BAB 11

Romance Completed 3574

"Awak daripada sekolah mana?

Terkejut juga aku dengan pertanyaanya.Tidak pernah aku menyangka bahawa si 'dia' yang akan memulakan perbualan.

"Kau tanya aku ke? "Kataku dengan kening terangkat.

"Awaklah.Siapa lagi." Si 'dia' tersenyum kecil.

"Aku sekolah dekat selekoh sana je."Balasku.

"Bangunan sekolah yang warna ungu tu?"

Aku pelik.

"Macam mana kau tahu warna dia..."

Tidak sempat aku berkata dia mencantas.

"Kakak saya yang kata.Takkanlah saya boleh nampak pula." 'Dia' tersenyum lagi.

Aku hanya membuat mulut bentuk '0'.Tetapi untuk seketika,entah mengapa hatiku berasa gembira melihat senyumanya.

"Awak..."Kata si 'dia' lagi.

"Apa dia?"

"Awak kata awak tak nak berhutang dengan siapa-siapa kan?" Soalnya.

"Kenapa?"

Tidak sempat 'dia' membuka mulut,telefon bimbitku bergetar menandakan ada pemanggil.Mulut 'dia' terus terkedu.

"Kejap ye.."Kataku lalu menjawab pemanggil di talian.

Menyibuk betul lah siapa yang telefon aku pada waktu ni! Bengang pula hatiku.

"Hello?" Sahutku dengan malas.

"Sayang..."

Terkejut aku mendengar suara manja Zara di talian.Aduh,apa lagi yang perempuan ni nak dekat aku? Dapat aku melihat sekilas wajah si 'dia' seperti terkejut.

"U nak apa ni telefon I?" Dengusku.

"Syai,janganlah macam ni baby.I masih tak dapat lupakan U.Jom kita rujuk balik.boleh? Pleasee,sayang?" Suara Zara di talian seperti manambahkan lagi sesak di dalam otak aku.Susah betul lah nak handle minah ni!

"Zara,kita dah 'break'.Aku tak nak ada apa-apa lagi dengan kau,faham.Kau pergi la dekat acap yang kau sayang sangat tu!"

"Baby,I dengan dia....."

Terus aku mematikan talian tanpa ingin mendengar lagi sambungan perkataan Zara di talian.Pening kepala aku dibuatnya.Aku mempaling melihat wajah 'dia' yang masih senyap di tepi bangku.Entah mengapa wajah si 'dia' nampak seperti lain.Mukanya seperti muram dan hampa?

Laju sahaja aku menyimpan kembali telefon bimbitku di dalam beg galas dan memandang kembali wajah 'dia'.

"So,apa yang kau nak cakap tadi?"

Mulut dia teragak-agak sepeti ingin mengatakan sesuatu.

"Sebenarnya,saya nak cakap yang awak tak patut bayar duit ni dekat saya."Kata 'dia' perlahan-lahan membuatkan mukaku berkerut.

"Apa maksud kau ni? Aku tak fahamlah?"

"Maksud saya,kalau awak betul-betul nak langsaikan semua hutang awak.Awak patut bayar duit ni pada pak cik yang jual keropok lekor dekat gerai sana."

Kata-kata si 'dia' membuatkan aku terkejut sekaligus membarakan dalam hatiku.Aku mendengus lalu tergelak panjang.Oh,jadi macam tu lah maksud 'dia'.Selama ni dia masih lihat aku seperti pencuri besar.Entah kenapa hatiku seperti marah dan kecewa.

"Kau pura-pura baik dengan aku la ni?" Soalku dengan sinis.

"Apa maksud awak ni?" Wajah 'dia' berkerut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience