BAB 13

Romance Completed 3574

"Kurang ajar!" Marah pak cik itu.

Tidak sempat pak cik itu mengejarku.Aku sudah lari di atas jalanraya.Namun,tidak sempat aku pergi kepada 'dia'.Jantungku hampir berhenti berdegup apabila melihat sebuah kereta meluncur laju dan melanggar tubuh 'dia' sehingga terlantar di atas jalanraya tanpa sedarkan diri.Hatiku terkejut hebat dan mataku membulat.Betul ke apa yang aku nampak ni?

Orang ramai yang berada di hampiran terkejut apabila melihat kemalangan itu.Aku menghampiri tubuh 'dia' dengan tergamam dan melihat wajahnya yang berdarah dengan tangan terketar-ketar.Ini realiti atau ilusi?

"Panggil ambulans!" Jeritku tanpa berfikir.Hatiku sudah berdebar tahap melampau.

"Saya sudah telefon,ambulan akan datang! Ya Allah,kesianya pelajar perempuan ni!" Jerit wanita di sebelahku dengan simpati.Tidak sampai sesaat,keadaanku sudah dikurungi oleh orang ramai yang sesak melihat perlanggaran kemalangan itu.

"Bukalah mata! Tolonglah buka!" Jeritku dengan gusar lalu memegang wajah'dia'.Namun hampa,tubuh si 'dia' seperti tidak mampu bergerak lagi.Sebentar sahaja,ambulans datang kemudian membawa masuk tubuh 'dia' ke dalam.

"Cik,macam mana keadaannya?!"

Wanita yang berukuran 20-an itu memandang aku dengan cemas.

"Pelajar,keadaan dia amat kritikal sekarang.Kami perlu cepat ke hospital,jadi tolong beri laluan!"

Jeritnya lalu menolak bahuku dan masuk ke dalam ambulan.Ambulan itu meluncur laju meninggalkan aku dengan perasaan termangu serta tangan yang berdarah.Nafas aku turun naik.Apa yang aku buat ni? Kenapa aku tak sempat selamatkan dia tadi? Nama dia pun aku tidak tahu? Perasaan bersalah menghimpit dadaku dengan kuat.Sekarang baru aku mengerti bagaimana perasaan menjadi penjenayah yang bersalah.Tanpa sedari,air mataku menitis setitik kerana 'dia'.

Beberapa tahun kemudian

Laju sahaja langkahku menuju ke perhentian bas yang telah lama aku pergi selama ini.Mataku dapat menangkap ramai susuk-susuk tubuh manusia yang berada di perhentian bas yang sesak tersebut.Ada pelajar sekolah yang duduk di bangku,ada ibu dan nenek tua sedang menunggu di tepi jalanraya dan bermacam-macam ragam lagilah.Malas untuk membuang masa,aku terus menuju ke sana dan duduk di atas bangku untuk menunggu bas yang seterusnya.Ya,perhentian bas inilah perhentian bas yang sama di mana aku dan 'dia' menunggu bas bersama beberapa tahun yang lalu.Telah banyak perkara yang berubah mengikut masa.Perhentian bas yang selama ini dihuni oleh aku dan 'dia' sahaja telah ramai didatangi orang untuk menunggu bas yang sama seperti aku.Jikalau seorang kawanku melihat keadaanku menunggu bas sekarang,memang sah-sah mereka akan katakanku gila.Mana tidaknya,sudah ada kereta Mercedes pemberian ayahku yang mahal dan cantik.Ini tup-tap,tup tap aku pergi ke universiti menggunakan bas juga.

Aku pun tergelak sendiri apabila memikirkan sikap aku yang sebegini,tapi hendak buat macam mana.Perhentian bas ini seperti menarik perhatianku sejak aku bertemu dengan 'dia'.Dan itu bukanlah sahaja sebab yang aku ada.Selama ni aku hadir di perhentian bas ini kerana satu.Aku ingin menemui semula dengan 'dia' dan melihat wajahnya.

Ya,memang aku bodoh.Selama bertahun aku menunggu bas di sini hanya semata-mata untuk menemui 'dia'.Aku tau itulah perkara yang paling mustahil di dalam dunia.Tetapi entah mengapa aku tidak boleh mengalah? Seperti ada ikatan yang kuat mengatakan yang aku akan jumpanya di sini.1

"Beb,hensem gila abang sebelah aku.Pelajar universiti kut?Nampak mudalah.."

"Betul lah we,hensem siot."

Pelajar perempuan yang berbisik di sebelahku sambil tersenyum sendiri hanya aku endahkan.Malas untuk cari hal.Bosan menunggu bas,aku keluarkan sebuah buku Braile yang terdapat di dalam beg.Aku meneliti buku itu dan menyelak tanpa bosan.Jangan sangkakan ini buku aku,ini sebenarnya adalah buku 'dia' yang tertinggal semasa dia kemalangan dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience