bab 4

Romance Series 23520

Aku duduk diatas kerusi kerja sambil menlepaskan nafas panjang. Sakitnya hati aku! Berani-berani si Khalil tak guna tu ambil kesempatan dalam kesempitan aku.

Flashback

"wah... best la bos ni... baru je masuk sini dah belanja kitorang... terima kasih bos..."

Ameer tersengih memandang Khalil sambil menaikkan ibu jari. Kaki bodek semua ni!

"tak apa... sekali sekala kan... apa salahnya..."

Khalil tersenyum manis. Manis ke? Saja je si Khalil ni duduk sebelah aku. Dengan diapit si Salmi gedik sebelah sana. Ergh! Rimas tahu!

"bos... kat sini kan makanan dia semua sedap-sedap... bos nak makan apa... biar I yang order kan..."

Tak habis-habis dengan gedik menggeletis dia ni. Sakit pulak mata aku tengok dia duk sentuh Khalil. Si Khalil ni pulak suka lah tu perempuan tu pegang-pagang dia.

Aku ni dah kenapa? Biar lah diaorang nak buat apa pun. Cemburu? No and never!

"tak apa Sal... saya boleh order sendiri..."

Mata Khalil mengerling aku. Apahal?

"Kat sini ada nasi berlauk jugak kan?..."

Tasnim disebelah aku hanya mengangguk tanpa melihat. Kusyuk benar dia meneliti menu. Maklumlah makan free haruslah nak yang sedap-sedap.

"aku nak tengok lauk lah... nak makan nasi putih lah...."

"I'll come with you..."

Baru nak bangun ada pulak yang nak menyibuk. Malas aku nak melayan kerenah mamat sorang ni. Lantak kau lah nak ikut.

Sampai di meja buffet Khalil mula nak bermesra dengan aku.

"sayang nak makan lauk apa?..."

Aku sebenarnya rimas dengan perangai si Khalil ni. Kalau tak layan kesian pulak, tapi kalau layan makin menjadi.

"tak payah sibuk lah... perut saya dan perut Encik lain-lain..."

Hambik kau!

"Ain.... abang cuba nak berbaik dengan Ain... tak boleh ke kalau Ain pun cuba terima abang..."

Nak saja aku simbah dia ni dengan kuah masak lemak. Tak faham bahasa sungguh! Aku dah tunjuk pada dia yang aku tak mahu, malah dengan kata-kata sudah aku jelaskan. Aku tak nak!

"Encik Khalil... boleh tak encik professional sikit... encik Khalil ni CEO tau..."

Aku memandang wajahnya seketika. Muka aku kerutkan. Tak tahu macam mana nak jelaskan lagi.

"so... kenapa dengan CEO?... abang boleh tau nak cakap kat semua orang yang Ain tu wife abang... tapi abang masih hormatkan Ain... keputusan Ain..."

Aku menarik nafas dalam dan melepasnya kasar. Senduk di tangan aku letakkan kembali. Tak jadi nak senduk lauk kegemaram aku, masak lemak kuning.

Kami sudah saling berhadapan. Drama sungguh. Masing-masing tak nak kalah. Matanya aku lihat memandang tepat kedalam anak mataku. Aku mengerdipkan mataku beberapa kali. Tak nak terjerumus dalam pujukan Khalil.

"jangan nak merepek sangat lah... wife konon..."

Tak tahu kenapa tiba-tiba hatiku berasa sakit. Isteri? Isteri kepala bana dia! Dah lama dia tinggalkan aku macam tunggul sekarang datang nak mengaku isteri.

"lamanya korang ambil lauk..."

Tasnim menaikkan kening seraya memandamg aku dan Khalil bergilir-gilir.

"aaaa... urm.. ni ha banyak sangat lauknyam.. tak tahu nak pilih mana satu.."

Aku berdalih. Sengihan menampakkan gigi aku berikan pada Tasnim.

"okay... dah kau tercegat kat situ buat apa... ambik lah lauk cepat... kau ingat masa lunch ni nak tunggu kau?.."

Amboi Tasnim mulut kau. Aku memandang Khalil disebelah. Lelaki itu hanya mejungkit bahu. Siapa bos sekarang ni?

Aku yang sedang sedap menjamah nasi bersama lauk asam pedas ikan tenggiri dengan sambal belacan, tiba-tiba tersedak.

"uhuk-uhuk..."

Mata aku berair, tekak aku perit gila. Gila tak sakit tersedak benda pedas kot. Boleh mati tahu!

"Ya Allah Ain kau ni dah kenapa... makan lah pelan-pelan.. kan dah tersedak..."

Air teh o ais di hulur Tasnim, aku sedut rakus. Pedas-pedas! Nafas aku tarik cuba mencari oksigen. Merah padam muka aku

Setengah jam di meja makan itu membuatkan aku rimas dengan ganguan Khalil di bawah meja. Memang betul-betul menguji kesabaran aku.

"aku dah kenyang... aku nak balik office dulu lah..."

Tisu aku ambil dan mengelap mulut. Lapar lagi tapi biarlah aku blah dulu.

Beberapa mata memandang aku. Especially si Khalil lah. Geram betul aku dengan dia ni. Tengah aku sedap makan, boleh pulak raba-raba paha aku sampai pangkal paha. Nasib baik tersedak tak mati. Gila seks!

"eh... tak habis lagi tu... membazirblah kau ni.."

Tasnim ni tak faham langsung! Aku dah bagi hint sikit pun tak jalan. Nasib lah ada kawan yang blur macam minah ni.

"it's okay Tasnim... may be cik Ain kita ni... perlukan 'me-time'.."

Senyuman sinis di bibir Khalil buat aku rasa macam nak tumbuk muka dia ni. Aku memberikan senyuman paling manis.

"owh.. encik Khalil... you're such a good bos... memahami sangat.. saya memang tengah sakit perut ni..."

Khalil hanya tersenyum dan mengangguk. Beberapa suara 'ooo' kedengaran. Tanpa memperdulikan aku mereka meneruskan menjamu selera.

"jumpa kat office ok..."

Tasnim membuat gaya ok padaku. Tasnim kalau dah jumpa makanan aku dalam kesempitan ni pun kau tak layan.

End Flashback

"Dah okay perut kau tu..."

Tasnim baru sampai office agaknya. Handbag pun masi ada.

"hurm... dah okay dah..."

Tak sakit pun sebenarnya. Alang-alang Khalil buat cerita aku layankan ajalah.

"tu lah kau... aku dah pesan dah jangan makan pedas... kan dah sakit perut.."

Aku memberi senyuman kecil dan mengangguk. Tasnim ni tak boleh di bantah. Lagi di jawab lagi panjang pulak ceramah dia.

"dah lah... aku nak buat kerja ni... nanti apa-apa call aku okay..."

"okay..."

Khalil bersandar pada kepala katil. Fikirannya jauh menerawang mengingati Ain. Kenapa dulu dia terlalu bodoh, bodoh kerana meninggalkan Ain.

"aku akan mengangi hati kau sayang...."

Tok, tok, tok.

"Lil... boleh mama masuk?..."

"masuk lah ma... pintu Lil tak kunci pon.."

Pintu dibuka. Puan Sri Amara mendekati katil anak bujangnya. Punggungnya merapati birai katil. Lutut berotot anak teruna di tepuk perlahan.

"dah kenapa ni?....termenung sana-termenung sini... ingat siapa?.."

Senyuman terbit dibibir Khalil. Mama-mama, ada je cara dia nak cungkil rahsia orang.

"tak ingat siapa pun ma... saja termenung.."

Puan Sri Amara tiba-tiba ketawa. Khalil yang melihat sudah kepelikan. Dah kenapa?

"lawak lah anak mama ni... hey... jangan ingat mama tak pernah muda tau..."

Senyuman di bibir Khalil menguatkan lagi rasa hati Puan Sri Amara, yang anaknya itu sudah bertemu dengan kekasih hati yang sudah lama memghilang.

"Ain ma.... Lil dah jumpa dia... rupanya selama ni kitorang dekat je ma... just Lil je tak perasan agaknya..."

Pipi Khalil di pegang lembut. Penuh kasih sayang. Dia tahu apa yang pernah anaknya alami dulu. Pastinya Ain lah orang yang paling tersiksa.

"bawa dia balik ya nak.... mama dengan papa tak kisah siapa dia... yang pastinya dia adalah gadis yang paling bertuah... sebab... boleh ubah anak mama yang keras kepala ni..."

Puan Sri Amara menepuk kuat pipi Khalil. Geram dengan sikap anaknya yang dulu. Tapi kini, Alhamdulillah.

"sakit lah mama... apa ni main tampar-tampar orang pulak ni..."

Segera dia menggosok pipinya. Walaupun tamparan manja, namun sakitnya masih juga terasa.

"padan muka... biar sedar sikit diri tu... tahu buat tahu lah tanggung... dah lah mama nak tidur dah... ingat!... pujuk dia baik-baik..."

Puan Sri Amara menggoyangkan jari telunjuknya tanda amaran.

"I will ma... don't worry...."

Puan Sri Amara tersenyum lebar seraya berlalu keluar. Senyuman di bibir Khalil semakin lebar. Tak sabar nak tunggu esok. Nak jumpa Ain!

"Tasnim... boleh tak kau tolong bagi tahu Salina aku mc..."

Aku membongkokan badan sambil tangan aku meramas-ramas perut. Sakit sangat!

"kau kenapa Ain?...."

Tasnim yang sedang mengacau air milo o panas, berpaling memandang aku.

"period pain.... please.."

Argh! Sakit gila. Memulas-mulas pinggang dan perut aku. Rasa macam nak putus.

"o-okay... kau rest lah ek... nanti aku inform Sal.... nak pergi klinik tak?... tengah hari aku balik.."

Aku hanya menggeleng lemah. Tak nak menyusahkan Tasnim.

"tak apa lah... aku ada panadol... nanti dah elok sikit.. aku pergi lah klinik..."

Tasnim hanya memgangguk. Minuman diteguk. Jam dilirik sekilas.

"aku nak pergi dah ni... nanti jalan jammed... kau elok-elok tau... apahal call aku...okay..."

Aku angguk kepala je. Malas nak cakap banyak. Perut dan pinggang sakit bukan main. Aduh!

"Tasnim... awak ada nampak Ain?..."

Kebetulan memang ada kerja yang perlu diselesaikan dengan Ain. Projek perdana di Langkawi memerlukan pemerhatian khusus. Banyak yang tertangguh dan bahan pun ada yang tak cukup.

"owh... urm. . Ain tak masuk hari ni Bos... saya dah maklum kat Salina..."

Khalil yang baru nak melangkah, kembali melangkah mendekati Tasnim.

"kenapa?..."

Tasnim menggaru belakang tengkuk. Nak cakap apa ek?

"dia tak sihat..."

Kerusi di hadapan Tasnim ditarik. Apabila punggung mencecah kerusi baru dia bertanya. Tak nak lah nampak sangat dia terlalu ambik berat akan Ain.

"dia sakit apa?.... serius ke?"

"eh... tak lah... sakit biasa aja... bos ni macam risau semacam je... kenapa?"

Wajah polos Tasnim dipandang sekilas. Cepat-cepat dia menggeleng.

"eh... tak adalah... saya ni bukan apa... projek Perdana yang tengah berjalan kat Langkawi tu kan, Ain pun terlibat.... kalau Ain sakit... maybe projek tu akan jadi tertangguh lebih lama... saya tak nak syarikat rugi..."

Nasib baik! Kalau tak nahas, nak gebang apa!

"owh... ya tak ya jugak kan..."

Khalil mengangguk sambil tersenyum hambar.

"Gita... saya nak tengok resume cik Ain Qalissa binti Abdul Latif..."

Khalik mengetuk-ngetuk meja dengan jari. Lamanya.

"nah....Bos..."

Khalik tersenyum lebar.

"thanks Gita..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience