BAB 8

Romance Completed 3575

'Dia' yang masih teragak-agak untuk melintas masih berdiri di seberang jalan,bunyi kereta yang lalu lalang juga membuatkan wajahnya berkerut.Aku tahu dia takut.Patutkah aku tolong dia? Aku melihatnya untuk beberapa saat dan tanpa disedari,aku telah menuju kearahnya dengan pantas.

"Awak ke tu?" Katanya dengan meneka.Aku tahu dia memanggilku.

"Ye,ini aku." Jawabku dengan selamba.

Dapat aku melihat wajahnya merona merah lagi.Kenapa dia malu sangat dengan aku?

"Kenapa awak...."

Tidak sempat dia berkata aku menyampuk.

"Kau pegang beg aku,lepastu kita lintas sama-sama." Kataku dengan perlahan.Seperti tidak percaya pula aku ingin menolongnya melintas.Lain benar perangai aku jika nak dikatakan sebelum ni,terutamanya dalam bab menolong orang.Selalunya aku buat tak tahu je,tapi kenapa sekarang lain?

"Tak apalah,saya boleh lintas sendiri.Awak tak payah susah-susah.."

"Bukan aku yang susahkan diri aku,tapi kau.Cepatlah,kejap lagi ada banyak kereta yang lalu ni!" Gesaku.

Wajah 'dia' masih bingung seperti tadi,namun dengan teragak-agak jarinya menyentuh sedikit beg galas 'converse' ku.Entah mengapa aku boleh tersenyum pula.Dengan perlahan-lahan,aku melintas diikuti 'dia' yang berada di belakangku.Tidak sampai beberapa saat,kami berdua tiba di perhentian bas dan 'dia' terus menyimpan kembali tongkat kesayanganya.

Keadaan senyap seketika dan aku terus melabuhkan punggungku di atas bangku.Selepas apa yang terjadi,aku terlupa pulak yang sebenarnya aku ni dalam keadaan lapar yang amat sangat.Aduh,bodoh betul lah aku ni asyik lupa je.Gerutu hatiku.Perutku yang masih kosong membuatkan aku bengang dan marah dengan sendiri.

"Nah!"

Terkejut aku dibuatnya apabila 'dia' secara tiba menghulurkan aku sebungkus roti bekrim vanilla.Wajahku berkerut dengan kening terangkat.

"Apa ni?" Soalku.

"Roti untuk awak,ambillah."

"Kenapa kau nak bagi aku roti pulak?"

"Saya tahu awak lapar,kan?"

Macam mana dia tahu? Ataupun,dia dah tahu ke yang aku nak curi duitnya tadi? Ish,tak mungkinlah.Laju sahaja aku mengambil roti itu daripada tanganya dengan kasar.Aku terus membuka plastik dan memasukkan roti itu ke dalam mulutku tanpa mengatakan terima kasih.Aku tidak tahu sama ada malu atau ego yang menghalang aku untuk mengatakanya.Lantaklah,asalkan dapat makan pun dah cukup! Riang hatiku.

Dapat juga aku melihat wajah 'dia' yang gembira apabila aku menerima pemberianya.Gadis ni memang pelik,sekejap tadi muka dia merah,sekarang gembira pulak? Tak faham aku.Selesai makan,aku mengonyokkan kertas kemudian bersedia untuk membuangnya dia atas tanah.Apa punya perhentian bas lah,tong sampah pun tak ada.Jadi jangan salahkan aku kalau aku buang sampah rata-rata setiap hari.Gelak hatiku.

"Awak! Sampah tu bagi saya."

Kata 'dia' dan terus menghulurkan tanganya.Sekali lagi wajahku berkerut.

"Kau nak sampah ni?"

'Dia' menganggukkan kepalanya dengan laju.

"Suka hati kaulah.."

Balasku dengan malas dan terus memberikan plastik sampah itu kepadanya.Aku melihat sahaja dia menyimpan sampah itu di dalam beg.Minah ni kenapa sebenarnya?

"Kau nak buat apa dengan plastik tu?"

"Buanglah,dekat rumah nanti." Jawabnya dengan laju kemudian terus merenung pandangan jalanraya di hadapanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience