Tiara membasuh semua pinggan yang terdapat di dalam singki.Edward menyentuh bahu Tiara menggunakan jari telunjuknya.Tiara berpaling ke belakang.Edward menyuakan beberapa pinggan."basuh lah sendiri."berkerut dahi Tiara."Your Mummy told you to wash it."Edward mengangkat keningnya sebelah.Tiara menarik kasar pinggan yang dipegang Edward.
"jangan marah-marah,nanti cepat tua."sindir Edward yang melihat Tiara membasuh pinggan dengan kasar.Tiara menutup paip air dan pusingkan badannya.Tiara berjalan sambil melanggar bahu Edward kasar."jangan merajuk lama-lama,nanti rindu."Edward sempat lagi bergurau.
Tiara menghempas pintu biliknya dengan kuat.Tiara merebahkan badannya.Makin lama,matanya makin tertutup.Akhirnya,Tiara terlena dibuai mimpi.
"Kring.Kring.Kring."telefon Datin Khairina bergegar."hello?"Datin Khairina bergayut dengan adiknya,Shariana.Datin Khairina meletakkan panggilan setelah lama berbual dengan adiknya.Datin Khairina melaung nama Tiara sekuatnya.
Tiara yang baru terlelap,terbangun semula kerana suara Datin Khairina yang memanggil kuat.Tiara cepat-cepat membuka pintu bilik dan berlari ke arah Mummy nya."napa Mummy?"Tiara menutup mulutnya yang sedang menguap.
"Tiara,Aunty Riana sakit sekarang.Dia dalam keadaan kritikal sekarang ni.Mummy nak kamu packing semua barang-barang kamu.Esok pagi Mummy suruh Daddy belikan ticket untuk kamu."tergesa-gesa percakapan Datin Khairina."what?Mummy,takkan Tiara nak kena tinggalkan sekolah dan kawan-kawan sekali lagi?Tiara taknak lah."Tiara merungut.Dia taknak tinggalkan orang yang dia sayangi sekali lagi.Dia serik."tapi,please Tiara.Aunty Riana salah satunya darah daging Mummy.Tolong jagakan dia,please."Datin Khairina melutut dan merayu kepada Tiara.Hati mana yang sanggup ingkar Ibukan?"baiklah,Tiara naik packing barang-barang."Tiara mengangkat Mummy nya yang melutut.Datin Khairina mendakap Tiara seeratnya."thank you,Tiara."kata Datin Khairina.
Tiara mengatur langkah lemah ke biliknya.Tiara menarik semua pakaiannya dan barangannya dan menyusunkannya di dalam beg bagasi besar milik Tiara.Amsterdam lagi!Terpaksa lah aku tinggalkan Malaysia lagi sekali.Seusainya kemas barang di dalam beg bagasi,Tiara baring di atas katil dan memejamkan matanya.
Share this novel