bab 5

Romance Series 23520

Tuk! Tuk! Tuk!

Aku terjaga apabila bunyi ketukan kuat pada pintu. Sakit pada pinggang dan perut masih lagi terasa, malah rasa sakit naik ke kepala. Rasa macam nak demam pun ada.

"kejap....kejap... Ish! Tak menyabar langsung.."

Aku membebel apabila ketukan di pintu tak berhenti. Mahu roboh pintu rumah aku ni.

Mata aku membulat, mulut melopong apabila melihat gerangan tetamu yang datang.

"eh.. encik buat apa kat sini... mana encik tahu ni rumah saya.."

Khalil tersenyum sinis pada aku. Wajah yang masih lagi terkejut aku cepat-cepat cover.

"ni... tak nak ajak abang masuk ke?.."

Khalil bersandar pada muka pintu. Matanya pula meliar melihat sekitar dalam rumah.

"tak payah nak mengada... baik encik balik sekarang... kalau jiran tengok tak elok..."

Aku menjenggil mata padanya. Ya Allah! Time aku sakit macam ni lah mamat tak reti bahasa ni datang. Tak larat aku nak melayan.

"peduli apa kat diorang... abang datang nak tengok my wife... Tasnim cakap sayang sakit..."

Aku pejam mata rapat sekejap sebelum buka kembali. Rimas! Aku sakit ke nak mati ke, apa dia peduli hal aku!

"listen here Syed Khalil... saya tak suka hal saya orang sibuk-sibuk... apa kata encik pergi balik sekarang... i want to rest.."

Aku menolak dada bidangnya kuat. Namun sempat dia menangkap kedua tangan aku dan dengan tenaga lelakinya sudah tentu senang saja dia menolak aku masuk ke dalam dan dudukkan aku di kerusi.

"jom pergi klinik...."

Aku hanya menggeleng lemah. Dah tahu kan senggugut nak pergi klinik buat apa lagi. Lain lah tak tahu sakit apa. Aku pandang Khalil yang bercekak pinggang. Marah ke? Ada aku kisah!

"saya tak nak... saya perlukan rehat je... dah la... pergi lah balik..."

Aku menolaknya lagi. Wow! Kerasnya paha dia, mesti rajin workouts kat gim. Ain! Miangnya kau. Tak suka-tak suka, tapiiii, hurm! Something sangat kau ni.

"sayang...."

Aduh! Bergetar segala urat nadi aku. Lembut suara macam dalam kelambu. Jangan macam ni lama-lama wahai suami! Isteri anda ni tak tahan. Dah lah hormon masa dalam haid ni lain macam.

"ehem!..."

Saja berdehem kuat-kuat. Nak hilangkan rasa mengelenyar ni.

"encik Khalil... please leave me alone... saya tak nak di ganggu... kalau tiba-tiba Tasnim balik macam mana?.."

Aku bersandar pada kerusi. Letih, tak larat nak berbalah dengan lelaki sorang ni. Kepala aku picit perlahan. Pening campur berdenyut.

Terasa belakang aku ditolak lembut. Khalil duduk dibelakang aku lalu aku disandarkan ke dadanya. Terdengar denyutan jantungnya yang agak laju. Aku sebenarnya suka apabila dilayan begini. Apa lagi aku sakit. Rasa selamat dan tenang.

Tangan kekar itu mengurut kepala aku perlahan. Hilang sedikit rasa berdenyut. Mata aku pejamkan, hanya membiarkan Khalil memanjakan diriku. Sesuatu yang tidak pernah aku rasa dari seorang suami. Air mataku gugur setitik demi setitik.

"hey... sayang kenapa menangis ni... sakit sangat ke?..."

Aku hanya mengangguk. Tak mahu dia tahu apa yang sedang bermain di akal dan hatiku saat ini.

"nak pergi klinik?... jom abang hantarkan..."

Aku menggeleng, sedikit pun suara aku tidak keluarkan. Hatiku sedang kucar-kacir waktu ini. Aku tidak mahu dia tahu yang waktu ini aku sebenarnya hampir jatuh tersungkur dengan pujukkannya.

Aku wanita biasa, aku juga inginkan kasih sayang dan cinta dari seorang suami. Tapi aku takut, takut jika dia hanya ingin memainkan perasaanku. Bagaimana jika dia mahu membalas dendam padaku? Atau hanya ingin memuaskan nafsu lelaki nya? Argh! Pening aku fikirkan arah jalan kehidupan aku.

"habis tu... sayang nak abang urutkan?..."

Suara gemersik Khalil memecah lamunanku. Aku hanya mengangguk saja. Biarlah buat waktu ini aku dan dia sama-sama merasai rasa yang hadir dari hati dan jiwa.

Aku membuka mata apabila terasa kedua tangan gagahnya memeluk aku kejap. Satu ciuman kasih diberikan di ubun-ubunku.

"l love you...."

Mata yang tadi terbuka kini aku pejam semula seraya itu berjuraian air mata turut mengalir melalui lekuk pipiku. Esakan kecil akhirnya keluar juga. Tak sanggup lagi aku tahan sebak di dada. Aku perlukan dia suamiku. Tapi aku takut, dia akan meninggalkan aku sekali lagi.

"don't.... "

Aku sudah teresak, terasa mahu pecah dadaku. Aku juga sudah jatuh cinta padanya. Aku ingin begini selamanya. Tapi adakah dia juga seperti aku? Mahu mencintai aku seadanya?

"don't you ever say that word... kalau awak tak pernah tahu apa rasanya.."

Sekali lagi ciuman kasih berlabuh di ubun-ubunku. Khalil mengemaskan lagi kedudukannya. Badanku dialih ke belakang menjadikan kedudukan kami saling berhadapan.

"abang mengaku... dulu abang ego... abang tak tahu nak beri riaksi macam mana... then i left you... tapi hati abang tak senang .... asyik terfikirkan Ain..."

Aku hanya diam membisu, tidak cuba untuk mencelah atau memotong cakap nya.

"lepas abang balik dari Aberdeen... abang cuba cari Ain... tapi tak jumpa-jumpa... abang kecewa sangat... hari-hari abang fikir pasal Ain... sampai tahap abang upah PI..."

Pipiku dielus lembut. Ibu jari kasarnya menyapu bersih air mata yang masih lagi bersisa di tubir mata. Lemah lembut tingkahnya, membuatkan aku terbuai.

"hari-hari abang berdoa supaya abang jumpa Ain.... abang nak tebus balik apa yang sepatutnya abang berikan pada Ain dulu..."

Aku mengangkat wajah, memandang tepat ke dalam matanya cuba mencari keikhlasan. Lama aku memandang anak mata hitam itu. Ada sinar di dalamnya.

"I love you... I swear... I love you so much..."

Dahinya dan dahiku bersatu membuatkan puncak hidung kami bersentuhan. Kata kata cintanya masih lagi bermain-main di ruang telingaku. Indah! Tapi akan indahkah realiti nya.

"please.... i need time....for many years i was alone.... untuk menarik awak masuk ke dalam kehidupan saya... saya rasa kekok..."

Dahiku dicium lama. Terasa segala rasa kasih dan cintanya buat aku. Wajah kacaknya aku pandang, tidak pernah aku terbayang lelaki sekacak dan sekaya Syed Khalil akan menjadi suamiku.

Pipinya aku sentuh buat kali pertama. Menggeletar segala jari jemariku. Senyuman manis aku berikan padanya. Bibir sexy nya aku sentuh.

"it's yours... abang tak pernah cium sesiapa pun setakat ni... may be today..."

Aku tertunduk malu apabila mendengar usikan nakal nya. Saja nak bagi aku blushing.

Aku menepuk dada bidangnya, tingkah aku membuat Khalil ketawa.

"I need you by my side.... as my wife... for the rest of my life..."

Dia membawa aku kedalam pelukannya. Hmmm, beginikah kehidupan bahagia suami isteri? Segalanya dikongsi bersama, suka duka, susah dan senang.

"I do.... I need you to..."

Terasa pelukan Khalil semakin ketat. Aku tersenyum. Ya, aku sudah bersedia melalui segalanya bersamanya. Aku harap dia juga begitu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience