BAB 2

Romance Completed 3575

"Malam ni aku jumpa kau dengan member lain dekat arcade pukul 7 nanti." Putusku kemudian kami berjalan seiringan keluar daripada kelas dan menuruni tangga.

"Cool!Oklah,aku blah dulu.Malam ni call tau.Bye."Fizi menepuk bahuku dan terus keluar daripada kawasan sekolah.Aku tersenyum.Tahu sangat kalau Fizi balik awal,mesti nak date dengan aweknya.Dalam kalangan member aku,hanya aku dan Fizi sahaja yang dianggap 'bersih.'Bersih yang dmaksudkan adalah kitaorang bebas daripada dadah,rokok dan etc.Sebagai lelaki,jujur aku kata aku pernah tertarik untuk melakukan benda kotor yang dilakukan seperti member aku yang lain,tetapi entah mengapa aku tiada hati untuk melakukanya.Seakan-akan ada benda yang menghalang.

"Syai!"

Aku menoleh apabila mendengar suara gadis yang memanggilku daripada belakang.Aku melihat Zara yang tersenyum manis meluru menghampiriku.

"Sayang,malam ni U satu member lepak dekat arcade kan? I nak ikut boleh tak?"Pinta Zara dengan gaya menggoda.Aku tersenyum sinis.Bagiku Zara hanya salah satu koleksi gadisku sahaja.Dalam hidup persekolahan ini,aku tiada masalah untuk mencari 'awek'.Mungkin ini kerana rupa parasku yang sempurna.

"Tapi motor I rosak,U nak bonceng siapa nanti?" Soalku padanya.

"Alah,tak apa.Acap kan ada,I naik dengan dia je.Oklah,I pergi dulu..Jumpa malam ni ye!"

Zara tersenyum riang,kemudian bayangnya hilang bersama rakanya yang lain.Tanpa membuang masa,aku keluar daripada pagar sekolah dan menuju ke lorong kiri.Aku berjalan terus sehingga mataku dapat menangkap sebuah perhentian bas.Aku melangkah dan duduk di bangku perhentian itu.Inilah perhentian bas yang sama di mana aku menunggu bas selama 2 tahun.Bas yang sama,bangku yang sama.Cuma satu sahaja perkara pelik tentang perhentian bas ini.Selama dua tahun aku menunggu bas,tidak pernah satu orang pun yang menunggu di perhentian ini.Cuma aku dan seorang gadis yang aku gelarkan 'dia'.

Aku tidak mahu sangat mengetahui tentang perihal gadis itu.Berdasarkan wajahnya,aku tidak dapat mengetahui umurnya lebih tua atau muda daripada aku.Pakaian sekolahnya juga seakan-akan lain daripada yang lain,aku tidak pernah melihat mana-mana pelajar yang memakai uniform itu di kawasan sini.'Dia' bersekolah di mana agaknya? Sekolah swasta ke? Gumam hatiku.

Selama dua tahun aku dan 'dia' menunggu bas di sini,kami tak pernah bertegur siapa.Buat apa nak berkenalan kalau setakat jumpa di sini setiap hari,kan? Yang membingungan hati aku ialah,setiap kali aku melihatnya,'dia' akan sentiasa senyap dan memandang jalanraya dengan pemandangan yang kosong.Disebabkan sifatnya yang pendiam,aku selalu tertanya apa yang sentiasa dia fikir.Aku tidak pernah tahu di mana 'dia' tinggal kerana bas aku sering datang awal daripadanya.Jadi ,setiap kali aku pulang,hanya 'dia' yang tinggal di perhentian bas ini keseorangan.

Baiklah,berhenti berkata pasal gadis pelik tersebut! Buat masa sekarang,perut aku sudah berbunyi menyanyikan lagu menandakan minta diisi.Aku mengeluh berat,dan menyeluk poket.Kosong,tiada duit.Aku memandang 'dia' yang berdiri di tepi aku,menunggu bas juga.Melihat dia merenung jalanraya setiap hari betul-betul buat aku muak.Apa masalah gadis ini agaknya? Cantik sangat ke jalan tu sampai dia tenung hari-hari.Tengok muka aku sekali pun tak pernah.

Dengan malas aku memakai beg galasku dan berjalan ke seberang jalan meninggalkan perhentian bas di belakangku.Bas aku datang lewat sikit,bosan pula menunggu di sana.Aku berjalan terus sehingga mataku menangkap sebuah gerai yang menjual kuih-muih dan keropok lekor.Aku meneliti dan melihat cara orang tua bertubuh besar itu menggoreng keropok itu dan memberikanya kepada pelanggan.Hampir terliur aku dibuatnya.Perut aku berbunyi lagi.

Aduuh,tapi aku tak ada duit! Bodoh betul lah,patutnya aku bawak duit lebih tadi.Marahku.Aku memandang lama kuih-muih yang dijual.Makin lama aku pandang,entah mengapa satu idea terbit daripada mindaku.Aku mula berkira sendiri.Tak apa ke kalau aku buat apa yang minda aku suruh? Tapi salahkan? Alah,sekarangkan aku dikira darurat.Tanpa berfikir lagi aku mendekati gerai itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience