BAB 15

Romance Completed 3253

“When I nearly lost you forever,”

“Cerita lama. Tak payah nak ingat,”

“Teringat je. Abang? Hmm…Sya nak tahu. Abang bahagia tak kahwin dengan Sya?”

Emir ketawa kecil. Rambut Hasya dicium. “Apa jenis soalan tu? Are you questioning me?”

“I wanna make myself better for you,”

“Erm…how should I put this into words? Can my action answer your question?”

Giliran Hasya pula tersenyum. “Macam mana tu?”

“Like this,” Emir memusingkan tubuh Hasya supaya menghadapnya. Dia memegang wajah Hasya. Kemudian, lama bibirnya bertaut di bibir Hasya. Setelah itu, dia mengucup juga dahi Hasya. “Does that satisfy your question?”

Hasya menjengket untuk mencapai ketinggian kepala Emir. Dahi Emir turut dikucup. Lama sekali. “Sya pun bahagia kahwin dengan abang,”

“Sya tak pernah menyesal?”

“Sya akan lebih menyesal kalau Sya tak kahwin dengan abang dulu,”

Rentetan peristiwa tembakan itu, walau bagaimanapun menyedarkan Hasya tentang kepentingan Emir dalam hidupnya. Di saat dia hampir ditembak oleh Zarith, penyelamat hidupnya muncul. Mujur langkahnya ke Taman Bukit Jalil ketika itu diekori oleh Emir.

Rupanya tanpa pengetahuan Hasya, Emir telah mengekorinya sejak dia dan Esya keluar dari rumah mereka di Tropicana. Walaupun dia meminta Hasya untuk meninggalkannya, tapi dia akui cinta buat wanita itu masih teguh di hatinya. Dia merasa seperti satu tanggungjawab untuk memastikan keselamatan Hasya terjamin meski mereka sudah berpisah.

Dari dalam X5 nya, Emir dapat melihat segala apa yang berlaku. Kedatangan Zarith dengan sepucuk pistol membuat jantung Emir berkencang hebat. Bernasib baik kerana kereta Zarith di parkir di sebelahnya, dia merasa bertuah kerana pandangannya dapat mengesan kehadiran pistol tersebut.

Dengan segera dia menelefon polis. Dia sendiri turun dari keretanya dan bersembunyi di balik pokok bunga yang renek, berdekatan dengan Hasya, Khalif dan Zarith.

Saat dia mendengar kata-kata terakhir Zarith yang begitu mengecutkan perutnya, Emir keluar dari persembunyiannya. Tindakan pantasnya itu Berjaya menyelamatkan isterinya. Tetapi malang buat Emir, 2 tembakan yang dilepaskan Zarith mengenai dada dan juga buah pinggangnya.

Memang, yang hanya terbayang di fikiran Emir ketika itu, ajalnya sudah tiba. Malu untuk dia akui, tapi dia lagi rela untuk pergi selama-lamanya daripada berterusan hidup dalam dosa. Walaupun keluarga kecilnya begitu memerlukannya tapi sungguh, dia tidak sanggup!

Di hospital, doktor mengesahkan satu daripada dua buah pinggang Emir rosak akibat peluru yang tertimbus di dalamnya. Tiada pilihan, Hasya terpaksa menurunkan tandatangannya, membenarkan doktor mengeluarkan buah pinggang kiri suaminya.

“Abang pulak yang mengelamun. Kenapa?” Hasya memegang wajah Emir. “Abang fikirkan apa?”

Emir senyum, meleret. “Who would have ever thought, after that night we would still be together, here,”

“Tadi abang marah bila Sya cakap pasal malam tu,”

“I’m sorry,” Emir peluk lagi tubuh kurus itu.

Bunyi tangisan nyaring dari kamar sebelah kedengaran kuat. Hasya melepaskan diri daripada pelukan Emir. “Syamir dah bangun. Sya pergi tengok dia sekejap,” Hasya menarik jemarinya daripada tautan jemari Emir.

“Mir sayang Sya,” Emir menghulurkan senyuman yang paling menggoda yang pernah dilihat Hasya sepanjang mereka bergelar suami isteri. Suaranya juga begitu romantis. Meremang tengkuk Hasya dibuatnya.

“Sya pun sayangkan Mir,” Hasya menarik daun pintu. Sebelum menutup daun pintu, Hasya sempat mengusik suaminya itu. “We’re not done yet, abang!” sempat dia mengenyit matanya.

Emir ketawa besar. “Nakalnya! I’ll be here, sweetheart!” matanya turut dikenyit.

Sejuta rasa kesyukuran kerana hayatnya masih lagi panjang. 5 bulan setelah kejadian itu, Hasya selamat melahirkan putera kedua mereka, Syamir Rifhan. Seperti Esya, dia juga berkesempatan untuk mengazankan zuriat mereka itu. Bahagianya dia pada masa itu tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata!

Sehingga kini, masih terngiang-ngiang di cupingnya kata-kata indah dan romantis yang diucap oleh isterinya setelah dia sedar daripada koma.

“Others, they just know how to love. But not all experiences one true love. But I’m fortunate, to be loved by you, to be taught to love again by you, and to experience such a beautiful thing called true love. But the truth is, I’ve learnt the true meaning of love from you; how you’re willing to sacrifice yourself for me; how you’ve accepted me knowing the real me. It only came from you and Alhamdullillah, I’ve found you,”

Itu luahan hati Hasya padanya. Namun luahan hatinya, tiada seorang yang tahu melainkan ALLAH SWT. Sampai waktu nanti, Hasya akan tahu juga. Segala rasa hatinya akan Hasya tahu juga.

Buat masa kini, dia mahu menikmati peluang kedua yang diberi ALLAH padanya. Dia ingin merasai erti cinta yang sebenarnya. Di samping Hasya Maisara, isterinya, Esya Nur Amani dan Syamir Rifhan, putera puterinya.

Dan selepas semua ini aku sedari bahawa ini adalah makna cinta, hidup yang sebenar selain kau menjadi sebaik-baik khalifah di muka bumi ini. Ia bukan lagi sebuah kisah tanpa tajuk yang tidak membawa apa-apa makna, tapi ini adalah keindahan anugerah dari Illahi, cinta yang bisa menakhluk semesta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience