BAB 7

Romance Completed 3574

"Woi,bahayalah!"

Jeritku dengan resah apabila melihat banyak kereta yang lalu lintas.Namun 'dia' seperti tidak mengendahkanya dan masih cuba mengambil tongkatnya.Hatiku sudah turun naik.Memang gilalah minah ni! Dia tak tahu ke ada banyak kereta sekarang,dengan keadaan buta dia lagi! Marah hatiku.Aku sudah melangkah ke atas jalanraya sambil melihat 'dia' daripada jauh dengan wajah kecilnya yang resah.Mungkin dia takut dengan bunyi kereta sekelilingnya.

Hatiku terkejut apabila mendengar hon kereta yang panjang dan sedang laju meluncur kearah 'dia'.Muka 'dia' terkejut sama juga denganku.Tanpa berfikir panjang,serta merta aku lari di atas jalanraya dan menarik 'dia' ke seberang jalan membuatkan tubuhku denganya terbaring di atas tanah.Aku melepaskan nafas lega,nasib baik sempat.

"Woit,budak! Dah lama hidup ke?! Lain kali kalau ada otak jangan main atas jalanraya!" Marah pemandu kereta itu dan terus meninggalkan kami yang masih terpinga-pinga di atas tanah.Aku malas hendak mengambil kira kemarahan pamndu tadi,cepat sahaja aku melihat keadaan 'dia' yang masih di pangkuanku jika 'dia' ada sebarang kecedaraan di tubuhnya.

"Kau ok ke?" Soalku dengan pelik.Dapat aku melihat wajahnya yang masih terkejut dengan kejadian tadi.

"Sa...saya ok.Terima kasih sangat sebab selamatkan saya tadi.Kalau tak...."

Kata 'dia' dengan gusar sambil mengurut-urut dada nafasnya yang masih turun naik.Aku mendengus lalu mengeluh panjang.Sekarang di dalam hatiku cuma tinggal perasaan tidak puas hati.

"Kau tau tak tindakan kau tadi bahaya?! Nak mati apa!" Herdikku.

Aku tidak tahu mengapa aku boleh risau sampai tahap begini? Mungkin,aku cuma tak nak apa-apa kemalangan yang terjadi kut? Kalau dia kemalangan,aku jugak yang ada trauma buruk nanti.

"Maafkan saya,maafkan saya.Saya terlalu ikutkan emosi tadi." 'Dia' mempamerkan wajah bersalahnya.Entah mengapa lihat seperti comel pula.Aduh,kenapalah aku fikir macam tu lagi?!!

"Errr...tolong lepaskan tangan saya.Tak eloklah kita berpegangan bukan muhrim macam ni.."Katanya dengan nada perlahan.Dapat aku lihat wajahnya merona merah.Aku dengan bingung memerlukan sesaat untuk menelan katanya pada aku.Akhirnya,baru aku tersedar sejak daripada menyelamatkanya aku telah mengenggam tanganya dengan lama.

"Opps! Sorry..." Kataku dengan laju dan terus melepaskan tanganya.

Aku terus bangun daripada tanah dan mengkibas-kibas bajuku untuk menutup malu.Macam manala aku boleh pegang tangan dia tadi? Malu gila siut.Keadaan agak kekok seketika dan aku melihat 'dia' juga sedang mengibas tanah yang berada di tudungnya.Dan ketika itulah,aku mencuri lihat seluruh genap wajahnya.Matanya yang tiadak reaksi,bibirnya yang merah dan kulitnya kuning langsat.Cantik juga perempuan ni sebenarnya,kenapalah aku tak perasan benda ni 2 tahun yang lepas?

"Awak ada nampak tak tongkat saya dekat atas jalanraya?"

Suaranya membuatkan lamunanku terhenti dan menyedarkan bahawa aku terlalu lama merenung wajahnya.Nasib baik dia buta,fikir hatiku.Pandanganku dialihkan di atas jalanraya,dan seperti yang didugai.Aku terjumpa tongkat si 'dia' di tepi jalan berhampiran kami.Terus aku mengambilnya tanpa menghiraukan pertanyaan si 'dia'.

"Nah,ambil ni."Kataku dengan mendatar sambil menghulurkan kepadanya.

'Dia' tersenyum gembira.

"Terima kasih."

Laju sahaja tanganya mengambil huluran tongkat itu dan terus diluruskanya.

"Aku pergi seberang dulu."

Kataku dan terus melangkah di atas jalan.Takkanlah aku nak tolong dia lintas jalan pulak,kan? Fikir akalku walaupun aku sering terlupa bahawa pada 'dia',aku adalah seperti orang asing yang tidak dikenali.Apabila jejakku ingin sampai di perhentian bas,aku menoleh kebelakang melihat keadaan 'dia'.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience