik aku. Dari dulu lagi dia milik aku. Anak yang korang ada sekarang ni pun, anak aku dengan dia kan? Hasil hubungan sulit kami dulu!”

Emir menghentam meja mendengar kata-kata Khalif. Jari telunjuknya ditegakkan betul-betul depan mata Khalif.

“Esya anak aku dengan Hasya! Kau takde hak nak cakap Esya anak kau walaupun kalau betul Esya memang anak kau. Anak dengan Hasya dah mati sebulan lepas kau tinggalkan Hasya. Hari yang sama kau jumpa Hasya bagitahu dia yang kau nak kahwin, hari yang sama Hasya keguguran! Kau faham tak!” keras nada Emir. Ungkapan Khalif benar-benar mencabar dirinya sebagai seorang bapa!

“Tak mungkin! Kau tipu! Budak tu anak aku! Anak aku dengan Sara!” Khalif membalas.

“Esya lahir tahun lepas, lepas setahun aku kahwin dengan Hasya. Memang itu sah anak aku! Anak kami!”

Khalif terduduk. Kata-kata Emir membuatkan dia hilang arah sebentar. Dia bersalah!

“Kau dah tahu kebenarankan? Sekarang aku mintak kau berambus dari sini. Jangan kacau Hasya lagi sebab dia dah bahagia dengan aku! Dia dah lupakan kau!”

“Aku tak percaya! Sara masih cintakan aku. Aku tahu, dia tak bahagia dengan kau. Aku tahu! Kau tunggu! Aku akan datang balik cari kau! Kita akan selesaikan masalah ini!”

Berdentum bunyi pintu setelah dihempas Khalif. Emir mengusap-usap dahinya. Bibirnya beristighfar, memohon keampunan kerana kelalaian mengawal nafsunya tadi. Frame gambar yang tergeletak di atas meja, dicapai.

Dia mengusap permukaan kaca itu. Wajah-wajah kesayangannya sedang ketawa riang di majlis hari lahir Esya yang pertama yang disambut di rumah baru mereka di Tropicana. Gambar mereka bertiga dalam rona ungu cair itu turut menghiasi dinding di ruang tamu dan kamar buat permata hati mereka itu.

Hidupnya menjadi lengkap setelah kelahiran Esya. Mendapatkan cinta Hasya adalah perjuangan yang paling payah ditempuhnya. Setelah melalui semua itu, dia tidak dapat membayangkan kehidupannya tanpa kehadiran Hasya dan Esya.

They are the only reasons he’s still breathing on this face of Earth Mampukah nanti dia hidup tanpa salah seorang di sisinya?

“ESYA?” lemah suara itu memanggil.

Esya yang sedang seronok bermain LEGO dengan mummy nya, mengangkat mukanya apabila mendengar suara Emir. Tersenyum lebar Esya melihat daddy nya yang sudah pulang.

“Esya, anak daddy!” meluru Emir ke arah Esya. Tubuh montel itu dibawa ke dalam pelukannya. Tanpa kawalan, air matanya merembes!

“Abang? Kenapa ni?” Hasya menggosok-gosok belakang Emir. Hatinya cuak melihat Emir begitu. Emir seorang yang tidak mudah mengalirkan air mata. Air matanya hanya tumpah pada saat yang istimewa sahaja. Namun dalam keadaan ini, Hasya tidak pasti apa sebabnya!

“Abang tak boleh hidup tanpa Sya dengan Esya. Abang tak sanggup!” Emir merintih. Dia memeluk Esya lebih rapat. Esya yang sememangnya gemar dipeluk daddy nya hanya mendiamkan diri.

“Apa yang abang merepek ni? Sya dengan Esya ada kat sini dengan abang. Kita orang tak pergi mana-mana,”

“Abang takut, Sya. Abang takut dia akan rampas Sya dari abang,”

“Siapa yang nak rampas Sya dari abang? Abang cakap apa ni? Sya tak faham,”

“Khalif!”

Nafas Hasya bagai terputus apabila nama lelaki durjana itu disebut. Sejak dia menikahi Emir, nama itu sudah dihapuskan daripada hidupnya. Mengapa tiba-tiba saja Emir menyebutnya?

Kepala Emir didekatkan ke dadanya. Hasya merehatkan kepalanya di atas kepala suaminya. “Cinta dan sayang Sya hanya untuk abang. Sya tak mungkin lagi dengan dia, bang. I love you, abang. Sangat-sangat! I can’t lose the both of you,”

“Tapi Sya…,” Emir mengongoi. Persis seorang anak kecil yang kehilangan barang kesayangannya.

“Abang dengar cakap Sya,” Hasya menahan air matanya daripada gugur. “Sya terima abang dalam hidup Sya bukan sebab suka-suka je. I know you have what it takes to become a good husband and father. And it seems obvious that I took the right decision. You’ve done a great job in making me happy. And I know, I won’t be getting all that from someone like that jerk! Abang seorang je yang layak. Hati Sya ni memang abang yang punya. Sya tak mungkin berbagi-bagi, bang,”

Emir terharu dengan kata-kata Hasya.

“Jangan tinggalkan abang. Tolong jangan tinggalkan abang,” Emir mencium dada Hasya.

Hasya mencium rambut Emir. “Sya tak kan tinggalkan abang. Sya janji!” Hasya mengeratkan lagi pelukannya.

HASYA masih ingat lagi, setelah itu Emir berubah menjadi seorang yang pasif. Perginya di awal pagi, pulangnya tika jarum jam melebihi angka 10. Dia tidak lagi di rumah pada hujung minggu. Esya juga sudah mula merindui daddy nya yang lama tidak bermain dengannya. Dia hanya pulang setelah Esya tidur dan beredar awal pagi sebelum Esya terjaga.

Hubungan antara mereka juga sudah tidak semesra dulu. Sudah kurang gurauan canda. Kadang-kadang, Hasya sendiri tidak menyedari kehadiran Emir berada berdekatan dengannya. Sehinggakan keinginan Hasya untuk bermesra juga ditolak mentah-mentah oleh Emir. Semuanya sejak kejadian malam itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience