bab 2

Romance Series 23520

Aku menghirup kopi yang hampir sejuk. Terasa sakit mencucuk hati. Mana lelaki keparat tak sedar diri ni. Selalu saja mungkir janji. Terkadang hampir sejam aku menunggu. Terkadang aku hanya pulang tanpa berjumpa dengannya. 

Shahrul, lelaki aku aku kenali selepas Khalil pergi meninggalkan aku. Namun aku menemui kehampaan apabila lelaki itu lebih hina dari suamiku. Kaki perempuan, kaki botol dan paling aku benci kaki penipu! Dia ingat aku perempuan bodoh yang boleh di permainkan. Pernah dia minta padaku untuk melakukan hubungan seks. Terus aku pukul Shahrul dengan payung yang kebetulan ada di tanganku. Huh! Ingat aku orang kampung aku tak ada otak? Pergi mampus kau!

"Hai baby... lama tunggu I?... sorry baby jalan jammed tadi...you dah makan?" Makan kepala hagguk kau. Akubdah kematu bontot tunggu kau boleh kau ber'sorry' baby dengan aku.

"Tak payah nak berbaby sangat.... ni apa hal nak jumpa saya... saya busy...cepat cakap.." mendatar suara ku. Tak payah nak meliuk lentok kalau dengan lelaki durjana seperti dia ni!

"Baby... apa ni.. I nak jumpa you je... takkan tak boleh?... dont you miss me baby?" Hampir dia mahu memegang tanganku. Cepat-cepat aku tarik. Tak payah!

"Apahal nak jumpa saya... kam kita dah lama putus.. sejak awak kantoi dengan saya... kenapa? Duit awak dah habis? Atau awak ada masalah lain... kalau tak takkan datang jumpa saya tiba-tiba..." sarkastik saja ayatku. Aku tahu aku hanya perempuan untuk dia mendapatkan hasilnya saja. Bodohnya aku!

"Baby... I'm so sorry about the past... I janji I akan setia dengan you sorang je.. I janji I akan ikut je apa yang you nak... kita get back ya.." amboi senang benar hidup lelaki seperti Shahrul. Tapi dengan aku sorry.

"Owh... Shah saya sebenarnya lupa nak bagitahu awak sesuatu..." aku menongkat daguku sambil memberi pandangan yang menggoda.

"Ya baby.. nak bagitahu apa?" Anak matanya bersinar tanda dia teruja. Huh!

"I'm married..." wajahnya yang teruja bertukar kelat. Terkejut agaknya.

"Since when? You tak bagi tahu I pon...." raut wajahnya yang terkejut membuat hatiku sedikit puas. Jahatkah aku? Kau fikirlah sendiri!

Aku terus meninggalkan Shahrul yang beriak terkejut dan penuh tanda tanya. Biarkan lelaki sekejam itu harus diajar!

*******************************
Ain... aku nampak kau jumpa seseorang tadi siapa?" Aku yang sedang fokus pada komputer di depanku memandang Tasnim sekilas.

"Tak ada siapa... kawan lama... kenapa?" Aku kembali fokus dengan kerjaku yang berlambak-lambak. Pening kepala.

"Tak adalah... tak tahu pulak aku yang kau ada kawan lelaki..." Tasnim-Tasnim. Tak habis-habis dengan perangai curious kau tu! Kalau dia tahu siapa Shahrul tu agak-agak apa riaksi dia ek? Eh, tak-tak! Kalau dia tahu siapa Khalil agak-agak apa jadi ek?

"Kenapa? Aku tak boleh ada kawan lelaki ke?Atau kau nak cakap aku ni tak laku? Macam tu ke?..." Tasnim mengerutkan dahinya. Dah kenapa?

"Ish kau ni... kesitu pulak... bukan lah... maksud aku selama aku kenal kau ni... dan selama kita serumah ni... tak pernah aku tengok kau keluar dengan mana-mana lelaki... baru hari ni aku nampak" aku memandang wajah Tasnim lama. Baru 6 bulan Tasnim. Belum 6 tahun.

"Dia kawan satu universiti aku... tadi terserempak dengan dia... tu yang ambil masa minum-minum sekejap." Aku memangku kepala di atas meja kerjku. Aku memandangnya sambil tersenyum. 

"Kau dah kenapa?... senyum sorang-sorang macam orang tak betul ni?.." tanya Tasnim. 

"Bukan aku... kau tu dah tak ada kerja melepak kat sini... dah lupa CEO baru tu ada kat sini... nanti dia datang me'round' tak ke naya.... kena potong gaji baru tahu..." aku cuba menghalaunya. Bukan bosan. Tapi tak tahan dengan perangai polis pencen dan mulut mak nenek dia tu. Lemas aku.

"Ya lah... aku pon saja je datang nak tengok kau... okay ke tak.." kenapa aku macam tak okay ke?

"Dah kenapa? Aku nampak macam tak okay ke?... sejak bila pulak bos naikkan pangkat kau jadi mandur aku..." dia hanya ketawa dengan ulahku. Aku pula hanya tersenyum melihat tawanya. Walau baru beberapa bulan mengenali Tasnim, aku dapat rasakan dia seorang yang baik.

SetelahTasnim keluar aku bersandar pada kerusi kerjaku. Keluhan kasar aku lepaskan. Life is hard! Kadang-kadang aku terasa ingin berhenti dari melaluinya.

*********************************** 

Aku mengurut pelipis perlahan. Ah! Banyaknya kerja yang kena settle cepat. Deadline dah dekat kerja berlambak. Kenapa aku sorang yang kena hadap. Teruk betul ada ketua yang selfish. Nak kerja senang. Nak ada masa lebih. Nak goyang kaki. Semua kerja, aku yang buat. Ergh! Melampau!

"Ain tak balik lagi?..." teguran tiba-tiba membuatkan aku hampir melatah. Nasib baik sempat cover.

"Eh, Encik Khalil... belum lagi... saya banyak lagi kerja nak settle... Deadline dah dekat dah..." dia menghampiri mejaku. Aku bangun dari dudukku bagi menghormatinya sebagai bos ku.

"Kenapa banyak sangat kerja ni...rasanya semua proposal dan laporan ni... kerja Hamdan kan?... kenapa dianpast kat Ain?.." aku hanya diam tak tahu nak jawab apa. Kalau salah cakap nanti nampak macam mengadu. Kalau aku cakap kerja aku. Sah-sah dia dah tahu kebanyakan kerja dimeja aku ni milik Encik Hamdan.

"Erm...saya hanya buat kerja saya saja Encik... Encik Hamdan bos saya... jadi tugas saya settlekan kerja yang dia berikan..." aku rasa itu jawapan yang terbaik dari aku. Tak nampak macam aku tuduh si Hamdan kan? Kan?

"Balik lah Ain... esok saja settlekan semua ni... dah lewat sangat ni... bahaya Ain sorang-sorang..." auch! So sweet! Tapi sayang, tak terpias pun. Kalau dulu mungkin boleh aku pertimbangkan.

"Tak apa lah Encik... saya stay back je..." wow! Beraninya kamu Ain! Entah-entah kat office ni ada hantu. Eee, takut!

"Ain.... I'm the boss... so lets go...i'll send you home..." hurm, macam mana Ain? Peluang ni. Kalau tak terima alamak duduk lah office berhantu ni sorang-sorang. Eeeeee, takut!

"O-okay... Encik tunggu kejap tau..." aku save documents dalam hard disk supaya esoknya senang aku mencari.

******************************

Aku hanya membisu dan memandang keluar tingkap. Hanya bunyi radio saja yang berkumandang memecah kesunyian. 

Aku memandang Khalil yang sedang tenang memandu. Aduh! Kenapa mata aku tak nak bekerjasama ni! Khalil kelihatan sangat kacak dan tampan pada sisi pandangan aku. Dua butang teratas baju kemejanya di buka, dan lengan baju dilipat ke paras siku menambahkan aura bergaya lelaki itu. Bau maskulinnya menusuk ke rongga hidungku. Ya Allah! Aku tak kuat! 

"Ain..." lembut suaranya memanggil aku. Ya Rabbi! Rasa nak peluk-peluk. Behave Ain! Behave!

"Hmm... " ya Allah! Terkeluar pulak suara kucing parsi nak mengawan ni dah kenapa Ain! Nanti dia ingat kau nak goda dia.

"Ehem!... ya Encik... ada apa?" Aku betulkan kotak suaraku yang hampir memakan tuan.

"Rumah Ain kat mana?..." haah! Aku tumpang mamat ni. Tapi tak bagitahu pulak jalan balik. Apalah kau Ain. Cerdik melampau!

"Owh... lupa pulak... kat Cheras..." aku menggaru pelipis, cuba menghilangkan kekok.

"Cheras kat mana..." dia memandang aku sekilas.

"Taman Connaught..." setelah itu kami hanya membisu tanpa bicara. Kekok rasanya. Tobat tak nak naik dah kereta dia ni!

*************************************

Aku menapak masuk ke dalam ruang rumah. Tasnim, Ara dan Mairah memandang aku serentak. Kenapa?

"Lambat balik?...ada date ke?" Meleret suara si Tasnim. Haah date! Date atok kau!

"Aku banyak kerja lah... macam kau tak tahu... Encik Hamdan tu semua kerja campak kat aku..." aku 'mencampak'kan diri ke sofa. Ya Allah bila lah aku nak jadi bos ni. Nak goyang kaki. Penat sangat!

"Eh... kau balik naik apa ni... lewat-lewat ni..." tanya Mairah. Mairah nurse, bekerja di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Ara pula seorang akauntan di sebuah agensi kerajaan.

"Aku naik Grab la..." jawabku malas. Baru Ara mahu membuka mulut telefon aku berbunyi. Sorry beb sesi soal jawab is done!

"Excuse me..." aku berlalu ke dalam bilik. Nombor yang tak dikenali terpampang di skrin. Lalu butang hijaubaku tarik ke kanan.

"Assalamualaikum..." suara garau menyapa gegendang telingaku. Siapa?

"Wa'alaikummussalam..." 

"Dah masuk rumah dah?.." aik? Mana dia tahu?

"Dah... tapi ni siapa ye?..." risau juga kot-kot stalker ke kan. Manalah tahu.

Terdengar gelakan kecil di hujung telingaku. Entah mengapa ketawa itu mendamaikan. Senang kata membuat aku tergoda.

"Hei... ini abang lah... abang saja call... nak make sure Ain dah sampai rumah dalam keadaan selamat.." Ya Allah! Sabar Ain. Sabar! Dah kenapa pulak bersemut pulak mamat ni!

"Saya dah sampai dah... terima kasih lah Encik sebab sudi tumpangkan saya.. Encik dah sampai mana dah tu.." aku nenampar mulut aku sendiri. Tak payah nak concerned sangat lah Ain! Please sedar diri!

Abang kat bawah lagi ni... ni baru nak balik... okay lah Ain... abang nak drive... good night... take care.." banyak pula pesanan penajanya. Entah ikhlas entah tidak.

"Owh.. okay... bye" lalu aku mematikan panggilan. Gila kau kalau hari-hari macam ni. Mau kencing manis tau tak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience