"Mummy Rina,Tiara nak pergi mana?"Edward menggaru kepalanya yang tidak gatal."Amsterdam,Netherlands.Visit her Aunty.Why?"Datin Khairina menoleh ke arah Edward."kalau Putra nak ikut boleh?Nanti Putra belajar lah dari Tiara or tuisyen dekat sana.Boleh tengok budak tu."Edward meminta izin Mummy Tiara dan Mummy nya.Datin Khairina dan Datin Masturi saling berpandangan.Kedua-duanya mengangguk serentak.Yeah!Berjaya!Edward meyuruh driver menghantarnya kerumah untuk mempacking barang.
Apabila terbitnya fajar sidiq,alarm Tiara berbunyi.Tiara mengubah posisinya dari baring ke duduk dan mengerling ke arah jam.Jam menunjukkan pukul 6.00 pagi.Tiara menarik selimutnya dan mencapai tuala untuk mandi.Seusainya solat subuh,Tiara menyembur minyak wangi yang dibeli arwah opahnya semasa menunaikan haji di mekah.Minyak wangi berjenama LOVELY disembur di leher dan pergelangan tangan.
Setelah habis makan bihun goreng yang masak oleh Datin Khairina,Tiara menurunkan beg bagasinya dan mengambil pasport miliknya dan jaket kulit yang dibelinya di London beberapa tahun lepas.Tangan Datin Khairina dikucup lembut.Dipeluknya seerat yang boleh.Tiara yang sudah diberitahu bahawa Edward akan menemaninya hanya redha dan akur perintah orang tuanya.Mereka berdua dihantar ke airport oleh Dato Hykal Amin,ayah Edward dan Dato Afif Malik,ayah Tiara.Mereka berdua menyalam ayah masing-masing.
Mereka kini berada dalam pesawat Air Asia.Mereka duduk dibahagian ekslusif semestinya.Penerbangan mereka mengambil masa selama 12 jam.Tiara hanya membelek telefonnya begitu jugak dengan Edward.Edward mengambil gambar mereka berdua di dalam pesawat dan dihantar kepada Mummy mereka.
Amsterdam,Netherlands.Edward dan Tiara menempah hotel yang sama tetapi,bilik yang berbeza dan agak jauh.Seusainya Tiara mengemaskan barangannya di dalam bilik,Tiara segera ke tempat parkir kereta dimananya dia meninggalkan keretanya dahulu.Tiara menghidupkan enjin kereta.Kereta Tiara meluncur ke jalan raya.Tiara memandu ke Hospital Amsterdam untuk melawat Aunty Riana yang sedang tenat.
Tiara ralik berbual dengan Aunty Riana.Tiara mengerling ke arah jam tangannya.Waktu menunjukkan tepat jam 2.30 petang.Dia meminta izin untuk balik.Tiara berhajat ingin membasahkan tekaknya di sebuah restoran yang terkenal dengan air coffeenya yang sedap dan menambat hati.
Tiara menolak pintu kaca restoran tersebut dan mengatur langkah ke sebuah meja.Dia menarik kerusi dan melabuhkan punggung disitu."hai."dia memandang ke arah susuk badan dan suara yang amat dikenalinya."awak buat apa kat sini?Macam mana awak tahu kat sini?awak naik apa?"bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Tiara.Tanpa menghiraukan pertanyaan Tiara,Edward melabuhkan punggung dikerusi berhadapan dengan Tiara."server."Edward mengangkat tangannya ke atas dan memanggil pelayan disitu."Coffee and Tea."Tiara terus memesan sebaik sahaja pelayan itu tiba.Pelayan itu memberi satu senyuman manis kepada Tiara.Edward menaikkan bola matanya ke atas tanda menyampah."awak takda kelas ke harini?"Edward menongkatkan dagunya."harini takda,esok baru ada."Tiara membetulkan tudungnya."bawak saya jalan-jalan."selamba Edward memberi arahan."tapi..."tergagap-gagap Tiara bercakap."no tapi-tapi.Petang ni pukul 4."Edward terus membantah.
Air yang dipesan diletak di atas meja."thank you."Tiara menundukkan kepalanya dan senyum kepada pelayan yang menghantar air mereka.Pelayan itu membalas senyuman Tiara.Tiara terus mengambil air coffee dan menghirupnya."Ouch!"automatik Tiara mengalihkan cawan tersebut dari bibirnya."minum air tu pelan-pelan lah."Edward menggeleng-gelengkan kepalanya.Tiara meniup air tersebut dan memegang bibirnya yang berwarna merah jambu itu.Melecur bibirnya.Pedih!Edward yang melihat bibir cantik Tiara itu mula menelan air liur.
Share this novel