BAB 14

Romance Completed 3574

Teringatkan peristiwa itu,dia mengeluh.Semasa 'dia' dihantar ke dalam ambulan beberapa tahun yang lalu,seorang kakak sempat mengambil begnya dan meletakkan di dalam kenderaan.Namun sebuah buku Braile milik 'dia' terjatuh dan tertinggal di perhentian bas.Aku pada waktu itu masih dalam keadaan resah mengutip buku itu dan menyelak helaian demi helaian demi mencari nama si 'dia'.Namun hampa,semuanya ditulis dalam keadaan Braile.

Lamunan panjangku terhenti apabila menyedari kehadiran bas yangs semakin hampir di perhentian bas.Ramai orang mula bersiap sedia termasuk juga aku.Dan ketika ini,satu suara hati mula terdetik dalam hatiku.Betul ke apa yang aku buat selama ni? Buang masakah aku menantikan 'dia' di sini selama ni? Bagaimana kalau dituliskan takdir bahawa aku tidak akan menjumpainya selamanya?Aku memandang ke bawah dengan hati berbelah bahagi.Bas sudah tiba di hadapanku,langkah pun sudah diaturkan itu masuk ke dalam bas yang penuh dengan orang.

"Awak...."

Langkahku terhenti,hatiku terkejut dan aku rasa tidak percaya.Lantas aku menoleh ke kananku dan melihat seorang gadis tersenyum manis kearahku dengan gembira.Terbantut terus tujuanku untuk memasuki ke dalam bas.Aku merenung pemilik suara yang memanggil itu dengan rasa tidak percaya.

"Kau....."Kataku dengan tergamam seperti tidak percaya bahawa 'dia' lah yang berada di hadapanku pada waktu ini.Bas pun meninggalkan kami dengan laju namun keadaan kami berhadapan dengan diri masing-masing masih kekal.

Waktu ini,mindaku yang terkejut membuatkan mulutku kelu untuk berkata apa-apa.'Dia' yang memakai baju kurung dan memakai selendang yang labuh menutup dadanya benar-benar kelihatan manis dan matang di mataku.Dan apa yang membuatkan aku terkejut lagi adalah,dia boleh melihatku!

"Macam mana kau boleh nampak aku?" Tanyaku dengan tidak percaya.

Sekali lagi si 'dia' tersenyum yang membuatkan aku terpanar dengan kecantikanya.

"Dengan kuasa Allah,Alhamdulillah saya boleh melihat.Banyak tahun yang berlalu dan banyak jugaklah perkara yang berubah,tapi bagi saya awak masih tak berubah."Katanya membuatkan tanda tanya di hatiku.Bagaimana dia boleh mengecamku?

"Macam mana kau tahu ni aku? Bukan selama ni kau buta?"

"Entahlah.Tapi bila pertama kali saya nampak awak.Saya boleh terus tahu bahawa awaklah lelaki yang ingin mencuri duit saya dahulu.Ingat tak?" Katanya sambil tergelak kecil.

Aku malu sendiri apabila teringatkan kisah remaja aku dan 'dia'.

"Dan lagi satu,clue saya tahu awaklah orangnya adalah di sebabkan itu."Katanya sambil melirikkan mata di tanganku.Aku yang tidak sedar tersenyum malu apabila melihat buku Braile kepunyaan 'dia' di tanganku.

Aku menghulurkan buku itu kepadanya,dengan perlahan dia mendekatiku dan mengambil huluran itu.

"Terima kasih sebab menjaga buku saya selama ini.Ini buku kesayangan saya tau."Katanya membuatkan aku gembira.

"Maafkan aku sebab ambil buku kau tanpa kebenaran."Kataku.

Kami berdua ketawa kecil bersama-sama dan tidak menyedari telah ramai orang yang berada di perhentian bas itu.

"Kau seorang je ke?" Soalku.

"Tak.Saya dengan kawan saya.Sekejap lagi dia datang."Katanya dengan malu.

Aku memandang wajahnya yang masih menunduk.Saat ini aku terlalu gembira sehingga sifat aku yang berani dahulu menjadi gugup.Bagaimanalah perempuan yang aku nantikan selama ini boleh buat diriku menjadi sekalut ini.Tapi hari ini,aku nekad.Dia ingin mengetahui sesuatu tentang perempuan yang disukainya.

"Aku gembira akhirnya dapat jumpa kau di sini..."Luahku akhirnya.

Dapat aku melihat wajahnya yang merona merah.

"Sebenarnya selama ni aku tunggu kau dekat sini,sebab nak kata yang aku dah lama cintakan...."

Tidak sempat aku berkata,dia mencantas membuatkan aku terkejut.

"Awak,kalau boleh saya tak nak kita ada hubungan macam tu."

Kata 'dia' membuatkan aku terkejut.Adakah dia tidak menyukai aku? Terasa seperti diriku dihimpit dengan batu yang berat.

"Kau tak rasakan perasaan seperti aku ke?" Kataku dengan wajah berkerut.

'Dia' senyap ketika lalu membuka mulut.Mukanya yang masih menunduk membuatkan aku bingung.

"Sebenarnya...Perasaan saya sa..sama dengan awak dari dulu lagi."Katanya perlahan.

Aku sudah tersenyum lebar.

"Tapi,kita sebagai muslim tak patut ada perhubungan percintaan macam ni.Sebagai perempuan,saya hanya akan mencintai bakal suami saya sahaja."Katanya dengan malu.

Hatiku berdebar.

"Kau dah ada suami?" Soalku dengan terkejut.

"Saya tak berkahwin lagi.Apa saya maksudkan ialah lelaki yang bakal menjadi suami saya kelak."Dia berkata perlahan seakan-akan terlalu susah untuk meluahkan itu.

Aku sudah tersenyum tanpa dapat diselindung.Hanya tuhan yang tahu betapa gembiranya aku menjumpai dia dan mendengar bahawa perasaan kami selama ini adalah sama.Walaupun hatiku mendesak ingin memilikinya,namun aku tahu menghormati keputusanya juga adalah penting.

"Baiklah.Aku akan hormat keputusan kau dan akan pastikan suatu hari nanti bakal suami kau itu akan jadi aku orangnya."Kataku tanpa segan silu.

Dapat aku melihat wajah 'dia' yang terkejut mendengar perkataan yang keluar daripada bibirku.

"Jadi,boleh aku tanya satu perkara?"

"Apa dia?"

"Selama ni,persoalan ni selalu menghantui aku tentang kau.Aku selalu terfikir,nama kau apa?"

'Dia' tergelak kecil membuatkan hatiku berdebar sekali lagi melihat tawa manisnya.

"Nama saya sebenarnya"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience