bab 9

Romance Series 23520

Buk!

"Adoi! Mak... "

Tasnim jatuh terjolopok entah malaun mana yang melanggarnya macam konkrit. Makan besi agaknya.

"Sorry... sorry... saya tak perasan cik keluar tadi... saya ingat tak ada orang..."

Tasnim menjeling mata ke atas. Alasan! Saja nak langgar orang. Orang macam ni lah buat sex harassment kat tempat kerja.

"Encik ni mata rosak agaknya... saya ni bukan main besar boleh pulak tak nampak... saja kan nak langgar saya..."

Lelaki itu hanya tersenyum dan menggeleng mendengar ulah Tasnim. Comel, macam Mira Filzah tapi lain sikit.

"Sorry again.. saya memang tak nampak... awak okay ke?..."

Tasnim memandang ke arah si pemilik suara. Bapak handsome! Kalau dia buat sex harassment pun aku sanggup ni. Mulut Tasnim melongo tanpa kata. Tadi macam bontot ayam sekarang dah bisu.

"....cik okay tak ni?..."

Lelaki itu sekali lagi menegur Tasnim apabila tiada suara keluar dari mulut gadis itu.

"Huh?.. owh.. ehem.... sa-saya okay... okay..."

Tasnim membalas tergagap-gagap. Malu pun ada duk tenung anak teruna orang macam tak pernah nampak lelaki seumur hidup dia.

"Saya sebenarnya tunggu Syed Khalil... dia suruh tunggu kat bilik tetamu... so saya masuklah.."

Dia bangun berdiri apabila Tasnim juga turut berdiri. Tudung bawalnya dibetulkan agar cantik terletak. Baju kurung pahangnya dibetulkan supaya tak komot.

"Nak kata tak pergi sekolah... nampak macam cerdik... nak kata cerdik... tapi macam tak cerdik.."

Gumam Tasnim perlahan agar lelaki kacak itu tidak mendengar ulahnya.

"Apa?..."

Tasnim hanya memeberi senyuman plastik sambil menggeleng laju.

"Tak ada apa... tapi encik tak baca kat pintu tu... ini bilik meeting.. bilik tetamu ada sebelah bilik PA Syed Khalil... encik dah sesat jauh dah ni..."

Lelaki itu menggaru pelipisnya. Nampak macam bendul pun ada. Tapi bendul yang handsome.

"Owh... okay... saya dah salah bilik.lah ni... apa kata awak tunjukkan saya... nanti saya salah masuk bilik lain pulak... susah nanti.."

Tasnim mengangguk lambat-lambat. Rugi kalau tolak. Handsome ni. Mana tau jodoh. Bendul tak apa tolak tepi dulu.

"Sila lah..."

Kata Tasnim sambil kekuar diikuti lelaki tadi dibelakang.

"Hoi... bro.. kau pergi mana... aku tunggu kau lama.. berjanggut tahu..."

Syed Hanif hanya tersengih. Belakang kepalanya digaru dengan jari telunjuk. Cuba hilangkan rasa malu apabila Syed Khalil menegurnya didepan Tasnim.

"Aku sesat lah... nasib ada pemandu pelancong sudi guide aku datang sini..."

Tasnim hanya menunduk mendenger segan kata-kata Syed Hanif.

"Banyak lah kau punya guide.... dah lah... jom... "

Ajak Khalil sambil menepuk seraya memeluk bahu Syed Hanif. Syed Hanif berpaling ke belakang lalu menhadiahkan satu kenyitan nakal buat Tasnim.

Tasnim pula membuat muka seperti mahu muntah melihat kenyitan Syed Hanif. Namun dalam hatinya menggedik suka.

"Amboi... sukanya kau... buat apa kau intip-intip guest room.. ada apa?..."

Tanya Ain sambil ikut bersama mengintip.

"Ada laki kau..."

Balas Tasnim tanpa melihat wajah Ain yang kehairanan. Dia masih lagi mengendap-ngendap.

"Kenapa dengan laki aku?..."

Tasnim berdecit menahan geram. Banyak tanya pulak minah ni.

"Laki kau bawak lelaki bapak handsome masuk dalam... entah apa diorang buat..."

Balas Tasnim selamba.

"Wei kau tuduh laki aku gay ke apa... kurang asam punya kawan..."

Tasnim yang tadi membongkok sambil mengendap, terus berdisi menegak sambil mencekak pinggang.

"Engakau... kot ya pun lembab jangan duk tunjuk sangat boleh tak... ada aku cakap laki kau gay ke... tak kan... aku cuma nak tahu siapa mamat bapak handsome tu..."

Ain menggaru kening dengan jari telunjuk. Cuba mencerna ayat si Tasnim. Lelaki mana?

"Siapa weh... aku tak tahu pun..."

Sekali lagi Tasnim menepuk dahinya. Geram dengan ragam Ain.

"Kalau aku tahu tak adalah aku mengendap kat sini... kau ni pun... yang tu pun tak boleh nak pikir..."

Ain mencebik mendengar ulah barbisa Tasnim. Amboi! Muka lawa mukut bau petai!

"Dah tu... kau mengendap ni dapat apa... tak ada guna... baik kau pergi sambung kerja kau... yang bergunung tu... pergi...pergi..."

Halau Ain. Sakit pula hatinya dengan perangai Tasnim yang tak semenggah.

"Amboi... sejak jadi mem besar ni... sombong kau yek..."

Ain hanya senyum sinis. Kedua belah pipi Tasnim geram.

"Eeee... geramnya akuuuu!..."

Tasnim pula memejam mata sambil menyeringai sakit.

"Wei... sakit gila!..."

Sedang elok Tasnim dan Ain bermain tarik-tarik datang Salmi yang sememangnya dari tadi memerhatikan tingkah mereka.

"Hey... you all berdua ni dah tak ada kerja ke hah?... ingat Office ni you all punya ke?.."

Marah Salmi sambil bercekak pinggang gaya sudah macam mak tiri. Memang dia sudah lama tidak berpuas hati dengan kedua mereka, terutama Ain.

"Eh... office ni memang kau punya kan Ain?..."

Tanya Tasnim dungu, seraya memandang Ain dengan mata yang bulat.

"Aish... otak kau lah... bila pulak aku ada share dalam company ni..."

Tasnim memandang Ain sekali lagi.

"Memang tak ada ek?... bukan ke..."

Salmi yang sudah berang terus saja menengking mereka berdua.

"Hoi!... korang berdua ni memang cari hal tak sudah-sudah... saja kan nak tarik perhatian lelaki... dasar perempuan murahan!.."
Tasnim yang mendengar sudah panas telinga. Kecik besar-kecik besar saja Salmi di matanya. Geram rasa macam nak kunyah sampai hancur lumat.

"Weh!... kurang ajar kau kan.. mulut bau loji taik! Kau cakap depan cermin ke... siapa yang murah?.. siapa nak tarik perhatian lelaki... bukan kau ke... tergedik sana tergedik sini... pakai baju pun macam tak cukup duit... koyak sana.. pendek sini.. terbelah sana..."

Dada Salmi sudah naik turun menahan kata-kata yang keluar dari mulut Tasnim. Perempuan di depannya ini, nampak ayu dan lemah lembut. Sekali keluar mulut puaka dia. Haru biru jadinya.

"Kurang ajar!..."

Jerit Salmi seraya meluru ke arah. Tudung Tasnim ditarik kasar sehingga senget benget.

"Eh apa ni.. korang jangan macam ni... malu lah semua orang tengok tu..."

Kata Ain yang sedang panik. Tak tahu nak buat apa.

Dalam masa yang sama Tasnim tidak mahu mengalah. Rambut blonde si Salmi ditarik dengan penuh geram dan sakit hati. Bunyi jeritan masing-masing memenuhi ruang office membuatkan semakin ramai yang datang melihat dan ada juga yang mengambil kesempatan merakam video.

"Kenapa ni?..."

Ain memandang ke arah Khalil yang baru keluar dari bilik tetamu bersama Syed Hanif.

"Sorang lawan mulut je... tapi tak sangka pulak sampai tarik-tarik macam ni..."

Khalil hanya menggeleng kepala seraya mendekati Tasnim dan Salmi yang masih lagi sedang saling mencakar.

"Awak berdua tengah buat apa ni?...."

Sengaja soalan itu ditanya kuat-kuat. Hampir bergema satu office.

Salmi yang sedang galak mengerjakan Tasnim terus terkaku dan itu peluang Tasnim. Dengan senyuman sinisnya dia menolak Salmi kuat, sehingga gadis itu jatuh terduduk di atas lantai.Dan yang paling memalukan. Skirt pendek miliknya terkoyak hampir ke paras pinggul. Aib sungguh!

"Sudah! Korang semua ni dah tak ada kerja lain... orang berkelahi bukan nak leraikan.. boleh pulak korang tengok macam dorang buat show!.. "

Sambil beransur masing-masing berbisik sesama sendiri. Mengutuk siapa Allahua'lam.

Ain mendekati Tasnim yang duduk di kerusi dengan tudung yang serabut serabak ditarik Salmi. Bahu sahabatnya itu diusap perlahan. Cuba menenangkan hati si Tasnim.

"It's okay... kalau kau nak nangis... kau nangis je... aku kan ada..."

Tasnim mendongak memandang Ain yang sedang memeluk bahunya.

"Kau pehal doh... nak suruh aku nangis... betina tu yang sepatutnya menangis... kalau laki kau tak ada tadi... mau aku telanjangkan dia... haish!.... menyampah aku..."

Ain tergelak mendengar kata si Tasnim. Muka macam Mira Filzah. Tapi perangai macam malaun.

Share this novel

Armani
2021-06-29 11:42:12 

tq dear... nnt sis update ye.. sis sekarang tengah slow update isteri ganti... jemput baca ye dear

Hawani Hashim66
2021-06-27 19:04:42 

best lak novel ni nnt update tiap hari ya Armani tqvm


NovelPlus Premium

The best ads free experience