bab 1

Romance Series 23520

Aku menompang dagu di atas meja kerjaku. Hurm! Stress sangat. Enam bulan bekerja di sini, ini kali pertama bos baru nak turun padang. File-file projek yang masih berjalan dan sedang berjalan, bersusun di atas meja kerjaku. Semuanya harus di lihat dan di kemaskini semula. Maklumlah bos baru yang hendak nak mencemar duli, haruslah yang terbaik.

Suara Encik Arriffin yang lantang kedengaran mengejutkan aku. Hah! Bos dah sampai kot. Jangan dapat bos yang macam singa sudah. Ada yang aku hantar notis berhenti serta-merta. Eh Ain apa yang kau merepek ni! Aku menggeleng kepala dengan ulah otakku sendiri.

"Ain... Encik Arriffin dah panggil tu... nak briefing kot..." Tasnim memanggil aku yang sedang berperang dengan otak sendiri.

"Huh?...." aku hanya menayang muka blur. Buruk sungguh!

"Aku kata.. bos kau si Encik Arriffin tu... dah memekak panggil staff briefing... ada faham. Cik Ain.." Tasnim membuka muka. Siap mata juling lagi. Aku hanya ketawa dengan keletah nakalnya. Comel aje si Tasnim ni.

"O...okay... jom Cik Tasnim..." aku mempersilakan dia berjalam dahulu. Ala-ala bodyguard gitu. Sengal kau Ain!
................................

Aku dan Tasnim masuk ke dewan taklimat yang kebetulan memang terletak di aras pejabat kami, bahagian kejuruteraan dan arkitek.

Aku dan tasnim mengambil tempat di bahagian tengah. Disebabkan staff dibahagian kami tidak ramai, kami semua hanya memenuhi bahagian depan dewan sahaja.

"Yuni... aku tak sabar tau nak tunggu bos baru tu masuk... aku dengar kan dia muda, handsome, tegap, macho... senang cakap full package lah..." Salmi yang ada di baris belakang mula membuat cerita. Dengar dari gaya cakapnya sudah aku tahu dia mahu menggedik. Macam aku tidak kenal dengan diva acah popular tu!

"Ye ke... aku pun tak sabar weh.... silap lah kita duduk belakang ni... sepatutnya kita duduk depan... baru bos handsome tu nampak kita..." balas Yuni sambil ketawa gedik. Ya Allah, meluatnya aku. Mahu saja muntah hijau dekat sini.

"Weh korang berdua boleh diam tak.. bingit telinga aku dengar suara korang tau tak..." celah Tasnim yang dari tadi hanya bersabar dengan tahap kegedikan mereka berdua.

"He eh... kau tiba-tiba emo ni kenapa... suka hati aku lah nak cakap apa pun... mulut aku... sibuk aja...."marah Salmi apabila perbualan mereka diganggu.

"Masalahnya perbualan korang tu buat taik telinga aku ni cair...menggedik aja tahu... macam lah bos baru tu nak sangat tengok korang.... entah-entah... yang masuk nanti... kepala botak, perut buncit... tua lagi...elok lah... boleh kau buat sugar daddy kan" sembur Tasnim. Ayatnya memang win betul. Aku hanya ketawa kecil. Lawak sungguh.

"Kau kan........"belum sempat Yuni meneruskan ayatnya. Suara Encik Arriffin kedengaran di pintu masuk dewan. Dia hanya sempat menjeling tajam kepada aku danTasnim. Ada aku kisah!

"Okay... good morning everybody... have nice day to all of you... tujuan saya kumpulkan kita semua pagi ni, bukanlah untuk briefing... tapi saya nak memperkenalkan bos baru kita... ucapkan selamat datang kepada Encik Khalil... our new CEO..." kedengaran tepukan di segenap ruang. Hanya aku saja yang diam tidak tahu mahu berbuat apa.

"Hi.... saya Syed Khalil, anak kepada Tan Sri Syed Hassan al-Habib... so... selamat bekerja sama.." dia melemparkan senyuman kepada semua. Matanya memerhati setiap wajah yang ada di dalam dewan. Sehingga matanya terarah kepada aku.

Senyuman yang tadi menghiasi bibirnya kini kelihatan sedikit pudar. Hatinya berdetak laju. Hampir enam tahun dia cuba melupakan peristiwa itu. Namun kehadirannya mendatangkan kembali memori lama. Bukan kerna dia membenci, namun kerana sikap egonya dia membawa rasa bersalah itu bersamanya.

Ain Qalissa, nama yang sentiasa melekat di kotak fikirannya, walaupun dia cuba mengikis dan membuang nama itu, namun ianya tidak pernah mahu hilang.

"Encik Khalil.... Encik Khalil... Encik okay ke?" Tamparan tangan Encik Arriffin di bahunya membuatkan segala bayangan di otaknya terbang menghilang.
Entah kemana. Khalil kembali mengukir senyuman manis buat para pekerjanya. Matanya di alih dari memandang wajah ayu itu. Jantungnya berdebar, nalurinya bergetar. Ahh! Perasaan yang tidak sedap dirasi saat ini.

"Encik Arriffin... saya nak semua resume mereka yang ada di dalam dewan ni..." arahan pertama dia keluarkan pagi itu.

Encik Ariffin hanya mengangguk tanda faham. Staff sudah mulai beredar. Sesi bersuai kenal sudah tamat. Dengan itu semua staff perlu meneruskan perkerjaan mereka seperti biasa.

Khalil hanya memerhati dengan ekor mata. Ain yang perasan akan hal itu hanya buat bodoh saja. Malas nak melayan. Orang dah tak sudi, kenapa kita pula harus terhegeh-hegeh.
............................

Aku sedang leka dengan fail dan beberapa gulung plan projek yang perlu di selia. Bunyi ketukan di pintu lansung tidak mengganggu konsentrasiku.

"Masuk..." tanpa melihat siapa yang menjengah bilik pejabat, aku sudah dapat mengagak.

"Belum sampai sejam jumpa kau dah rindu aku ke..." perliku tanpa melihat kedepan. Tasnim lah tu! Mataku masih melekat pada fail di tanganku.

"Mana Ain tahu saya rindu..." suara garau itu menjawab perlahan.

Aku mengerutkan dahi lalu mengangkat wajah, memandang gerangan siapa yang datang tak di jemput, ada hati pulak nak bergurau senda timr aku sedang sibuk ni!

Mulutku terlopong, cepat-cepat cover takut pulak meleleh air liur, lalu aku terus berdiri menghormatinya.

"Eh.. maaf Encik Khalil saya tak perasan tadi... ingat Tasnim..." aku cuba mengawal debaran didada. Gila tak gabra! Enam tahun tak jumpa, tiba-tiba depan mata. Boleh mati berdiri tau!

"Tak apa.... Ain sibuk ke..." Khalil cuba menghilangkan suasana kekok antara mereka.

Adoi! Dah nampak meja aku bersepah tu sibuk lah. Tak ada benda lain nak tanya ke? Aku sihat ke tak? Macam mana hidup aku lepas dia tinggalkan aku macam tunggul.

"Sibuk lah jugak... banyak projek nak kena handle..." aku memberi cuba memberi senyuman, namun aku rasa macam senyum aku sumbang pulak.

"Ain sihat...." Kali ini dia menghampiri aku. Kerusi didepan meja kerjaku ditarik lalu dilabuhkan punggungnya di situ.

"Alhamdulillah... saya sihat... saya hidup dengan baik dan saya bahagia...." aku terus beri jawapan pada soalan yang mungkin akan keluar dari mulutnya.

Dia tersenyum hambar. Dia menundukkan kepala dan di angkat semula. Pandangannya terus menikam anak mataku.

"Maafkan abang...." satu ucapan yang mungkin dulu aku tunggu-tunggu. Tapi sekarang dah tak bermakna.

"sorry.... I don't understand... why do you have to apologize to me....Encik Khalil..." perasaan aku kini berkocak. Dadaku kembang kempis menahan tangis. Peristiwa memalukan dan dimalukan dulu, kembali mengusik ingatanku.

"Ain...why do you have to pretend you don't know... it's obviously my fault.. isn't it.." Khalil sudah berwajah serius. Wajah yang menampakkan dia sudah kesal dengan perbuatannya.

"yes.... but it's not your fault... it's because I'm too naive... never mind.. I already forget about it all...I already don't care anymore...." ya aku sudah malas mahu memikirkan. Khalil hanya diam menunduk bisu.

Lagipun semuanya berlaku sekelip mata. Aku dan dia di tangkap khalwat hanya kerana aku membantunya mencari jalan ke lokasi projek syarikatnya. Kebetulan, keretanya tiba-tiba mati di tengah-tengah kawasan sunyi. Kebetulan waktu pula hampir senja. Kami dituduh melakukan hubungan terlarang.

Waktu itu aku sekeras-kerasnya menafikan, aku merayu, aku melutut, namun tiada siapa yang percaya. Kata mereka aku perempuan sundal, perempuan murah, sehingga ibu saudara aku membuang aku.

Dia? Dia hanya membisu, hanya berdiam diri, tak berkutik. Yang menyakitkan hati dia hanya meng'iya' kan saja apa yang ditanya kepadanya. Sungguh tidak aku sangka.

Setelah diijab kabul, dia membawa aku ke KL, tanpa pesan dan kata akhir dia tinggalkan aku seorang diri. Dengan berbekalkan rumah, kereta dan duit nafkah dia menghilangkan diri tanpa berita. Sehinggalah hari ini dia muncul kembali di depanku denga kata 'maaf'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience