3

Romance Series 5048

"Ping.Ping."Tiara dan Edward berpaling ke arah sebuah kereta Myvi berwarna biru."Akak!"Tiara bingkas bangun dan pergi mendapatkan kakaknya."Tiara,kakak rindu kamu."Diandra memeluk adiknya."Jom,Mummy suruh hantar Edward dan Tiara balik rumah Mummy Tiara dulu sebab Mummy Edward ada hal."seraya itu Diandra menarik tangan Edward.Mereka berdua duduk belakang.
Akhirnya,kereta Myvi itu berhenti ditempat parkir rumah Tiara.Tiara terus membuka pintu dan masuk ke dalam rumah.Katil,dia sangat memerlukan katil.Badannya sudah sangat-sangat lemah ketika ini.Hurm,baik aku mandi dulu.Tiara mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik mandi.Di tekannya butang shower.Dia memilih air panas kerana suhu badannya sangat sejuk disebabkan cuaca hujan.
Tiara memakai T-shirt lengan panjang dan seluar ala-ala ali baba dan tudung sarung.Takut tiba-tiba ada orang intai dari luar.Tiara merebahkan badannya.Matanya makin berat,dia melelapkan matanya.
"Tiara,Oh Tiara.Bangun!"Edward bertepik ditepi katil Tiara.Letih sangat Tiara ni.Tiara membuka matanya dan bangun dari baringnya."eh,kenapa awak masuk bilik saya?"Tiara terkejut dengan kehadiran Edward di dalam biliknya."Mummy awak yang suruh saya kejut."dengan raut wajah selamba Edward menjawab pertanyaan Tiara."Jom turun."Tiara mengajak Edward turun.Takutnya si Edward buat apa-apa.
Anak tangga dituruni oleh Tiara dan Edward.Tiba-tiba,Tiara tergelincir dan hampir hilang imbangan."Tiara."Edward segera mencapai tangan Tiara dan Tiara terduduk.Tiara meleraikan pegangan oleh Edward."awak okay ke tak?"soal Edward risau akan Tiara.Tiara bangun perlahan-lahan dan berjalan.Edward mengiringi Tiara.
"anak Mummy sihat ke tak ni?"tapak tangan Datin Khairina menyentuh dahi Tiara."Ya Allah,panasnya."Datin Khairina mengalihkan tangannya dan gelisah."Jom pergi hospital."Edward yang diam kini bersuara."taknak,saya taknak."Tiara menggeleng-gelengkan kepalanya."Jom saya bawak awak masuk bilik,awak rehat."Edward membuat isyarat kepala jom.
Tiara menyandarkan badannya dibantal.Edward menarik selimut tebal Tiara dan menyelimutkan Tiara yang kesejukkan."Kau kena move on,Tiara."bisik hati kecil Tiara."masa saya takdek dulu,awak macam mana?Kena buli ke?"Tiara menyindir Edward."bahagia sangat tanpa kau."jawab Edward.Dalam hatinya tengah tergelak seronok dapat mengenakan Tiara.Tiara membuat muka menyampah.Edward menghulurkan bubur kepada Tiara.Tiara menyambut huluran Edward dan termunung seketika."Nak saya suap ke?"Edward menyengetkan kepalanya dan merenung wajah Tiara."saya bukan budak kecik okay?"mata Tiara memusing penuh menyampah.Tiara menyuapkan bubur tersebut ke dalam mulutnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience