bab 7

Romance Series 23520

"Sayang.... abang rindu.."

Hampir melatah dan termaki suami aku sorang ni. Kot pun nak manja-manja tak payahlah buat aku terkejut.

"Ish... terkejut Ain tau..."

Aku memandang kiri-kanan. Kot-kotlah staff lalu lalang dekat bilik aku ni, ternampak perbuatan Khalil. Mau terbalik satu office nanti.

"Alah... tak ada orang lah... masuk kerja lambat... time lunch nak on time..."

Mahu tergelak aku mendengar rungutan Khalil. Macam kena je dengan lagu 'amboi'.

Terasa pelukan semakin erat di pinggangku. Aku senyum bahagia. Kepala aku sandarkan pada dada bidangnya. Bau maskulinnya menusuk hidung membuatkan aku jadi tenang. Boleh tak nak macam ni sampai bila-bila.

"Sayang..."

"Urmmm..."

"Abang lapar..."

Aku buka mata. Alamak! Lupa pulak ni waktu lunch. Huhu,kesian laki aku.

"Sorry... abang"

"Tak apa... jom.."

Khalil menarik tangan aku sambil berjalan keluar.

"Tak payah lah pegang-pegang.... nanti kalau orang nampak macam mana?...."

Khalil berhenti lalu berpusing menghadap aku. Wajah aku dipandang lama. Aku memandangnya kembali. Kening aku angkat.

"Apa masalah kalau orang tengok... abang boleh beritahu yang sayang isteri abang..."

Aku mengeluh perlahan. Aku belum sedia untuk itu.

"Not now abang... bagi Ain masa okay..."

Khalil mengeluh. Wajah yang kelihatan kecewa itu mengangguk perlahan. Aku hanya senyum nipis. Mungkin dia terasa hati dengan aku. Tapi memang aku perlukan masa.

Aku hanya membontoti Khalil menuju ke lif. Lambat-lambat aku berjalan. Tengah fikir macam mana nak pujuk.

"Hey!... you all berdua baru nak lunch?..."

Aku hanya mengangguk mengiyakan, Khalil pula hanya membuat muka beku. Tak ada langsung senyumnya. Marah aku lah tu.

"So... apa kata kalau I join.. tak apa kan?..."

Mata Salmi tak habis-habis memandang Khalil. Mau aku cucuk dengan garfu baru jadi Kasim Selamat, kot nak insaf pandang laki orang.

"You ni selalu je I nampak dengan bos... ada apa-apa ke?.."

Saja tau si Salmi ni. Kepochi betul . Cari bahan nak membawang atau nak caras si Khalil.

"Kami terserempak tadi.... tu yang turun sama-sama..."

Khalil hanya diam tak berkutik. Hanya aku yang menjawab itu ini.

Sampai saja di tempat letak kereta. Khalil memutuskan kami menaikki keretanya. Salmi apa lagi, dah macam cacing tergeliat pinggang gayanya. Gedik!

"It's okay you boleh duduk belakang... depan ni biar I yang duduk.."

Eeeee! Berasap hati aku lah. Tak apa aku boleh lagi sabar. Si Khalil ni pulak. Langsung tak membantah diam je. Kot ya pun marah, cover lah aku.

Pak!

Sengaja aku tutup pintu kereta kuat-kuat. Biar tercabut padan muka!

"Hey Ain! Tutup pintu tu slow sikit... rosak pintu tu nanti.."

Amboi! Ini kereta laki aku lah! Kau tu yang menumpang. Aku mendegus, tangan aku lipatkan kedada. Kepala aku tala keluar. Benciiiiiii!

Khalil memandang Ain melalui cermin pandang belakang. Dia risau sebenarnya. Ain baru saja belajar menerimanya, kini kemungkinan hati Ain terluka dengan tindakan Salmi.

Tapi itu keputusan Ain untuk berdiam. Tidak mahu orang sekeliling tahu akan hubungan mereka. Apa salah juga kalau dia pun berdiam.

"You.... apa kata kita makan dekat restoran western yang popular tu.... orang cakap best..."

Ya Allah! Menyampah pula dengar suara Salmi yang macam tertelan ubat gegat tu. Cover cun!

"Orang nak makan nasi... bukan nak makan western tak kenyang..."

Saja aku menggumam kuat. Sengaja nak diorang dengar. Hati aku sakit sangat tahu!

"It's okay... kita pergi mamak je.... saya rasa nak makan nasi briani mamak..."

Salmi membuat muka cemberut. Kau fikir kau comel buat macam tu? Macam tenuk sembelit. Tapi aku suka, suka bila Khalil masih menjaga hati aku dan tidak menghiraukan karenah si Salmi. Padan muka!

Khalil masih memandang aku melalui cermin pandang belakang kebetulan aku juga memandangnya membuatkan mata kami saling merenung. Aku tersenyum sipu apabila Khalil mengeyit matanya. Nakal!

Sampai saja di kedai mamak. Aku dan Khalil terus ke arah meja yang mempamerkan pelbagai jenis lauk pauk. Tapi biasalah kedai mamak kan, mestilah kebanyakkan lauknya berasaskan kari.

"You... I tak selera lah... tengoklah diorang tu... pengotor...."

Aih! Perempuan ni! Nak aja aku selam muka dia yang tebal empat inci tu dalam kari ayam mamak ni. Tergedik-gedik! Menyampah aku.

"Salmi... kalau kau tak nak makan... kau pergi oder kedai seberang sana... kedai nasi campur.. melayu... ada sambal belacan... tak kan tak lalu kot... kata orang kampung kan... tak payah nak bajet London sangat lah...."

Hah, ambik kau! Hati aku ni kalau dah panas, serba serbi boleh keluar. Salmi yang masih meliuk lintuk tu hanya menjeling geram.

"Excuse... hey aku orang bandar tau..."

Balas Salmi sambil flipping rambutnya ke belakang. Bajet diva!

"Cik Salmi, orang putih yang dari london sana tu.. datang Malaysia pun nak try sambal belacan tau... kau orang melayu tulen tak makan belacan ... buat malu je...."

Salmi menghentak kaki yang tersarung heels. Huh! Nasib baik tak terkehel kaki kau. Kalau tak memang aku suruh je si Khalil tinggal kau kat sini.

"Sudah lah.... you berdua makan cepat... siapa lambat I tinggal je..."

Kata Khalil. Aku hanya senyum sinis. Namun senyuman aku hilang bila Khalil memandang aku serius.

"Tak kira siapa pun... either you or her, i'll leave it here... baik kamu berdua makan cepat"

Tanpa berlengah aku dan Salmi cepat-cepat mengambil makanan tanpa banyak bicara. Padan muka aku!


Jam tangan aku dah pukul 6.30 petang. Kerja banyak lagi ni. Esok aku kena fly ke Langkawi, kena handle projek kat sana. Kena stay sana dalam dua tiga hari kot. Kalaulah tak ada masalah.

"Hai sayang tak balik lagi...."

Aku mendongak sekilas. Dah tau siapa kan. Buat apa nak tengok lama-lama. Kerja banyak ni!

"Tak nampak ke kerja bertimbun ni..."

Malas lah aku nak layan dia. Kes tengah hari tadi pun masih berbekas tau.

"Abang nampak... tapi dah lewat ni kan..."

Suaranya kedengaran agak tegas.

"So... "

Aku membalas selamba. Kalau nak balik. Balik ajalah. Tak payah lah nak buat pesanan penaja kat sini.

"Ain... abang cakap elok-elok kan..."

Aku menghentak meja kuat. Orang tengah stress boleh pulak dia nak buat drama kat sini.

Memang dia bos aku. Hanya kerana dia juga suami aku, aku boleh lepas tangan dan buat kerja sambil lewa. Sorry! Itu bukan aku.

"Kalau abang... datang bilik Ain nak tambah stress Ain... baik abang balik ajalah.... Ain banyak kerja tau... esok dah nak fly ke Langkawi.... please, go back abang..."

Dia mendekati aku. Wajahnya menunjukkan yang dia sedang menahan marah. Peduli apa aku.

"Cakap elok-elok bolehkan.... I'm your husband remember?.. "

Suami? Tadi duk tergedik dengan Salmi tak apa! Tak fikir pulak dia suami aku?

"Owh... ye ke? Ingat abang lupa..."

Khalil menarik aku kasar sehingga aku terdorong ke arahnya. Sakit!

"Apa ni... sakit tahu tak!..."

Aku sedikit menengkingnya. Dah tarik orang macam lembu gayanya. Tak reti nak berlembut.

"want me to remind you, that i am your husband... hurmmm.."

Tanpa sempat aku berkata apa-apa. Bibirku dipagut kasar.

"Ummmmmm...ummmm"

Bahu kekarnya aku pukul sekuat hatiku. Ya, dia layak melakukan apa saja padaku, namun bukan begini cara yang aku mahu. Kasar!

Tidak cukup dengan itu terasa tudungku ditarik kasar, sehingga kerongsang kecil itu melukakan leherku. Pedih!

Aku takut melihat Khalil seperti ini. Sungguh aku tidak kenal siapa dia. Aku menolak badannya kuat sehingga dia sedikit terdorong ke belakang. Cepat aku lari. Namun nasib tak menyebelahi aku. Sempat dia capai bahuku.

Blouse yang aku pakai ditarik kasar, sehingga terkoyak besar. Aku menjerit dah menangis. Tak aku sanggup dilayan seperti ini.

"Abang!... please... abang sedar abang!.."

Rambut aku yang kusut masai ditarik kasar. Terasa nak tercabut kulit kepala. Perit.

"Abang! Jangan macam ni! Sakit!..."

Aku meronta-ronta. Tanpa sengaja dia tertolak aku ke meja kaca. Aku terjatuh, bucu meja terkena dahiku sehingga luka dan berdarah.

"Argh! Sakit..."

Seumpama disimbah ais, Khalil tersedar apabila melihat Ain terkulai lemah di lantai dengan darah di dahi yang masih mengalir tak berhenti.

Melihat keadaan Ain mambuat Khalil mahu memukul diri sendiri. Bodoh! Kenapa kerana Ain menaikkan suaranya dia bertindak menyakiti Ain.

"Sayang... sayang... I'm so sorry... Ya Allah... Allah... apa aku buat ni..."

Tubuh lemah Ain dipangku. Melihat akan baju dan rambut Ain yang kusut masai, lagi membuatkan Khalil rasa bersalah.

Handphone di dalam poket diambil, lalu mendail nombor seseorang.

"Hello Bro... tolong aku.."

"Kau dah kenapa Lil... jangan buat hal lah... aku ingat kau dah berubah... still jugak macam dulu... panas baran tak bertempat..."

Hakim memeluk tubuh sambil bersandar di dinding hospital. Dia juga terkejut dengan panggilan Khalil tadi. Mau hilang roh nya sebentar.

"Aku tak dapat kawal... dia naikkan suara pada aku... aku suami dia... Kim.."

Hakim memandang wajah Khalil. Satu keluhan dilepaskan.

"Habis tu... apa yang kau buat kat dia tu... elok lah?... dia bini kau... bukan musuh kau..."

Khalil yang bertelaku di kerusi hanya memandang lantai. Rasa bersalah pada Ain semakin menyesak jjwanya.

"Aku sayang dia sangat-sangat Kim... aku takut kalau dia tinggalkan aku nanti...."

Hakim menepuk bahu Khalil. Cuba memberi semangat.

"Kau kena berubat Lil...."

Khalil memandang Hakim yang juga turut memandang nya.

"Kau fikir aku gila?...."

"Astarghfirullah... tak Lil... maksud aku... kau punya tahap panas baran tu.... ada je class-class berbayar... anger management..."

Khalil hanya menekur mamandang lantai. Dia kembali mengangkat kepala apabila bunyi pintu dibuka. Cepat-cepat Khalil bangun mendekati lelaki yang baru saja keluar.

"Macam mana Shah?... "

Shahidan menepuk bahu Khalil. Sahabatnya ini memang tak habis dengan panas barannya.

"Dia tak apa-apa... kau jangan risau... kau tu... kawal sikit baran kau tu..."

Hakim yang di sebelahnya hanya mengangguk kepala. Hakim, Shahidan, Khalil dan seorang lagi di luar negara, Amru. Mereka bersahabat dari universiti, sudah masak dengan perangai Khalil yang panas baran tak bertempat.

"Thanks... Shah..."

Lelaki itu hanya mengangguk. Khalil memicit pelipisnya. Hatinya masih tak tenteram.

"Aku nak balik dulu... anak aku tak berapa sihat... kesian Mira sorang kat rumah..."

Khalil hanya mengangguk.

"Thanks jugak kat kau... kalau tak ada kau... macam mana aku nak handle..."

"Sabar.. itu yang penting... aku balik dulu..."

Lelaki itu berlalu dan hanya dihantar Khalil dengan pandangan mata saja. Hatinya berdebar apabila pintu wad Ain dipandang. Bagaimanakah reaksi wanita itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience