BAB 6

Romance Completed 3574

Entah mengapa aku merasa janggal dengan situasi sekarang.Kami berdua kaku dan senyap seketika.Malas untuk membuang masa,aku mengeluarkan 'headphone' dan mendengar lagu daripada telefon bimbit.Kadang-kadang aku mencuri pandang juga pada 'dia' yang masih berdiri tegak disebelahku.Dia tak letih ke berdiri selama ni? Apa yang selalu dia fikir?

Ish,aku fikir pasal dia lagi! Laju aku menggelengkan kepalaku dan terus fokus pada muzik ditelinga.Saat telah berlalu dan perut aku berbunyi lagi,terkejut aku dibuatnya.Oh,baru aku teringat.Waktu rehat tadi aku tak makan,aku telah dipanggil oleh Puan Masya untuk mendengar bebelan daripada mulutnya buat kali kedua.Ini semua salah cikgu Masya sebab aku lapar sekarang.Aku nak beli makanan dekat mana ek? Memang cari mautla kalau aku nak pergi gerai semalam.Alah,aku pergi kedai serbaneka je la.

Aku bangun daripada bangku dan menarik beg galasku di bahu.Aku menyaluk poket dan satu keluhan berat aku luahkan.Tak guna! Bodoh! Macam mana la aku boleh lupa nak bawak duit buat kali kedua! Aku menghentak-hentakkan kepalaku di papan iklan.Aduh,perut aku dah lapar gila.Sejak bila otak aku jadi lembab sangat nih?! Aku meraupkan wajahku dengan kecewa.

Dan pada saat itulah,satu cahaya menangkap mataku.Cahaya yang datang daripada poket uniform si 'dia'.Dompetnya.Aku menelan air liur.Dompetnya betul-betul terdedah di dalam poket.Kalau aku panjangkan tanganku dan mencapainya,sudah lama dompetnya yang berbentuk 'teddy' berada di dalam genggamanku.Hati aku sudah berkira buat kali kedua.

Kau ni biar betul Syai? Takkanlah kau ni dah sampai masuk tahap mencuri dompet gadis kerana lapar?! Alah,tapi aku tak mencuri,pinjam je.Nanti esok aku bayarlah,perut aku dah berkeroncong panjang.Nak ambil ke tidak ye? Tak salahkan apa yang aku buat?1

Aku memandang sekali lagi wajah 'dia' yang tiada reaksi.Dengan perlahan-lahan aku melangkah menghampiri sisinya.Aku melambai-lambaikan tangan di hadapan matanya namun reaksi wajahnya masih sama.Bagus,dia betul-betul tak perasan.Aku mengambil nafas panjang dan bersiap sedia.

Aku menghampiri sedikit tubuhku padanya namun masih berhati-hati.Aku memanjangkan tanganku perlahan-lahan dan jariku sudah menyentuh dompet si 'dia'.Mataku kerling melihat riak matanya,masih tiada perasaan.Aku tersenyum,kalau macam ni senang lah kerja aku!

Tidak sempat aku menarik tanganku,'dia' menolehkan kepalanya dan membuatkan dahi kami terhantuk sesama sendiri.'Dia' terkejut membuatkan tongkatnya terjatuh di atas tanah.

"Auuch,sakit bodoh!" Jeritku dan menapak kebelakang sambil menggosok-gosok dahiku yang pedih.

"A..awak nak buat apa ni?!." Marah 'dia' dengan risau.Dapat aku lihat dia menapak kebelakang dengan raut wajah yang berkerut.Macam mana dia tahu aku yang dekat dengan dia?

"Kau jangan salah faham! Aku..."

Tidak sempat memberi alasan,kataku telah dipotongnya

"Tongkat saya? Tongkat saya mana?!"

Kata 'dia' dengan resah lalu tanganya meliar cari tongkatnya di atas tanah.Tongkat dia terjatuh ke tadi? Kata hatiku dengan pelik.

"Mana ni?!" 'Dia' masih resah mencari tongkatnya sementara aku bingung untuk membuat apa-apa.

Mata aku juga meliar mencari tongkat 'dia' di serata tempat.Sehinggalah mataku dapat menangkapnya di atas jalanraya.Tongkat tu?! Macam mana benda alah tu boleh sampai ke hujung sana?

"Tu! Tongkat kau dekat atas jalan sana!" Tunjukku seakan-akan lupa bahawa 'dia' seorang yang cacat penglihatan.

"Atas jalanraya?!"

Terkejut 'dia' mendengar kataku namun laju sahaja dia bangun lalu melangkah ke jalanraya untuk mengambilnya.Hatiku sudah terkejut dan mataku membulat.Tidak menyangka laju sahaja si 'dia' pergi untuk mengambil tongkatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience