BAB 7

Romance Completed 3253

Hasya menarik nafas, dalam-dalam.

“Bila?”

HASYA menutup daun pintu. Wajahnya berpaling ke arah katil. Sekujur tubuh yang diselimuti selimut tebal sedang nyenyak tidur. Hasya merapati.

Semalam, dia sah bergelar isteri kepada Dr Emir Firdaus di rumah pak longnya. Hanya dengan sekali lafaz berwalikan pak longnya, mereka sudah bergelar suami isteri. Memandangkan Hasya tidak mempunya ibu bapa lagi, pak long sekeluarga menyediakan segalanya buat Hasya.

Hasya hanya melakukan kenduri doa selamat. Baru hari ini mereka diraikan sebagai pengantin baru di rumah keluarga Emir di Seri Kembangan.

Hasya benar-benar bersyukur kerana mama dan papa Emir menerimanya ke dalam keluarga mereka. Memang dari dulu lagi Hasya rapat dengan keluarga Emir. Mama Emir juga menyenangi Hasya. Kerana itu apabila Emir meminta mereka untuk meminang Hasya, mamanya sedikit pun tidak terkejut.

Mata Hasya menjelajah keseluruhan wajah Emir. Kulit Emir cerah. Secerah kulitnya. Kedua belah mata Emir tidak terlalu besar. Keningnya berbentuk cantik. Hasya menyentuh hidung mancung Emir. Turun ke bibir merah jejaka itu.

Selama mengenali Emir, Hasya tidak pernah mengagumi kekacakan jejaka berkelulusan dari Ireland itu. Profesion Emir sebagai doktor lebih membuat Hasya menghormati jejaka itu. Salah satu sebab Hasya berteman dengan Emir juga kerana sikap dan sifatnya yang begitu sempurna.

Tapi ketika ini. Dia seakan terpukau! Dia terpegun dengan kekacakan suaminya ini. Terasa begitu dekat kedudukan jejaka ini dalam hatinya. Dia seakan jatuh hati…

Semuanya semakin jelas. Perasaan Emir padanya memang tulus dan ikhlas. Dia dapat melihat itu sepanjang majlis akad nikah semalam. Saat Emir melafazkan Qabul, Hasya seakan-akan dapat merasai kehangatan Qabul itu menjalar ke seluruh urat sarafnya. Emir tidak bermain dengan janjinya!

Sewaktu Emir mampir untuk upacara membatal air sembahyang, Hasya tidak tahu mengapa detak jantungnya melaju sedangkan dia tidak pernah merasai semua itu ketika bersama Khalif mahupun ketika masih berkawan dengan Emir. Kucupan pertama Emir pada dahinya menyedarkan satu perkara yang pasti kepada Hasya…

Emir tesedar apabila terasa seperti ada sesuatu yang bermain dengan bibirnya. Dia memandang ke kanannya dan terkejut mendapati Hasya ada di situ.

“Sya?”

Hasya terpegun, disapa begitu lembut oleh Emir. Seram sejuk tubuhnya!

“Sorry! Sya kacau Mir tidur ke?”

“Tak lah. Mir ingat ada semut tadi. Sya dah nak tidur ke?”

“Kenapa?”

“Sorry Mir tertidur. Mir penat sangat. Ingatkan nak lelap sekejap sebelum Sya masuk,” Emir mencapai cermin mata di meja sisi katil. “Sya nak tidur, tidurlah,”

“Mir nk pergi mana?” tanya Hasya, pelik.

“Mir tidur kat sofa je. Sya tidur kat atas ye?”

Hasya menggigit bibirnya. Dia merasa bersalah. “Mir, Sya…”

“Not tonight. Sya penat. Mir pun penat. Mir tak nak paksa Sya. Mir pun dah cakap yang Mir bagi Sya masa sampai Sya betul-betul bersedia. Sya jangan risau, okey?” Emir memegang wajah Hasya, perlahan dan lembut. Mereka saling berbalas pandangan yang hanya difahami mereka.

“Sya nak cakap yang Sya…”

“Mir tahu Sya nak cakap apa,” Emir memotong lagi kata-kata Hasya. “Demi ALLAH, Mir tak kisah. Jangan paksa diri, okey sayang?”

‘Sayang? MashaALLAH Hasya. Dia panggil kau sayang…’

“Mir tidur dulu. Assalamualaikum,”

Secara spontan, Emir mengucup dahi Hasya buat kedua kalinya dalam tempoh 2 hari. Hasya terpempan.

“Waalaikumussalam,” Hasya menjawab perlahan.

Emir senyum. Dia mengambil sebiji bantal dan berlalu ke sofa. Meski tidak selesa, tapi dia akan tetap memegang pada janjinya untuk tidak memaksa Hasya menerimanya dalam hidup perempuan itu. Dia percaya semua ini akan berakhir mengikut aturan waktu.

Dia percaya semua itu. Dan sementara dia menunggu semua itu, sofa berkepala 2 inilah yang akan menjadi alas tubuhnya untuk beradu sehinggalah mereka berpindah ke rumah baru yang telah dibeli Emir di kawasan Tropicana.

Emir merasa baru saja matanya lelap apabila suara Hasya menyerunya perlahan.

“Abang…abang?”

‘Abang? Aku tak salah dengar ke? Sya ke yang panggil aku tu?’

“Abang?”

‘Eh! Memang suara dia! Hasya panggil aku abang?’ sempat lagi Emir berfikir dalam lenanya.

Hasya hampir berputus asa. Dia tidak tahu apa sebabnya tapi dia teringin sangat memanggil Emir dengan panggilan itu. Dia mahu tunjukkan pada Emir rasa hormatnya dengan memanggil Emir, abang.

“Kenapa Sya?”

Hasya alih pandangannya. Dia cuba mengukir senyuman buat pandangan seorang suami. “Sya dah fikir hal yang abang cakap hari tu. Dan Sya rasa…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience