1

Romance Series 5048

Kuala Lumpur International Airport,KLIA.Seorang gadis cantik berkulit putih bersih,tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah.Mengenakan jaket bulu dan kaca mata hitam.Sekali dipandang,sudah seperti ahli The Wannababes dah.
"Ding.Dong"jari telunjuk gadis itu menekan button rumah Mummy dan Daddy nya."Mana Mummy ni,panas lah."gadis yang bernama Tiara itu mengeluh sambil mengesat peluh dimukanya.Biasa lah,tidak tahan dengan cuaca diMalaysia.Tiara menghentak-hentakkan kakinya,tidak tahan dengan panas terik yang melampau itu.
Tiba-tiba pagar pintu rumah banglo itu,terkuak secara automatik.Terdapat dua susuk tubuh yang amat dikenalinya.Seraya itu,Tiara berlari terkedek-kedek."Mummy!"Tiara memeluk erat Ibu tercintanya.Bibir Tiara mencium kedua-dua belah pipi Ibunya.Rindu yang teramat rindu.Disalamnya pulak Daddy yang berada disebelah Ibunya.Dato Afif mengusap lembut kepala anaknya."Ok,sekarang Tiara nak rest.12 jam Tiara dalam kapal terbang tau tak?"Tiara memuncungkan mulutnya."pergi masuk dalam bilik kamu tu."Datin Khairina menunjukkan jari telunjuknya ke arah dalam rumah.Tiara tanpa segan silu terus melangkah masuk.Tangan kanannya menarik beg bagasi,manakala tangan kirinya menerkup mulut.Lainnya,segalanya sudah berubah.
Tiara membuka pintu biliknya.Kelihatan katil modern,balkoni,almari mewah,meja solek dan tandas yang sangat mewah.Tub mandi dan shower menampakkan lagi aura mewah didalam tandas biliknya.Katilnya yang sangat cantik bagaikan mimpi dipegang lembut.
Seusainya Tiara menunaikan solat magrib,Tiara membuka telekungnya dan melipat kemas telekungnya yang berjenama Siti Khadijah.Tiara memulas tombol pintu biliknya,dia mengatur langkah keluar dan menuruni tangga yang bersih berkilat.Tiara pergi ke dapur untuk melihat Mummy nya.Tiara berdiri terpacak disebelah Mummy nya yang sedang sibuk menyediakan makan malam."Nak Tiara tolong?"Tiara mengerutkan dahi sambil mengangkat sebelah tangan dan mengangkat bahu."No need."Mummy Tiara memandang sekilas dan sambung menyediakan makan malam.
Tiara mendekati peti ais yang besar disebelahnya.Pintu ais kini terkuak luas.Tiara mencari air jus.Ya,dia memang sukakan air jus tambahan lagi diwaktu malam.Tiara mengambil air jus epal dan mencapai segelas cawan lalu menuangkan air jus epal tersebut.Cawan itu diangkat mendekati bibir lalu diteguk.
Selesai makan malam,Tiara membawa pinggan dan cawannya ke singki untuk dibasuh.Tiara membasuh pinggan dan cawannya sambil bernyanyi."i want nobody-nobody but you."lagu korea dicampur english itu dinyanyi."Mummy,Tiara masuk tidur dulu ya."Tiara menyalam Mummy nya dan mengatur langkah ke bilik.
Kelopak mata Tiara dibuka perlahan.Terdapat sinaran yang terpacar dari balkoninya.Tiara bangun dari katilnya dan mengeliat.Dicapainya tuala dan terus ke bilik mandi untuk menyegarkan badan.
Tiara mengikat rambut panjangnya dan memakai anak tudung.Kemudiannya,Dia bangun dan mengambil tudung sekolah menengah.Tiara mengenakan sedikit losyen ditangannya.Takut hitam!Tiara menggalas beg sekolahnya yang blink-blink.Tiara mengatur langkah keluar dan turun ke tingkat bawah.Kereta Alphat meluncur ke jalan raya.Sehingga sampainya di sekolah,kereta Alphat itu berhenti.Tiara membuka pintu kereta dan turun."Wow,besarnya."Tiara memandang seluruh kawasan sekolah itu.
"Tiara?"Tiara mendengar dari arah mana suara itu memanggil.Tiara menoleh ke belakang."Aufiyya!"Tiara berlari anak ke arah BFFTJ nya.Mereka berdua berpeluk sakan.Tiara meleraikan pelukan.Dia memandang ke sebelah kiri Aufiyya."Qayyum?"terbeliak matanya melihat perbezaan Qayyum yang kelihatan sedikit matang.Aufiyya pun sudah memakai kaca mata sekarang.Tiara menoleh ke sebelah Qayyum pula.Tiara menenung lama wajah dan susuk tubuh yang amat dirinduinya.Kau mesti dah lupa aku kan."hai,Edward."Tiara ingin menghulurkan tangan tetapi cepat-cepat ditarik semula.Sekarang dah remaja,dulu kanak-kanak lagi boleh lah berpegangan kerana tidak tahu batasan lagi masa itu.Edward mengalihkan pandangannya ke arah lain.
Kau tinggal aku,Tiara.Macam mana aku nak berbaik dengan kau.Dah la sekarang kau dah makin cantik.Argh,geramnya aku!
Pelik,kenapa Edward tak tegur aku pun.Aku rindu kau Edward.Kenapa kau dah berubah ni?"Tiara,jom kita masuk kelas."Aufiyya melambai-lambaikan tangannya dimuka Tiara yang masih dalam lamunan."eh,ha.Jom."Tiara memegang tangan Aufiyya dan berlalu pergi meninggalkan Qayyum dan Edward dibelakang.
"Tiara dan Edward,tolong cikgu hantar buku-buku ni ke bilik guru ya."arah Cikgu Mona sambil menunjuk buku-buku diatas meja.Tiara mengangkat buku itu separuh dan separuh lagi diangkat oleh Edward.Handsomenya kau sekarang,Edward.
"kenapa kau pandang aku macam tu?"soal Edward yang sedari Tiara hanya memandangnya dari tadi.Aku rindu kau la."tak dek pape,cuma dah lama tak tengok."Tiara meletakkan buku yang dipegangnya diatas meja Cikgu Mona.Tiara hanya membontoti Edward.
"Argh,penatnya harini."Tiara menghempuk beg sekolahnya ke atas katil.Dia baru pulang dari kelas tuisyen.Tiara mengatur langkah ke balkoni.Dia menarik sliding door.Angin dingin malam menampar lembut muka Tiara.Rambut Tiara berayun ke kiri dan ke kanan.Tiara tiba-tiba teringat kisahnya dengan Edward sewaktu kecil.Edward selalu kena buli,Tiara lah yang akan melindungi Edward yang lemah itu.Mereka selalu jalan-jalan berdua.Ya lah,masa tu kecik lagi.Mana tahu apa-apa.
~Oh angin,bisikan padanya,ku cinta dia.
Takkan ada yang lain.Ku harap dirinya,dapat mendengarnya.
Apa yang ku rasa,tentang dirinya.Oh sayang,ku dengar.
Apa yang kau rasakan.Hanya satu dirimu.~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience