BAB 4

Romance Completed 3574

Aku mengintai sehingga bayang pak cik itu hilang daripada pandangan.Apabila betul-betul sudah selamat,aku keluar daripada penyorokan dan berdiri di tepi gadis itu.Aku ingin melihat apa reaksi wajahnya apabila melihat aku,namun 'dia' masih statik macam biasa.Merenung jalanraya dengan pandangan yang kosong.Apa kena dengan gadis ni? Tidak sempat aku membuka mulut untuk berkata,'dia' bercakap terlebih dahulu.

"Awak,lain kali jangan mencuri makanan orang lain.Berdosa tau." Kata 'dia' tanpa memandang aku.

Aku mendengus seperti tidak percaya.Oh,jadi sekarang dia nak ceramah aku pulak.Mentang-mentang dia bayarkan makanan untuk aku.

"Kenapa kau buat macam tu?" Soalku padanya.

"Buat apa?" Kata 'dia' dengan wajah berkerut.

"Bayarkan makanan untuk aku.Kenapa kau buat macam tu?" Aku merenung tajam wajah gadis polos dihadapanku.

"Saya cuma tak nak awak makan-makanan haram.Jadi,tolonglah berhenti mencuri ye."

Aku tergelak kecil.Nasihat 'dia' pada aku seakan-akan aku ni seperti pencuri besar.

"Ok,aku faham kita selalu menunggu bas pada perhentian bas yang sama setiap hari.Tapi itu tak bermakna aku dan kau ada apa-apa hubungan sampai kau boleh ceramah pada aku macam ni."

Dapat aku melihat wajah 'dia' seperti berkerut.

"Aku takkan berterima kasih pada kau sebab kau bayarkan makanan aku secara sukarela,aku tak minta apa-apa pun.Jadi,berhenti tolong aku." Sambungku dengan nada yang keras.Aku betul-betul benci apabila memikirkan 'dia' menganggap aku ini seperti manusia tahap rendah yang mencuri.Boleh pula dia ceramah pada aku.Dia masih diam tidak berkutik,seakan-akan ayatku tidak memberi kesan kepadanya.

Kemudian satu bas menghampiri perhentian kami,aku mengambil beg dan bersedia untuk naik sehinggalah aku sedar bas itu bukan bas yang sama aku tunggu setiap hari.Aku melihat 'dia' sudah menapak ke hadapan.Nampaknya hari ini 'dia' yang pulang awal daripadaku,memang pelik kerana selama ini bas aku yang sentiasa datang awal daripadanya.Aku berundur.

Apabila bas itu berhenti di hadapan kami,aku melihat 'dia' mengeluarkan kayu yang dilipat dan meluruskanya.Dia mengetuk-mengetuk kayu itu di atas tanah dan perlahan-lahan memegang pemegang di bas dan masuk ke dalam.Pintu bas ditutup dan pergi meninggalkan aku bersendirian dengan perasaan terkejut.Bodohnya aku baru perasan sekarang,selama 2 tahun aku menunggu bas bersamanya baru hari ini aku mengetahui satu fakta.

"Dia buta.." Kataku tergamam sendiri.1

14 september 2012

Aku memandang malas pada guru yang dihadapan.Guru yang berukuran berumur 40-an itu galak sedang menerangkan pembelajaran yang sedang dijalankan.Namun bagi pihak aku malangnya,ayat yang dikatakan oleh guru itu tidak satu pun yang masuk ke dalam otakku.Aku menegakkan buku bagi menghadang guru melihat wajahku dan menekup mukaku di atas meja.Arrghh,sejak dapat tahu 'dia' merupakan seorang yang buta,seakan-akan susah aku ingin mengeluarkan fakta itu daripada mindaku.

Sekarang semuanya sudah jelas.Patutlah 'dia' seakan-akan nampak sering termenung dan baju sekolahnya pun nampak lain.Mungkin 'dia' menghadiri sekolah yang cacat penglihatan seperti keadaanya.Mengapalah aku tidak sedar keadaan ini 2 tahun yang lalu?Mungkin kerana diri aku yang tidak minat pada diri 'dia' dahulu.

Jadi,kenapa aku berfikir tentangnya sekarang? Bermaksud aku mula berminat pada 'dia' ke?! Oh,itu takkan berlaku.Terlalu bodoh untuk memikirkanya.Tanpa amaran satu tepukan di bahu mematikan lamunanku.

"Woi! Kau berangan apa tu!" Sergah Fizi dengan senyuman kemudian menarik kerusi dan duduk di sebelahku.Aku memandang sekeliling dan kini baru aku sedar,kelas sudah pun tamat.Aku menggaru-garu rambutku yang tidak gatal.Fizi sudah tergelak di sebelahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience