BAB 4

Romance Completed 3253

Dan patutlah juga dia merasa ada yang aneh dengan tubuhnya. Mual-mual, pening kepala, keseluruhan badannya merasa sakit-sakit. Dirinya sudah didatangi sintom-sintom ibu mengandung!

Selepas memikirkan baik buruk keputusannya, Hasya menetapkan masa untuk bertemu dengan Khalif, petang tadi di tempat biasa mereka. Dan ternyata, pertemuan itu membawa kepada satu kebenaran pahit yang harus ditelan Hasya. Kebenaran yang hampir membuat Hasya ingin mencabut nyawanya sendiri setelah mendengar kata-kata Khalif. Dia benar-benar rasa ingin mati…

*****=

“ARE you sure itu anak I? Bukan anak orang lain?” selamba Khalif berkata demikian. Roman wajahnya menunjukkan tiada langsung rasa bersalah kerana telah menghamili anak orang.

Hasya memandang dengan rasa tidak percaya. Dia memusingkan tubuh Khalif untuk memandangnya.

“Demi ALLAH Khalif, ini anak you! I tak pernah curang belakang you. Tolonglah jangan cakap macam tu!”

Khalif mencebik. “Yelah. Manalah tahu kalau kot-kot selama ni belakang I, you dengan laki lain pulak. I mana tahu you buat apa belakang I,”

“Sumpah demi ALLAH, I yakin ni anak you. Dengan you sorang je I pernah buat tu semua. Please Khalif! Tolong jangan cakap yang bukan-bukan. You do know the truthkan?” bersungguh-sungguh Hasya menyakinkan Khalif.

“Okey okey. I percaya. So, sekarang you nak suruh I buat apa?”

Hasya memeluk Khalif. Khalif membuat muka bosan tapi tidak disedari oleh Hasya. “Kita kahwin? You tunaikan tanggungjawab you pada I dan anak kita? Bolehkan?”

Khalif geram. Mahu saja dia menampar perempuan yang ada dalam pelukannya itu. Bercakap ikut sedap mulut saja. Nak mati kena sembelih dengan mummy kalau dia berkahwin dengan Hasya!

Hasya anak kebanyakan, seorang yatim piatu manakala dia berketurunan bangsawan. Mahu agaknya segala harta-harta yang menjadi miliknya ditarik kembali oleh daddy. Oh, dia tak sanggup!

“Okey. I boleh kahwin dengan you. Tapi, dengan syarat,”

“Syarat?”

“You kena gugurkan baby tu. Baru I kahwin dengan you!”

Pang!!!

Terasa pijar pipi Khalif akibat tamparan seorang perempuan. Dia memegang pipi kirinya. Mungkin lebam pipinya!

“You ni kenapa? Mak bapak I pun tak pernah nak tampar I, you tahu tak! You sape nak tampar I?” terjegil biji mata Khalif. Dia memegang kedua-dua tangan Hasya.

“I selalu dengar orang cakap yang you ni kaki perempuan. Tapi I tak percya sebab I rasa I boleh ubah you. tapi sekarang ni, I pun tak tahu macam mana I boleh percayakan you!!!”

Khalif ketawa terbahak-bahak. Dia melepaskan tangan Hasya.

“Aku tak pernah suruh pun kau percayakan akulah. Kau je yang dari dulu terhegeh-hegeh nak kat aku. Hidup aku ni, kalau orang nak bagi, aku tak tolak sebab mana tahu kita nak dapat lagi tak lain kali. Memang masa mula-mula dulu, aku yang mintak. Tapi lepas tu, kau yang nak. Aku ikut je apa yang kau nak. Takut kau kempunan pulak nanti,”

Tangan Hasya hampir naik buat kedua kalinya, namun Khalif lebih pantas daripadanya. Hasya ditolak sehingga jatuh terduduk di atas tanah.

“Hei perempuan! Kau dengar sini ye! Aku tak nak ada kena mengena dengan kau ataupun dengan anak kau tu! Kalau kau nak aku bertanggungjawab, kau gugurkan dulu kandungan kau atau kau orang boleh pergi mampus!”

Khalif menunjuk jari telunjuknya betul-betul di depan mata Hasya. Dia tidak peduli jika ada mata yang memandang. Perempuan ini harus diajar terlebih dahulu!

“Istighfar Khalif. You tak boleh buat I macam ni. I sayangkan you. I nak kahwin dengan you. I nak jaga anak kita ni. I nak jaga dia dengan you,”

“Peduli apa aku dengan angan-angan kau tu! Syarat aku senang aje. Kalau kau nak, aku on je. Kalau kau tak nak, aku pun tak paksa. Kau boleh berambus dari hidup aku!” Khalif memegang kedua-dua belah pipi Hasya.

Wajah Hasya sudah basah. Rasa perit pada pipinya tidak diendahkan. Perit lagi rasa hatinya pada ketika itu!

“Tolong jangan tinggalkan I, Khalif! I tak boleh hidup tanpa you. I sayangkan you!”

Tanpa berfikir panjang, wajah Hasya ditampar Khalif. Hatinya benar-benar panas!

“Mulai hari ini, hubungan kita putus! Kau jangan nak cari aku lagi lepas ni. Kalau aku nampak muka kau lepas ni, nahas kau aku kerjakan! Ingat cakap aku ni Sara!” Khalif menolak lagi tubuh kurus itu. Dia berlalu.

Hasya mengangkat wajahnya. Dalam kekaburan penglihatannya, sorot pandangnya masih mengikut langkah Khalif. Dia mahu memanggil lelaki itu tetapi dia tahu, lelaki itu tetap tidak akan berpaling. Khalif benar-benar sudah meninggalkan dirinya tanpa mahu bertanggungjawab…

“Sya? Sya dah sampai mana? Mir tanya Sya dari tadi, tapi Sya tak jawab pun,” Emir memetik-metik jemarinya di depan mata Hasya.

Hasya tersedar. Tubir matanya yang berair dikesat dengan tapak tangan. Dia memandang Emir yang sememangnya tampak tidak sabar dengan sikapnya yang cuba untuk mengalihkan tumpuan lelaki itu daripada mengetahui masalahnya.

“Sya tak ada problem. Mir je yang risau tak tentu pasal,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience