BAB 3

Romance Completed 3253

Hasya memandang saja jejaka kacak di depannya itu. Laju Emir menyudu makanannya. Pandangannya turun ke pinggan yang mengandungi menu yang dipesan Emir untuknya. Dia baru ingin menyuap sesudu apabila tiba-tiba aje tekaknya terasa kembang semacam. Dia menelan liur berulang kali untuk menghilang rasa mual itu.

“Kenapa Sya?” Rupanya tingkah Hasya diperhati Emir.

Menggeleng-geleng. Hasya mengurut tengkuknya. “Sya okey. Mir makanlah. Sya nak pergi toilet kejap,”

Emir memandang langkah laju Hasya ke bahagian belakang restoran tersebut. Lepas sesuap lagi, Emir merasa tidak sedap hati. Dia akhirnya ke bilik air.

Hasya berkumur bagi menghilangkan bau masam setelah muntah-muntah tadi. Wajahnya turut dibasahkan untuk kelihatan lebih segar. Hasya merenung wajahnya di dalam cermin. Perlahan, tangannya menyentuh perutnya.

“Saiz pun sesuai dengan usia dia. 3 minggu,”

Sudah 3 minggu perutnya berisi tanpa dia sedari. Baru hari ini dan 2 hari yang lepas, dia terbangun kerana terasa sebu padahal malam sebelumnya dia hanya menjamah 2 keping roti bakar. Selepas memuntahkan segala isi perutnya, ulu hatinya terasa pedih. Puas disapu segala jenis minyak namun semuanya tak berkesan. Lantas, dia menelefon setiausahanya mengatakan dia MC.

Hasya langsung tidak menyangka petangnya akan berakhir sebegitu. Kata-kata yang diucapkan oleh doktor perempuan itu bagaikan belati tajam yang menusuk sehingga ke dasar hatinya.

“Sya? Sya okey tak?”

Hasya mengesat air matanya. Dia tidak boleh membiarkan Emir tahu tentang hal ini. Ini harus menjadi rahsia antara dia dan Khalif saja. Emir tidak boleh tahu!

Pintu bilik air ternganga. Hasya memaniskan mukanya apabila berhadapan dengan Emir yang berwajah tegang.

“Kenapa? Mir nak guna toilet jugak ke?”

“Are you hiding something from me, Sya?”

“Taklah. Apalah Mir ni? Sya okey je. Mir ni yang risau tak tentu pasallah,” Hasya cuba berlagak selamba. Dia mula bergerak. Belum sempat dia melangkah lagi, lengannya. ditarik lembut oleh Emir.

“Mir kenal Sya. Mir tahu Sya ada problem. Kenapa tak nak Mir tahu?”

“Mir, Mir. Apalah yang Mir merepek ni?” Hasya melarikan matanya daripada Emir. Dia tidak mahu kebohongannya dapat dikesan Emir.

Emir benar-benar merasa tidak puas dengan jawapan yang diberikan Hasya. Di luar bilik air tadi, jelas pada pendengarannya Hasya sedang muntah-muntah. Kemudian, terdengar pulak esakan halus. Kerana kulit Hasya yang cerah, dia dapat melihat merona merah pipi Hasya. Pasti gadis itu sedang menghadapi masalah yang berat.

“Sya ikut Mir!”

Terpinga-pinga Hasya dibuatnya apabila lengannya ditarik Emir.

*****

EMIR memberhentikan BMW X5 nya di hadapan rumah teres 2 tingkat yang disewa Hasya di kawasan Bandar Tasik Selatan. Lampu dan enjin kereta dibiarkan hidup. Dia tidak mahu kalau ada jiran yang nantinya memikirkan perkara yang bukan-bukan.

“Okey. Sekarang Mir nak Sya cerita semua. Everything that I should know. Mir tahu, Sya ada problem sekarangkan?”

Berair mata Hasya mendengar kata-kata Emir. Ternyata hubungan persahabatan yang terjalin antara mereka selama 13 tahun mendatangkan tuah buat Hasya kerana mendapat seorang sahabat yang begitu memahaminya. Tidak pernah Hasya sangka lelaki yang dikenalinya sejak Tingkatan 4 itu menjadi temannya yang paling rapat selain Adelia. Hasya bangga kerana dia tidak salah memilih Emir untuk menjadi temannya.

Cuma, langkahnya dalam memilih kekasih, ternyata memakan dirinya sendiri. Khalif Zuhri. Lelaki yang ditemui sewaktu mereka sama-sama menghadiri satu kursus anjuran Bank Negara tahun lepas. Tempoh 2 bulan berkursus bersama merapatkan mereka berdua. Daripada hanya bergelar teman, status itu berubah menjadi kekasih.

Hanya Frah, teman rapatnya di pejabat saja yang tahu tentang semua itu. Pada Emir tidak diceritakan perihal yang satu itu. Emir baginya terlalu bersikap protective. Dia tidak mahu hal itu akan menambah lagi kawalan Emir terhadap hidupnya. Dia juga ada privasi yang harus Emir hormati!

Hubungannya dengan Khalif berjalan lancar. Dia merasa sangat senang dengan Khalif yang serba serbi lengkap. Sikap dan juga sifatnya. Tambahan, Khalif mempunyai segalanya yang patut dimiliki oleh seorang lelaki berusia 30 tahun. Sehinggakan, Hasya sering kali mengharapkan hubungan antara mereka akan pergi lebih jauh. Mungkin sehingga ke jenjang pelamin!

Dan kerana impian itulah, kerana harapan agar termeterainya ikrar rasmi yang suci, hidupnya hancur! Setelah puas dipujuk Khalif, akhirnya Hasya tewas. Dia juga tidak dapat menahan dirinya. Mereka akhirnya terlanjur.

Namun bagi mereka berdua, itu adalah cara bagi mereka membuktikan cinta mereka. Betapa hebatnya cinta mereka. Kerana itu jugalah, setiap kali mereka bertemu, mereka pasti akan melakukan perkara terkutuk itu.

Dan 2 hari yang lepas, seakan 7 petala langit menghempap dirinya setelah dia mendapat khabar itu. Dia mengandung! Kata-kata yang diucapkan oleh doktor muda itu bagaikan halilintar membelah dirinya. Ucapan doktor yang selebihnya hanya dibiarkan bagai angin lalu. Otaknya tepu secara tiba-tiba!

Antara mana percubaan yang terkena sedangkan mereka berdua selalu menggunakan perlindungan? Itu soalan yang berulang kali ditanya pada diri sendiri. Patutlah pun sudah sebulan haidnya lewat sedangkan putaran kitarannya memang tetap setiap bulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience