17

Romance Series 5048

Tiara membuka perlahan kelopak matanya yang terasa berat.Tiara menggosok-gosokkan matanya.Tiara bangun dan membuka telefonnya.5 missed call?Tiara terus call Mummy nya."hello,bukak pintu.Mummy dan keluarga Kak Long kamu kat luar!"arah Mummy Tiara.Tiara terus mencampak telefonnya ke atas katil dan mencuci mukanya.Tiara terus mengatur langkah ke pintu.Pintu dibuka perlahan.
"masuk lah."Tiara mengajak keluarganya masuk.Mummy Tiara dan keluarga kakaknya masuk dan memandang sekeliling rumah Tiara."rindu kak Tiara!"Qyrana terus memeluk erat badan Tiara.Tiara mencubit pipi gebu Qyrana."besar jugak rumah kau,dik!"Diandra iaitu kakak Tiara menepuk belakang Tiara."biasa je,kak.Tiara nak naik atas nak mandi kejap."Tiara terus menaik anak tangga dan masuk ke dalam biliknya.Tuala dicapai,pintu bilik mandi ditolak.
"Jika ku air wudhumu menjadi serimu,dalam lima waktu.Jika kau kuat percaya akulah jodohmu,jaga mu selalu."Tiara menyanyi dengan kuat di dalam bilik mandi.Qyrana yang menyedari perbuatan Tiara terus masuk ke dalam bilik Tiara."amboi,kak Tiara!Dalam tandas jangan nyanyi!"Qyrana menegur dengan suaranya yang lembut seperti bayi.Tiara hanya diam setelah ditegur oleh Qyrana,budak 6 tahun.Qyrana keluar dan menutup pintu bilik Tiara.
Tiara keluar dari bilik mandi dan memakai baju seperti hari biasa.Losyen diusap lembut ditangan.Lipbam diusap lembut dibibir merah jambu Tiara.Tudung bawal menjadi pilihan untuk harini.Tiara turun ke tingkat bawah dan meneguk air yang dituang ke dalam gelas."Jom kita semua pergi family day nak?"semua mata memandang tepat ke arah Datin Khairina."ajak Edward sekali!"Tiara membuat rolling eyes dan menggeleng-gelengkan kepalanya.Datin Khairina menjungkitkan keningnya."ye,nanti Tiara ajak."Tiara membasuh gelasnya.Mereka semua masuk ke dalam kereta dan kereta dipandu tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.Akhirnya,kereta berhenti di sebuah pantai bersih dan cantik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience