BAB 2

Romance Completed 3253

EMIR membasuh tangannya di bilik sebelah setelah selesai mencuci luka di bibir Hasya. Mujur saja lukanya tidak terlalu dalam sehingga memerlukan jahitan. Hanya luka di dahi yang mendapat 2 jahitan kerana lukanya yang agak serius.

“Dr? Hasya dah sedar,” suara Kak Ema kedengaran di pintu.

Emir memandang sekilas ke belakang. “Okey kak,”

Hasya memaniskan mukanya apabila Emir melangkah masuk. Dia membetulkan duduknya. Rambut yang panjang lurus diikat kuda.

“Sya okey?” Emir merapati katil.

“Okey. Tapi pening sikit. Macam mana Mir boleh jumpa Sya?”

“Orang yang langgar Sya bawak Sya datang sini. Mir pun terkejut tengok Sya tadi. You scared me to death you know?” Redup saja pandangan Emir.

Hasya menyengih. “I’m sorry. Next time Sya tak buat dah,”

“I’ll be keeping your words. Please make sure of it,”

“Okey! Hm…dah pukul berapa ni? Kenapa Mir kat klinik lagi?”

Emir membelek jam tangannya. “Pukul 9.30. Tadi masa Abang Rizal bawak Sya, Mir memang dah nak balik. Ingat lepas Isyak baru Mir balik. Nasib baik Mir kat klinik lagi,”

Angguk. “Sorry sebab Sya dah susahkan Mir. And thank you for this. Sya balik dulu ye?” Hasya mengalihkan kakinya ke bawah.

“Sya dah makan ke?”

“Belum,”

“Kita pergi makan lepas tu Mir hantar Sya balik. Okey?”

“Tak susahkan Mir ke?”

“Pernah ke Mir rasa Sya menyusahkan Mir?” soalan dibalas soalan juga.

Hasya angkat bahu. “Sya tak tahu apa yang Mir rasa,”

Emir tersenyum. Dia meninggalkan Hasya dan bergerak ke meja kerjanya. Stateskop yang tergantung di kolar bajunya diletak dalam laci. Kunci keretanya juga diambil. Dia memandang Hasya. “Shall we?”

Mereka berdua beriringan keluar, mendapatkan Rizal, isterinya Ema dan teman mereka, Amar. Setelah mengucapkan terima kasih, mereka bertiga meninggalkan Emir dan Hasya. Emir menyuruh Hasya menunggu di dalam kereta sementara dia mengunci pintu klinik. Hujan masih lebat seperti tadi. Langsung tiada tanda-tanda akan berhenti.

“Sya nak makan apa?” Emir mengelap wajahnya yang basah terkena titisan hujan tadi apabila melangkah. Cermin matanya yang basah juga dilap.

“Sya tak nak makan. Mir boleh hantar Sya balik tak?”

“Tapi Sya kan belum makan? Mir janji, lepas makan, Mir hantar Sya balik,”

“Baju Sya basahlah Mir. Macam mana nak pergi?” Hasya memberi alasan lagi. Dia memang tidak punya mood untuk makan pada masa sekarang. Dia hanya ingin pulang!

Emir akui kata-kata Hasya ada juga benarnya. Kesian juga dia melihat gadis itu yang jelas tidak selesa dengan keadaannya sendiri.

“Mir hantar Sya balik. Tukar baju lepas tu Mir bawak Sya pergi makan,”

Hasya ingin menolak lagi.

“Tak. Sya tak boleh cakap tak nak. Sya kena ikut Mir. Okey?”

Dengan berat hati, Hasya mengangguk.

EMIR membawa Hasya ke sebuah restoran tomyam di kawasan Sungai Besi. Sebaik pesanan mereka diambil oleh pekerja restoran, Emir mula menyerang Hasya dengan soalan.

“Kenapa Sya berhujan? Kereta Sya mana?”

“Kereta Sya masuk workshop semalam,”

“Then, where were you from?”

“Sya jumpa kawan tadi. Nak balik naik cab. But the cab was across the road. Sya tak perasan pun kereta Abang Rizal masa nak melintas tadi because it was raining cats and dogs,”

“Gugur jantung Mir tadi bila tengok Sya yang pengsan. Nasib baik luka tak teruk sangat. Macam mana kalau Sya parah tadi?”

“I’d rather die, Mir,” Hasya menggumam. Perlahan.

“Pardon me?”

Hasya menggeleng, tersenyum. “Nasib baik Mir ada,”

Emir pula menggeleng. “Nasib baik ALLAH ada,”

Hasya hulur senyuman lagi.

Pesanan mereka tiba. Emir menghulur nasi goreng patayya yang dipesan buat Hasya. Selesai membaca doa makan, Emir terus menyudu nasi daging merah kegemarannya. Membau aroma pesanannya itu sudah cukup membuat volume keroncong di perut Emir semakin kuat. Lapar!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience