"tok.tok.tok."pintu bilik Tiara dikuak.Edward segera bangun dan berdiri tegak."Putra,Mummy Putra panggil.Dia baru sampai tu."Datin Khairina menunjukkan jari telunjuknya ke arah Datin Masturi.Edward menundukkan kepalanya dan mengatur langkah ke Mummy nya.Datin Kharina juga turut keluar dan mengatur langkah ke dapur.
"Mummy?"Edward mengeluarkan kepalanya dan mengintai Mummy nya diluar."sini,Mummy nak cakap."Datin Masturi memanggil Edward duduk dihadapannya.Edward melabuhkan punggungnya dan minum air yang disediakan diatas meja.
"bila Edward nak khawin?"tersembur semua air di dalam mulut Edward.Nasib tak kena muka Mummy nya.Segera Edward mengelap mulutnya."tungu bila masanya tiba."selamba Edward jawab.
Tiara menolak pintunya yang terkuak dan mengatur langkah turun.Tiara berjalan terinjit-injit kerana takut langkahnya didengari.Tiara menyorok disebalik dinding dipintu.Dia cuba mendengar butir-butir kata dari Datin Masturi dan Edward.
"Tiara?"soal Datin Masturi."Mummy,Edward tak suka dia okay.I'm nothing with her!Dia tinggalkan Edward macam tu je.Macam mana Edward nak ada perasaan CINTA dekat dia."sengaja Edward menekan perkataan cinta.Air mata Tiara mula mengalir.Sangkaannya tepat sekali.Cintanya bertepuk sebelah tangan.Datin Masturi mendekati anaknya dan berbisik,"kalau macam tu,mula beroperasi sekarang."Datin Masturi melangkah masuk dan pergi ke dapur untuk membantu Datin Khairina.
Tiara cepat-cepat mengatur langkah untuk ke kolam renang di belakang rumah.Dia mahu menenangkan fikiran dan menyejukkan badannya.Tiada sesiapa yang boleh tengok air mata dia sekarang.Tiara mengesat air matanya dari terus mengalir.
"Arghh,macam mana aku nak terus terang dengan dia!"Edward menjerit dengan suara garau.Dada Edward turun naik turun naik.Memendam rasa cinta yang tersisa dihati.Tiara,kalau kau tak tinggal aku dulu,mesti kita dah rapat sangat-sangat sekarang ni.Air yang terkumpul dimata Edward,cepat-cepat disekat sebelum mengalir.
Share this novel