bab 6

Romance Series 23520

Bayu lembut menerjah masuk ke bilik aku, sesikit menyejukkan suasana malam yang agak hangat.

Ingatan aku masih lagi melekat pada Khalil yang sudah lama pulang. Bahagia? Ya sudah tentu aku bahagia. Dalam rasa ragu-ragu, aku membuka ruang hatiku untuk Khalil. Lelaki yang seharusnya layak aku layani dengan sebaiknya.

"oit!... jauhnya menung cik kak... dah sampai mana?..."

Aku pandang ke belakang melihat Tasnim melangkah masuk ke bilik. Jelingan tajam aku berikan padanya. Rasa kau! Masuk bilik orang tak reti lansung bagi salam.

"amboi... jelingan tu... tembus dada aku tau..."

Asal Tasnim ni tiba-tiba gedik semacam ni?

"kau dah kenapa... gedik semacam aku tengok kau ni... berjangkit ke dengan si Salmi kain tak cukup inci tu..."

Geram aku dengan dia ni lah.

"Tak adalah... saja masuk bilik kau... nak tengok dah sihat ke belum..."

Acah macam aku ni sakit demam H1N1. Care sangat!

"aku period pain je lah... kau nak over kenapa?..."

Tasnim ketawa mengekek mendengar kataku. Tasnim aku pandang sekilas, macam Mira Filzah pun ada. Cakap dalam hati je. Mau dia dengar kembang habis. Perasan kuat dia ni!

"bos cari kau tadi.... aku cakaplah kau tak sihat... lepas je aku cakap macam tu... terus muka dia berubah kau... macam risau..."

Aku mengawal riak wajah. Dalam hati dah berbunga setaman. Hailah suami.

"kau senyum ni kenapa?..."

La! Aku senyum ke? Alamak kantoi teringat Khalil.

"eh... aku senyum lah... siapa tak syok... bos risau sebab staff dia sakit... rasa macam special sangat..."

Tasnim buat muka. Buruk gila!

"eh.. hello... dia bukan risau kau sakit... dia risau projek dia tak jalan kalau kau tak ada... mau nya rugi nanti macam mana..."

Amboi Tasnim! Ayat kau selalu buat hati aku koyak rabak. Hailah, nasib kawan.

"ya lah Tasnim... esok aku masuk office... tak rugi lah company dia tu setakat aku cuti sehari..."

Terus Tasnim ketawa. Apa yang lawak entah. Aku yang memandang Tasnim juga ikut ketawa, tapi apa yang kelakar aku tak tahu.

"kau cuti lagi ke Ain?..."

Aku yang berlunjur selesa di atas sofa hanya mengangguk. Epal merah aku gigit sesikit sambil men'scroll' instagram si Khalil. Uish! Dah pandai stalk-stalk dah. Kemaruk sangat ni.

"tapi kau ni tak nampak macam sakit pun... elok jer aku tengok...."

Tasnim yang sedang bersarapan di meja makan memandang aku sambil memincingkan mata.

"bos bagi aku cuti...."

Tasnim baru nak sua air teh o panas ke mulut terus tak jadi. Terkejut lah tu. Aku dah sorok senyum.

"weh... biar benar kau... encik Hamdan si kaki buli tu?... bagi kau cuti? Dah nak mati apa orang tua tu..."

Tasnim kalau dah bercakap mulut nak bau longkang je. Encik Hamdan tu muda lagi tau! 40 lebih kurang. Tapi kalau nak mati tak kira umur.

"tak lah.. gila dia nak bagi aku cuti?... bos, lain.."

Tasnim angkat kening. Huh tu dia aura polis pencen dah mai dah!

"berapa banyak bos kau ada?...."

Aku senyum. Baru aku nak stalk laki, ada aja aral melintang.

"aku ada banyak bos... pertama Tan Sri... kedua encik Khalil... ketiga encik Ariffin dan yang bajet bos-bos, encik Hamdan... so kau nak yang mana satu?..."

Tasnim sudah buat muka. Geram agaknya. Aku suka kenakan si Tasnim ni. Comel je.

"dah lah... aku nak pergi kerja... dari aku lewat sebab layan kau..."

Aku hanya ketawa mengekek.

Aku membancuh Air oren sunquick sejuk. Tengah hari dengan keadaan cuaca panas macam ni sedap pulak minum air berperisa seperti ini.

"yang... lambat lagi ke air tu nak siap?... abang dah lapar ni.."

Aku tersenyum mendengar rengekan manja Khalil. Saja nak perhatian lah tu.

"sabar lah..... tengah bancuh la ni.."

Aku pandang belakang. Senyuman sekali lagi meniti bibir apabila melihat dia melangkah mendekati aku. Rasa nak menggeletis tang ni jugak! Kenapa lah suami aku ni hemsem sangat.

"kenapa lambat sangat... time lunch sejam je tau..."

Amboi manjanya suara cik abang kita ni. Pipi Khalil aku cubit perlahan. Geram pulak dengan muka dia ni. Aku suka bentuk muka dia. Warna kulit dia, semua tentang dia aku suka!

"mata Ain cantik bila Ain pandang abang... menggoda.."

Suara Khalil berbisik pada telingaku, membuat aku tersedar. Mata aku dan Khalil saling bertatapan. Aku asyik dalam menatap anak mata hitam miliknya. Rasa macam sesuatu.

"you know what...your eyes... your nose... your lips... is always teasing me... sayang..."

Khalil masih berbisik syahdu di telingaku. Suara gemersiknya membuatkan aku rasa seram sejuk. Naik segala bulu romaku.

Jemari kasarnya merungkai rambutku yang tadi elok aku sanggul tinggi, dan dengan perlahan jemarinya turun bermain di leherku.

"I like your smell..."

Mata aku pejam merasa ciuman Khalil di leher. Argh! Tak pernah aku rasakan perasaan seperti ini. Rasa khayal.

Aku menggigit bibir apabila terasa ada gigitan kecil di leherku dan aku hanya membiarkan kerana aku juga mahu. Mahu memiliki dan menguasai Khalil.

"sayang... I need you... please... abang dah tak tahan sangat sangat dah ni... senak.."

Aku hanya memandang wajah Khalil. Sesungguhnya aku juga mahu. Tapi adakah Khalil akan terus bersama aku? Adakah aku akan ditinggalkan lagi?

"I wont leave you... demi Allah ...I swear.."

Seakan tahu apa yang bermain di benakku. Khalil berjanji padaku, dengan nama Allah. Aku pandang dalam matanya. Lantas aku mengangguk.

"argh!... kenapa perlu dukung... saya boleh jalan sendiri....."

Aku memeluk lehernya kuat. Nasib baik tak jatuh.

"tunggu sayang jalan lambat sangat... abang tak tahan dah ni..."

Tak malu betul Khalil ni. Aku menampar dadanya kuat membuatkan dia ketawa kecil.

Khalil mencampakkan aku ke katil. Baju kemeja di buka rakus. Wow! Ganasnya buat aku rasa nak lari.

Khalil memanjat tubuhku. Senyuman menggoda Khalil membuatkan aku k ecut perut. Baru Khalil mahu membuka butang baju aku. Terus aku menolak Khalil kuat.

"sayang dah kenapa?.."

Suara Khalil kedengaran keras. Marah aku tolak dia kasar.

"awak... saya lupa..."

Muka berkerut Khalil membuatkan aku rasa bersalah sangat.

"lupa apa.. "

Aku bangun dari pembaringan. Butang baju yang mendedahkan sebahagian dada aku butangkan semula. Rambut yang kusut masai aku betulkan. Aku memandang wajah Khalil yang kebingungan.

"saya lupa yang saya period... sorry..."

Terserlah wajah kecewa Khalil. Aku bangun mendekatinya. Dadanya aku pegang.

"masih sakit?... need help?..."
. Memang aku tak ada pengalaman dalam bab macam ni. Tapi apa salahnya aku tolong kan.

"no need... 'dia' sama kecewa macam abang..."

Hampir terburai ketawaku mendengar kata Khalil.

"next time okay..."

Aku mengikuti Khalil keluar. Nampak sangat muka kecewa. Tak apa lah. Nanti aku bagi special punya. Euww! Merenyam kau Ain.

"sorry...."

Aku memutar-mutar tali lehernya dengan jari jemariku. Sesekali dadanya aku lukis-lukis dengan jari telunjuk.

Entah kenapa sejak kami saling mengakui saling memerlukan, aku nak selalu dengan dia. Terasa nak dibelai-belai, nak di man ja-manja.

"it's okay baby... next time... abang tak nak lepaskan okay...."

Dia senyum gatal. Eiiii! Aku pulak rasa nak menggelenyar kat sini. Boleh tak nak tarik dia masuk bilik balik.

"thanks... sebab datang..."

Aku memandang renungannya. Tarikan matanya sangat memukau. Aku cair!

"kalau tak sebab lepas ni ada meeting... abang nak je stay dengan sayang.... rindu sangat!..."

Aku senyum manis. Aku pun nak jugak berkepit dengan dia.Tapi aku faham dia ada kerja.

"its okay... nanti kita jumpa kat office okay..."

Aku masih memintal-mintal hujung lengan kemejanya. Tak nak lepas. Nak abang!

"sayang... malam nanti abang datang okay..."

Aku memandang Khalil laju. Mana boleh!

"ish... mana boleh... petang nanti housemate Ain balik..."

Khalil ketawa kecil. Puncak hidung aku dicubit manja. Ciuman cintanya berlabuh di dahiku. Sungguh aku terharu.

"bye sayang.... I love you so much..."

Kenyitan mata dihantar bersama ucapannya. Aku tersipu, sungguh aku jatuh cinta!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience