16

Romance Series 5048

Tiara merebahkan badannya diatas katil.Tiara mengambil telefonnya,aplikasi galery dibukak.Tiara melihat satu per satu gambar selfie yang diambilnya semasa diatas air balloon tadi.Semasa potong kek,masa nangis dan masa dekat roller coaster.Tiara tersenyum sorang-sorang.Tiara menutup telefonnya dan memeluk bantal peluknya.Matanya dipejam dan dia lena dibuai mimpi-mimpi yang indah.
"Kring.Kring."Tiara yang sedang tergelak-sakan menonton cerita running man,mencapai telefonnya dan menekan punat hijau."Tiara,siap cantik-cantik.Dalam 5 minit saya jemput awak.Faster!"Edward bercakap bertalu-talu sampai Tiara tersentak."waalaikumsalam!salam pun tak bagi.Okay,saya siap."Tiara menamatkan panggilan dan bergegas ke biliknya.Setelah bersiap-siap,Tiara turun ke tingkat bawah dan membuka pintu."wah,bunga!"Tiara melutut dan mengangkat bunga tersebut.Dia mengambil bau daripada jambangan bunga itu.Harum semerbak!Bunga orkid,lavender dan rose.Cantik!
"cantik?"Tiba-tiba,satu suara menyapa.Tiara mendonggakkan kepalanya dan mengangguk."jom!"Edward mempelawa Tiara.Tiara menutup pintu dan membuka pintu kereta Edward.Kereta Edward meluncur ke jalan hingga di suatu tempat.Edward dan Tiara berjalan dan berhenti di suatu tempat.Kelihatan sebuah sangkar burung yang besar dan dihiasi dengan bunga-bunga diatas dan ditepi.Edward menarik lengan Tiara dan melabuhkan punggung di atas kerusi di dalam sangkar tersebut.Edward mengeluarkan sebuah buku diary."Diary saya!"Tiara terkejut melihat diary lamanya kini ditangan Edward.Edward hanya tersenyum menahan gelak melihat riak wajah Tiara."ni mesti Kak Long!"Tiara menarik buku itu dan meletakkan di dada."saya dah baca dari helaian pertama hingga helaian terakhir."Edward mengeyitkan matanya."ha,malunya."Tiara menutup mukannya menahan malu.
Edward tiba-tiba bangun dan melutut dihadapan Tiara.Di tangan Edward ada aiskrim."sudikah awak makan aiskrim dengan saya?"Edward senyum dan mengeyitkan matanya.Tiara mengambil aiskrim tersebut.Edward bangun dan duduk di sebelah Tiara."ambik ko!"Tiara mencalitkan sedikit aiskrim ke hidung Edward.Edward membalas perbuatan Tiara.Mereka bergelak-tawa dengan riangnya.
Edward mengajak Tiara untuk ke sebuah tempat.Kelihatan cantik,bersih dan tinggi.Sehingga di sebuah tempat terbukak berada di tingkat 5 bangunan tersebut.Kelihatan karpet merah yang dihiasi pelita dan kelopak bunga ros.Sebuah meja yang dihiasi dengan kain berwarna merah,diatas meja ada dua jenis hidangan dan sebatang lilin menyinari.Kek yang mempunyai banner mini yang diukir dengan nama Tiara.Edward mengiringi Tiara hingga ke meja tersebut.Edward menarikkan kerusi dan mempelawa Tiara duduk.Edward memberikan sehelai kain putih sebagai lapik baju.Edward menyuruh Tiara menarik banner kecil tersebut.
Tiara menarik banner kecil tersebut perlahan-lahan.Terbuntang mata Tiara apabila ternampak not rm 5,kemudian rm 10,rm 20,rm 50 dan rm 100.Bukan sekeping tetapi berbelas keping bagi satu nilai."thank you for today."Tiara menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Edward.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience