bab 8

Romance Series 23520

Ain yang kelihatan lena itu dipandang dengan rasa bersalah. Ya Allah, dayusnya dia sebagai seorang suami membuat isteri seperti binatang. Berdebar hatinya apabila kakinya betul-betul bersebelahan katil Ain.

"Sayang... abang datang.... I'm so sorry... abang jahat buat sayang macam ni... abang berdosa pada sayang... please sayang maafkan abang..."

Tangan mulus Ain dicapai dan bibawa ke bibir. Dikucup tangan putih itu berkali-kali. Maafkan abang.

Kerusi bersebelahan katil diduduk sambil mengelus kadang dikucup kasih tangan isterinya. Betapa bodonya dia menyakiti orang yang sangat dicintainya.

Gerakan kecil mengejutkan lamunan Khalil. Ain bergerak-gerak namun matanya masih belum dibuka.

"Sayang...."

Panggilnya lembut. Risau jika Ain bangun dan meracau. Butang merah ditekan. Bimbang jika Ain bertindak luar kawalan.

Suara suaminya kedengaran memanggilnya. Dia tahu itu Khalil. Namun denyuntan dikepalanya menghalang dia membuka mata. Badannya terasa lenguh-lenguh dan sengal membuatkan dia menggeliat kecil.

"Abang..."

Lemah suara yang terbit dari bibir pucatnya.

"Sayang... sayang dah bangun...."

Kemas genggaman di tangan mulus isterinya. Dadanya masih berdebar akan reaksi Ain. Adakah Ain akan meninggalkannya.

"Abang... kepala Ain sakit sangat..."

Baru saja Khalil mahu menekan sekali lagi, wajah Shahidan muncul dari sebalik pintu wad Ain.

"Lil... kau keluar dulu aku nak check isteri kau..."

Khalil hanya mengangguk dalam masa yang sama dia bimbang akan penerimaan Ain atas perbuatannya. Khalil mengangguk perlahan lalu menapak keluar dari bilik yang menempatkan Ain.

"Puan... puan boleh bukak mata?..."

Ain hanya menggeleng. Sakit di kepalanya terasa berdenyut kuat. Sukar untuk dia membuka mata.

"It's okay... puan boleh ingat apa yang terjadi?.."

Ain hanya mengangguk kecil. Denyutan itu menghalang dia bergerak kuat.

"Okay... saya akan bagi ubat tahan sakit... tapi dia akan ada kesan mengatuk lah... it's okay... dos dia tak kuat... dan puan boleh rest ya..."

Ain mengangguk mata masih belum boleh dibuka. Ya, dia sedar dan tahu apa yang telah terjadi, marah? Dia tidak tahu nak marah atau sebaliknya. Semenstinya ada sebab kenapa suaminya bertindak demikian.

Bunyi derapan kaki dan hempasan pintu membuat fikiran Ain kembali ke asal. Pastinya itu Khalil. Namun seperti tadi dia masih terpejam.

"Sayang... sayang okay... abang kat sini teman sayang okay..."

Tangan pipi gebu Ain dielus perlahan.

"Sakit..."

Rengek Ain perlahan. Dahinya berkerut cuba menahan denyutan.

"Shuuu... sayang tidur okay... tadi doktor dah bagi ubat kan... kejap lagi hilang lah sakit tu..."

Bisik Khalil perlahan di telinga Ain. Rasa bersalahnya kian menebal. Maafkan abang!

Semakin lama Ain semakin tenang mungkin kerana ubat tahan sakit itu semakin meresap. Lenanya membuat Khalil tersenyum hambar. Maafkan abang sayang.

**************

"Tasnim.... lama si Ain tak masuk kerja... ke mana perempuan pergi... ingat Office ni bapak dia punya ke..?"

Eh eh! Perempuan ni! Tasnim memandang Salmi besar kecik, besar kecik.

"Dah kalau bapak dia punya pun kau kenapa? Suka hati dialah... yang kau susah-susah sibuk pasal dia apa hal..."

Tasnim mengetap gigi sakit hati nendengar kata-kata Tasnim. Kebelakangan ini pun Khalil jarang masuk office. Kalau masuk pun hanya setengah hari. Terkadang Tan Sri yang akan mengantikan lelaki itu. Apabila ditanya Khalil hanya diam.

"Aku akan report dekat encik Khalil... Ain tu dah melampau tahu!..."

Tasnim melepaskan keluhan berat. Serabut dengan tingkah Salmi. Dasar gedik tak bertempat.

"Apa kata kau pergi buat kerja kau... sebelum kau yang kena buang kerja... dah shuuuh!..."

Tasnim menahan geram dengan bisa mulut Tasnik sehingga memerah mukanya. Padan muka!

Bubur ayan yang masih panas berapa ditiup sehingga suam sebelum disuap ke mulut isterinya.

"Sedap?.. abang buat sendiri tau..."

Ain tersenyum manis sebelum kembali mengunya cebisan daging ayam di dalam mulutnya.

"Sedap... lagi sedap sebab abang yang suap..."

Khalil mencubit lembut pipi gebu Ain. Geram dengan kegebuan yang macam pau. Putih kemerahan. Comel!

"Eeee... abang geram tau dengan pipi sayang ni... rasa nak kunyah-kunyah je..."

Ain memegang kedua belah pipi Khalil. Diusap perlahan pipi suaminya. Mata Ain jatuh pada jawline Khalil. Nampak seksi dan mengiurkan nafsu wanitanya. Entah kenapa kawasan itu yang digilainya. Sumpah gila!

"I love you..."

Terpacul ayat itu tanpa sedar. Dek kerana hatinya kini mendambakan sentuhan kasih dari Khalil. Apasal jadi miang semacam sejak sakitnya sudah beransur hilang. Mungkin otaknya bergegar tempoh hari.

Khalil yang asyik dengan sentuhan lembut Ain agak terpana dengan ayat yang keluar dari mulut Ain. Perlahan senyuman nakal terukir di bibirnya.

"....and I love you more..."

Bisik Khalil di telinga Ain sebelum menggigit nakal cuping telinga isterinya.

"Urmmm... abang ni!.."

Rengek Ain manja. Dia suka sebenarnya. Jika waktu ini dia berada di rumah. Habis lunyai Khalil dikerjakannya. Aummm!

"I want you so bad... tapi sayang abang ni tak sihat lagi... abang kena sabar dulu..."

Usik Khalil sambil mencuit manja puncak hidung Ain membuatkan wanita itu cemberut. Ain bukan gadis novel yang cliche. Apabila diusik malu-malu kucing. Ain gadis yang lebih suka menunjukkan rasa hatinya.

"Tapi... Ain nak abang..."

Baju kemeja Khalil dicengkam dan dintarik sehingga lelaki itu terdorong ke hadapan. Wajah mereka hampir saja bertemu. Perlahan-lahan dia mengucup lembut bibir Khalil.

"No..no... not now okay sayang.... nasib tak tumpah bubur ni.... kita kat hospital sayang... pintu tu bila-bila masa je orang boleh tolak masuk tahu..."

Wajah seksi Ain bertukar menjadi murung. Kenapa Khalil memarahinya. Dia hanya mahu bermanja. Khalil mengeluh perlahan apabila melihat ada takungan air di tubir mata Ain.

"Sayang... I'm sorry... abang bukan marah... abang cuma tak nak apa yang kita buat tadi orang nampak... tak manis kan... kita orang melayu... islam lagi... adab kena jaga... apalagi sayang ni kan bertudung... kita buat kat rumah yek... kalau kat rumah sayang bantai abang sepuluh round abang sanggup tau..."

Kali ini baru terasa malu menjengah. Bukan apa, kelakuanya yang kelihatan seperti dia pula yang terhegeh-hegeh.

"Sorry..."

Bubur disua Khalil ditolak perlahan. Dia terasa hati sebenarnya. Entah kenapa berperangai seperti ini. Selama ini dia sangat menjaga tingkahnya. Sungguh teruk dia rasakan. Dia berbaring badannya dipaling membelakangkan Khalil. Merajuk!

"Sayang... please.... jangan macam ni... sayang tahukan... abang kalau dah geram macam mana... nanti kalau sayang naked.... orang nampak... abang tak nak kongsi hak abang dengan orang lain.. dah lah abang belum rasmi lagi..."

Khalil membuat suara merajuknya. Ain berpaling memandang wqjah suaminya. Matanya kelihatan bersinar dengan kesan air mata.

"Betul?.... bukan sebab abang tak nak Ain dah... abang tak ada orang lain kan?..."

Pipi gebu Ain dicubit manja. Hidungnya dan hidung Khalil saling bersentuhan. Senyuman terukir dibibir masing-masing.

"Ops... sorry aku ganggu sweet moment korang ke?..."

Tasnim yang baru masuk membawa beberapa beg plastik kaku sebentar melihat adengan sweet muit merpati dua sejoli.

"Kau memang kalau masuk tak reti ketuk pintu dulu ke?..."

Tasnim hanya tersenyum sumbing. Rasa janggal dengan keadaan sekarang. Teringat waktu dia menelefon Ain kerana tidak pulang. Alih-alih bosnya Khalil meminta dia ke hospital membawa pakaian Ain. Disitu dia dapat penjelasan bahawa Ain dan Khalil suami isteri. Wow! Ada ke wujud keadaan macam tu. Dia pun nak.

"Err... bos... ni baju puan Ain..."

Ain yang mendengar panggilan Ain terus memasamkan wajah. Macam perli je bunyi dia.

"Sekali lagi kau panggil aku macam tu... aku tak nak kawan dengan kau dah... cuma kau sorang je yang tahu hal ni okay... so jangan nak ber'puan' sangat lah..."

Bebel Ain. Khalil hanya tersenyum melihat kelakuan mereka berdua. Macam-macam hal.

"Sayang... abang keluar kejap... mesti banyak yang sayang dengan Tasnim nak borak kan..."

Ain hanya mengangguk. Sebelum beredar Khalil mencium dahi Ain sekilas. Nsik merah padam wajahnya. Mana taknya jika kelakuan mereka ditonton percuma oleh Tasnim.

"Wow... so sweet muit... bersemut... jeles aku..."

Kata Tasnim apabila pasti Khalil sudah keluar dari bilik vvip yang diduduki

"Tak payah nak jeles sangat lah... kau datang ni waktu kerja encik Hamdan tak marah ke..."

Tasnim membuat muka sombong. Keningnya dinaikkan beberapa kali. Poyo je!

"Well... aku kan ada lesen besar... best friend forever aku kan... Mem besar kat office tu... so aku pun tumpanglah sekaki tuah kau tu...."

Ain memukul bahu Tasnim dengan bantal, geram pulak bila dia dimain-main kan.

"Hey... serius lah... aku tanya betul-betul la..."

Tasnim ketawa mengekek. Suka dapat mengenakan Ain.

"Bos lah suruh aku datang bawak baju kau..."

Ain hanya mengangguk.

"Weh... tak ada orang tanya pasal aku ke..?"

"Ada je... si Salmi... sibuk je nak tahu kau kenapa tak masuk..."

Ain mengangguk perlahan. Tahu sangat perangai Salmi yang bajet diva sudahlah pakaian macam nak ke disko.

"Weh!...."

Jerit Tasnim seakan teruja. Ain yang sedang mengelamun sendiri hampir luruh jantung. Kurang asam!

"Kau dah kenapa Tasnim... terkejut aku!..."

Tasnim menggerakkan kedua tangannya seakan mengipas-ngipas wajahnya yang panas. Teruja!

"Macam mana kalau si Salmi si ulat beluncas tu tahu yang kau ni bini bos?... weh! Aku teruja nak tahu macam mana muka dia.... hahahahah!.."

Ain mengurut dagu dengan jari telunjuknya. Betul juga!

"Biar padan muka bajet diva tu... weh... aku suka! Aku suka!... hahahahah.."

Tasnim sudah teruja membayangkan muka Salmi yang kecewa. Selama ini bukan satu office tu tak tahu, Salmi giat menggoda Khalil. Tapi kesian.

"Tak baik lah kau ni... biar lah dia... aku malas nak kecoh-kecoh biar orang tahu sendiri je..."

Kata Ain. Dia kalau boleh tidak mahu kecoh. Nampak seperti something fishy apabila diumumkan mereka suami isteri. Sedangkan tiada majlis diraikan pun. Dia tidak mahu orang tahu kisah hitamnya. Manusia suka membuat kesimpulan sendiri daripada bertanya.

"Kau ni... tak best lah Ain... kalau aku lah... kawin dengan CEO macam bos tu... dah lama aku umum satu dunia yang aku ni bini dia... sebelum dia kena kebas... nak-nak orang macam Salmi tu..."

Ain ketawa mengekek mendengar ulah Tasnim. Semangat macam dia pulak bini Khalil.

"Kau ni kelakar lah Tasnim... dia tinggalkan aku dah bertahun dah... kalau dia nak kawin... dah lama dah Tasnim.. sebelum dia jumpa aku balik....."

Ain meneruskan ketawanya. Dalam hatinya membenarkan kata-kata Tasnim. Tapi baginya segalanya dia serahkan pada Allah. Jika itu jodohnya tak kemana.

"Aku cakap itu kalau aku...."

Jeling Tasnim geram apabila dia diketawakan Ain.

Encik Hamdan memicit pelipisnya. Kepalanya rasa nak pecah melihat timbunan fail yang bersepah di atas meja kerjanya.

Ini semua kerana Ain mengambil cuti yang begitu lama. Segala kerja terpaksa dia buat sendiri. Geram dengan Ain yang mengambil cuti disaat kerja bertimbun-timbun.

"Sorry... bos... urm encik Khalil mintak bos jumpa dia sekarang..."

Sebelum gadis bernama Nadia itu melangkah pergi sekali lagi dia berpaling.

"... jangan lupa bawa dokumen projek dekat Langkawi tu sekali..."

Senyuman manis diberikan seraya melangkah pergi.

Encik Hamdan berjalan menuju ke meja CEO. Debaran di dadanya hanya Tuhan yang tahu. Mana tidaknya segala laporan berkaitan projek di Langkawi belum berjaya dia siapkan. Segalanya diserahkan kepada Ain. Namun dek kerana gadis itu mengambil cuti mengejut membuatkan dia kelam kabut dan terkial-kial.

"Duduk..."

Baru saja punggungnya memyentuh kerusi satu proposal dilempar keatas meja. Hampir saja dia melatah akibat terkejut.

"Sampah!...."

Melopong encik Hamdan apabila mendengar perkataan yang keluar dari mulut Khalil.

"Maaf bos.... nanti saya repair balik..."

Senyuman sinis terukir di bibir Khalil. Repair? Agaknya lelaki dihadapannya kini fikir dia bodoh dan bengap? Itu adalah proposal yang dibuat Ain namun belum sempat siap kerana angkara dia sendiri, dan diolah kembali oleh encik Hamdan.

"I don't want it repaired... but should be re-made... "

Tegas kata-kata Khalil. Dia sebenarnya sakit hati dengan lelaki ini. Benar, dia yang mencederakan isterinya sendiri, tapi penyebabnya adalah lelaki ini.

"Tapi saya dah buat sehabis baik..."

Muka Khalil nampak kemerahan menahan marah. Jika kerja tangan Ain sememangnya terbaik, tapi lelaki dihapannya ini sentiasa mengambil kesempatan atas kesempitan isterinya sebagai orang bawahan.

"So... kalau buat sekali lagi pastinya akan menjadi lebih baik... tak macam tu encik Hamdan?...."

Terkulat-kulat lelaki itu cuba mencipta alasan. Waktu sekarang apa yang penting dia perlu kekal di syarikat yang sememangnya gah ini.

"....atau awak nak katakan itu bukan hasil kerja awak...?"

Terasa jantungnya berdetak laju. Sekejap lagi pasti semuanya terbongkar. Dia tidak mahu dinuang kerja. Hutangnya keliling pinggang, anak-anak masih belajar, juga isterinya tidak sihat dan memerlukan rawatan. Timbul rasa kesal dalam hatinya.

"... please encik Khalil... saya minta maaf... memang semua ni bukan hasil kerja saya.... semua ni titik peluh dan kerja keras cik Ain... dia yang buat semuanya... please encik jangan pecat saya... saya perlukan kerja ni... anak-anak dan isteri saya perlukan duit.."

Khalil melepaskan keluhan berat. Puas hatinya apabila lelaki itu mengaku. Dia tahu status kewangan encik Hamdan. Dia masih ada sifat belas kasihan.

"Okay... saya masih memerlukan pekerja.... tapi awak akan ambil posisi cik Ain... dan sebaliknya... it's up to you nak terima atau tidak... dismiss..."

Khalil bangun meninggalkan lelaki itu sendirian. Apa keputusannya dia tidak kisah. Terpulang kepada encik Hamdan memutuskan terima atau berhenti kerja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience