bab 3

Romance Series 23520

Aku menapak perlahan masuk ke ruang lobi bangunan 20 tingkat. Malas rasanya nak kerja hari ni. Tak ada mood lansung!

Butang lif aku tekan malas. Ya Allah! Bila boleh jadi bos ni? Nak goyang kaki, boleh arah itu, boleh arah ini. Kan best.

Ting!

Bunyi lif terbuka membuatkan aku mengeluh malas. Aku berjalan macam zombi. Mata pun separuh terbuka siap. package menguap lagi. Tak senonoh!

"malasnya..."

Aku mengomel sendirian.

"kalau malas kenapa datang kerja?.."

Bulat mata aku dengan sepantas mungkin aku berpaling ke belakang. Huh! Mamat bersemut ni lagi. Aku julingkan mata dan aku berpaling ke depan semula.

"ingat kompeni ayah saya ke?... suka-suka hati nak datang, tak nak datang.."

Aku bercakap perlahan, takutlah dia terdengar. Siap buat muka lagi tu. Mata juling, bibir aku juihkan kedepan. Eeeee! Buruknya.

Ting!

Pintu lif berhenti di tingkat 15. Aku baru nak melangkah keluar, terasa ada tangan menarik lengan aku sehingga aku terhumban ke belakang.

Ting!

Pintu lif tertutup kembali dan naik ke tingkat seterusnya. Dada aku tak usah dicakap. Dup dap dup dap. Rasa macam nak pecah.

Terasa kemas dan kejap pelukan Khalil padaku. Ya Allah, apa kata orang kalau orang nampak nanti. Dengan imej baju kurung dan bertudung, pastinya orang akan menganggap aku hipokrit.

"a-apa ni Encik... lepas lah.."

Aku meronta-ronta minta dilepaskan. Gila! Dalam lif kot. Bila-bila masa saja orang akan nampak kalau pintu lif Terbuka nanti.

"kalau lah abang tak ego dulu... kalau lah abang kekal bersama Ain dulu... pastinya kita dah ada keluarga kecil..."

Aku kaku mendengar ayat yang keluar dari bibirnya. Terasa ada tangan kekar memegang perutku. Lama tangan itu menekap di situ. Hampir saja air mataku gugur. Ya! Aku mahu ada keluarga, anak-anak yang comel, namun masa lalu tidak mungkin dapat diubah. Jika dulu itu adalah permintaannya akan aku tunaikan dengan penuh rela hati.

"itu kalau..."

Kataku saraya menepis tangan kekar yang setia melekat di perutku.

"Ain..."

Suaranya seakan merayu. Kasihan? Lansung tak ada. Dulu aku juga begini. Merayu menagih simpati, namun tak siapa pun peduli.

"jangan cuba nak ambil kesempatan Encik... saya boleh buat laporan... ganguan seks di tempat kerja..."

wajahku sudah merah akibat terlalu marah. Geram dengan sikapnya yang melayan aku seolah-olah aku senang melekat dengan mana-mana jantan bermulut manis dan berduit.

"I'm your husband remember..."

Khalil tersenyum sinis. Sambil mencium lembut telinga Ain yang elok dibaluti tudung.

"hey!..."

Aku menolak kuat dada Khalil membuatkan lelaki itu terdorong ke belakang. Dia ingat aku pelacur ke!

"sa-...."

Ting! Pintu lif terbuka luas beberapa orang didepan kami menunggu untuk memasuki ruang lif, membuatkan Khalil mematikan bicaranya

Aku maniskan wajah agar tidak ada yang nampak curiga. Aku keluar lalu berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang.

"hey... aku rasa kat luar sana panas terik... tapi kat dalam ni mendung je... dah kenapa?.."

Aku buat don't know dengan usikan si Tasnim. Malas nak layan. Nanti kalaubaku layan makin melarat pulak.

"amboi... dah la muka masam macam cuka... bisu pulak tu... haila nasib lah kawan ..."

Ini bukan lagi usikan, tapi perlian. Saja nak buat aku naik syeh!

"Tasnim sayang... kau tak nampak ke aku tengah banyak kerja ni... dari tadi duk pok pek... pok pek...serabut tau tak.."

Hah! Kan dah kena tempias dia. Dari tadi aku duk hangin dengan si Khalil tak guna tu. Sekarang Tasnim pulak datang menambah stress.

"nampak memang lah nampak... tapi kan yang aku terlebih nampak sekarang ni... muka masam macam tempoyak basi kau tu.. kau dah kenapa beb... Tak pernah macam ni pon..."

Tasnim-Tasnim, kau baru kenal aku nak masuk 7 bulan dah macam-macam kau soal aku. Agaknya kalau tahu cerita kehidupan aku, tak tidur malam kau agaknya.

"hah... tu kenapa tu... geleng-geleng kepala tu... mengata aku lah tu..."

Tasnis menunding jari telunjuk kepadaku. Memang pun! Tengah mengata lah ni.

"tak ada apalah polis pencen!.... apa kata kau pergi buat kerja sekarang... aku repot kau mengular nanti..."

Ugutku pada Tasnim. Bulat mata Tasnim memandang aku. Terkejut ke buat-buat terkejut.

"sejak bila kau jadi kaki repot plus kaki bodek bos ni?..."

"sejak kau suka datang sini kacau-kacau aku... pergi balik tempat kau sana..."

Tasnim memincingkan matanya padaku. Dengan wajah geram Tasnim berlalu keluar. Aku hanya menggeleng kepala dan ketawa kecil. Tasnim-Tasnim.

"sayang!... jom lunch.."

Urgh! Datang lagi dia ni! Aku pandang kiri kanan melihat kot-kot lah ada orang tengok, tak pasal-pasal gosip hangat pulak.

"Encik nak apa lagi ni... tak cukup kacau saya pagi tadi... sekarang nak kacau lagi... kalau orang nampak macam mana?..."

Aku bercakap sambil berbisik. Bimbang kalau ada yang mendengar.

"apa susah... cakaplah apa yang betul... I'm your husband and you.... my most beautiful wife...."

Mulut manis macam kilang gula. Dengan kenyit mata macam tu kau pikir kau hensem? Aku menjulingkan mata ke atas. Menyampah nak muntah!

"jangan nak merepek boleh tak... boleh tak Encik keluar sekarang sebelum ada yang syak..."

Aku menunjukkan pintu kepadanya. Harap faham sendirilah.

"wow... my girl... garang sekarang.. abang suka..."

Katanya sambil ketawa mengekek. Apa yang lawak entah.

"please Encik... don't make a fuss, can you?... "

Peninglah kepala aku layan kerenah dia ni. Dulu tak macam ni pun. Dulu bukan main dingin.

"Eh... bos kat sini rupanya puas saya cari bos..."

Aku dan Khalil memandang Salmi serentak. Cepat-cepat aku menjauhkan jarak kami. Bimbang jika Salmi berfikir lain.

"kenapa cari saya?...."

Khalil menaikkan kening sebelah. Rasanya jadualnya hari ini kosong tiada meeting penting. Tiba-tiba Salmi PA nya mencari. ada hal pentingkah?

"tak ada apa... ingat nak ajak you keluar lunch..."

Salmi ni gedik semacam aja aku tengok. Nak goda Khalil lah tu. Dah lah pakai kain tak cukup inci.

" ah... kalau macam tu, jom lah..."

Salmi sudah tersenyum lebar. Hajat mahu menggoda Khalil tak lama akan terlaksana.

"urm... Salmi ajak semua staff bahagian engineering dan architecture... cakap saya nak belanja..."

Senyum Salmi yang tadinya kebar terus kendur. Aku yang memandang dari tadi rasa macam nak gelak sambil berguling. Padan muka kau gedik!

"ok..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience