BAB 10

Romance Completed 3574

Membara hatiku apabila mendengar respon ketawa daripada Fizi.Memang tak boleh percaya dia ni!Ketawa panjang daripada Fizi hanya membuatkan aku mendengus bengang dan terus menyambung semula melihat perlumbaan di hadapan.

"Haha..Itu ke masalahnya! Haha..."Fizi tidak berhenti tergelak membuatkan hatiku geram.

"Kau ni memang sakai kan.Malas aku nak layan kau." Dengusku.

"Haha.Sorry la bro! mulut aku ni macam takleh langsung nak tahan gelak bila dengan kau cakap macam tu.Lawak gila kut!" Berdekeh Fizi.

Muka aku yang bengang sudah berubah kepada berkerut.Kalau beginila muka aku setiap hari,boleh berkedut mukaku.

"Apa yang lawak sangat ha?" Soalku dengan pelik.Kenapa Fizi ni gelak 'over' sangat? Memanglah tika ini aku begitu geram dengan Fizi,tetapi aku rasa apa yang aku cakap tidak ada satu benda yang lawak pun?

"Apa yang lawak sangat Fiz?" Soalku buat kali kedua.

Ketawa Fizi semakin kelam kemudian dia tersengih pula memandang wajahku.

"Lawak la bro.Selama aku kawan dengan kau,aku tak pernah expect yang kau ni sebenarnya hati jiwang.Hahah.Setahu aku,semua perempuan yang kau couple tu cuma koleksi je."

Kata-kata Fizi membuatkan aku terdiam.Kini baru aku sedar,kenapa dengan aku? Betul kata Fizi,selama ni aku tak pernah macam ni? Aku tak pernah fikir walaupun sekelumit tentang perempuan yang cantik yang pernah berkasih denganku termasuk Zara sendiri.Tapi kenapa sekarang? Dan kenapa dalam semua perempuan mesti 'dia' yang aku selalu fikir? Aku kekal menyepi dan terus menyambung melihat perlumbaan di hadapanku membiarkan Fizi dengan pelik melihat keadaanku.

15 September 2012.

Sengaja aku bergerak dengan perlahan dan memperlambatkan langkahku di perhentian bas tengahari itu.Aku mendongak melihat hadapan,tidak seperti biasa.Kini aku melihat pula 'dia' yang sedang duduk di atas bangku dan membaca buku yang agak tebal dengan tulisan Braile.Terkejut juga hatiku kerana selama ini aku sering melihat si 'dia' berdiri di sebelah bangku.Entah mengapa hari ini dia berduduk malah sedang membaca buku pula.Akhirnya dengan langkah perlahanku,sampai juga tapak kakiku di perhentian bas.

Aku duduk di bangku seperti biasa dan keluarkan telefon bimbitku.Dapat aku melihat wajah si 'dia' yang seakan tersedar kehadiranku duduk di bangku.Sekali lagi aku mengatakan,pendengaran telinganya memang tajam.Aku masih senyap sambil berpura-pura membelek telefon bimbitku.Kenapa aku buat begitu pun,aku sendiri tidak tahu? Walhal perempuan di sebelah aku ni seorang yang buta.Tetapi kenapa hatiku berdebar sangat sejak daripada tadi?

Seminit telah berlalu,terkejut aku dibuatnya apabila melihat 'dia' laju menutup bukunya dan berdiri di tepi bangku tempat di mana dia sering berada.Masih statik dengan renungan di jalanraya.Aduh,kenapa aku gelabah sangat ni? Ini bukan kali pertama aku jumpa dengan perempuan.Bodoh betul lah jantung aku ni,tak habis-habis berdebar! Marahku sendiri.Akhirnya,rimas dengan perasaan sendiri,aku mengalah.Lantas aku bangun daripada bangku dan mengeluarkan duit kertas lima ringgit dan terus menghulurkanya kepada si 'dia'.

"Ambiklah."Kataku sepatah memecahkan kesunyian antara kami.

"Apa tu?" Soal dia dengan teragak.

"Duit."

"Duit?"

"Aku nak ganti balik duit yang kau bayarkan untuk aku dan jugak bayaran untuk roti semalam."Kataku dengan nada malas yang disengajakan.

"Tak mengapalah,saya ikhlas."

"Kau jangan nak banyak cakap boleh tak.Aku tak nak berhutang dengan siapa-siapa.Ambil je lah!" Geramku membuatkan muka 'dia' menjadi kalut.Dengan perlahan-lahan dia mengambil duit itu dan menyimpan dalam koceknya.Keadaan menjadi sepi lagi.Aku betul-betul tidak suka dengan keadaan sekarang! Rungut hatiku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience