14

Romance Series 5048

"huargh!"Tiara mengeliat dan menutup mulutnya menggunakan tangan kanan.Selimut yang mendakap badannya dialih.Tiara mengubah posisi dari baring ke duduk.Telefon dicapai dan ditenung.Pukul 6?Tiara meletakkan semula telefonnya dan turun dari katil.Tuala diambil,pintu bilik mandi dibuka.
Usai mandi,Tiara memakai baju t-shirt lengan panjang dan seluar.Dia mengambil wudhuk dan memakai telekung untuk menunaikan ibadah solat.Selesai salam terakhir,Tiara menadah tangan untuk berdoa kepada ilahi.Habis berdoa,Tiara melipat sejadah dan telekung.
Tiara memegang telefonnya dan turun ke tingkat bawah.Lapar,perut tunggu ye.Nak masak pastu baru boleh isi!Tiara mengusap perutnya yang berkeriuk.Masak nasi goreng udang jelah!Tiara membubuh nasi yang sudah siap dimasak dan menambah udang serta secukup rasa bagi menambahkan lagi kelazatan nasi tersebut.
Tiara mengunakkan sudip untuk mengangkat nasi tersebut ke dalam pinggan.Tiara meletakkan pinggan yang berisi nasi goreng udang di atas meja.Dia membuka peti ais dan mencari air jus.Air jus epal dicapai dan digenggam lalu dituangkan ke dalam gelas.Tiara meletakkan gelas tersebut di atas meja.Siap,sedia untuk di jamah!Tiara melabuhkan punggung dan membaca doa makan.
Baru sahaja Tiara mahu menyuapkan sesudu nasi,telefon Tiara berdering.Terpapar nama Mummy diskrin.Sudu diletakkan kembali,telefon dicapai,tangan menekan punat hijau."assalammualaikum,Tiara."suara Mummy nya kedengaran gembira."Waalaikumsalam,kenapa Mummy call?"Tiara melayan Mummy nya."Mummy nak suruh kamu tolong sampaikan ucapan Selamat Hari Lahir dekat Edward dari kami semua kat sini."Ceh,birthday Edward je ke!"ok Mummy,nanti kalau Tiara jumpa dia,Tiara bagitahu ye.Assalammualaikum."Tiara akur."Waalaikumsalam."setelah panggilan tamat,Tiara terus menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.
Tiara naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam biliknya.Tudung bawal diambil dan dipakai kemas.Tiara turun ke tingkat bawah dan mengambil beg sandangnya.Kunci kereta sudah berada dalam pegangan.Kereta Tiara meluncur ke jalan.Tiara ingin mengambil surprise box with pictures yang ditempahnya semalam.
Bayaran sudah dibuat,benda yang ditempah sudah berada di tangan.Baru puas hati!Tiara memandu hingga ke rumahnya.Pintu rumah ditolak dan ditutup semula.Box yang dipegang diletakkan di atas meja."kring.kring."mesej dari aplikasi whastapp berbunyi.Tiara mengeluarkan telefon dari beg sandangnya.
"teman saya keluar beli barang dapur,please!"-Edward
"malas la."-Tiara
"jom lah,awak nak beli ape pun boleh.Saya belanja!"-Edward
"ok lah."-Tiara
"nanti saya ambik awak,siap cepat."-Edward
Tiara ambil minyak wanginya dan menyemburkannya di pergelangan tangan.Tiara membuka pintu rumahnya."aik,dah sampai!"Tiara terkejut melihat Edward dihalaman rumahnya."peace!"Edward menunjukkan dua jarinya sebagai gaya peace."ish,ish."Tiara menutup pintu rumahnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience