"assalammualaikum,awak dekat mana?"Tiara menghubungi Edward."dekat hati awak,chia3."Edward tergelak."tak lawak,elok-eloklah awak kat mana?"Tiara memusingkan kepalanya."sebelah awak."Tiara menoleh ke tepi kelihatan wajah Edward disebelahnya yang sedang tersengih."Mummy awak mana?"Edward memandang sekeliling."kat sana,diorang tengah main bola tampar."Tiara menunjukkan jari telunjuknya ke arah 4 orang yang sedang sakan bermain.
"Mummy,Tiara nak berenang kejap."Datin Khairina tidak menghiraukan Tiara kerana leka bermain bersama Diandra dan menantunya.Tiara hanya menggelengkan kepala dan berenang."Mummy Rina,Tiara mana?Tak nampak pun batang hidung dia."Edward memberhentikan 3 orang tubuh yang sedang seronok bermain."eh,tadi kalau tak silap dia mintak nak berenang kan?"Diandra mula bersuara.Semua orang disitu panik dan cemas."TOLONG!!"Tiara yang sedang terhanyut di lautan dalam meminta tolong.Terasa kepalanya pening sangat akibat ombak yang terhayun-hayun."Tiara!"Edward berlari dan berenang ke arah Tiara.Edward memegang kepala Tiara.Tiara tidak menyedarkan diri.Edward mendukung Tiara dan diletakkan di kawasan pasir pantai.Dia segera membuat CPR kerana abangnya dahulu seorang doktor pakar dan sempat mengajarnya teknik-teknik CPR yang betul."buwek!"melimpah air laut keluar dari mulut Tiara.Datin Khairina segera mendapatkan bantuan.
Kini,Tiara berada di wad.Edward dan yang lain hanya menunggu keputusan doktor yang sedang memeriksa kesihatan Tiara di dalam."puan,anak puan dalam keadaan stabil sekarang.Cuma,dia perlukan rehat disebabkan effect dari air masin dan ombak."Doktor yang merawat Tiara membenarkan Datin Khairina masuk untuk bertemu dengan Tiara.
"Tiara,Mummy minta maaf sebab tak hiraukan Tiara tadi.Kalau tak,Tiara takkan lemas macam ni."Datin Khairina mencium tangan Tiara."takpe Mummy,takdir Allah."Tiara bercakap dalam nada perlahan.Edward keluar dan duduk dibangku diluar bilik rawatan Tiara.Edward mengenggam rambutnya dan menangis."aku gagal selamatkan dia lagi,Ya Allah!"Edward mengesat air matanya.
Share this novel