ms12

True Story Completed 1359

Dengan senyum sinis Laila berkata 'ye ke? Bukan ke awak nak putus sebab perempuan tu'. Amat terkejutnya Erwan apabila Laila berkata begitu tapi Erwan masih menafikannya dan berpura-pura tidak mengerti apa yang Laila katakan. 'awak tak payahlah nak tipu lagi, saya dah tahu lama dah pasal ni'. Laila mengimbas kembali apa yang terjadi di hari itu. Di hari itu, Laila pergi ke sebuah mall untuk membeli hadiah untuk Erwan. Di temani senyuman ia melihat semua barang sambil membayangkan Erwan memakainya.

Setelah Laila puas mengelilingi mall untuk mencari hadiah Erwan. Pada akhirnya Laila membeli sebuah jam tangan untuk di hadiahkan kepada Erwan. Laila keluar dari kedai itu dengan gembiranya. Laila sangat teruja membayangkan Erwan memakai jam itu. Sebelum Laila sempat berjalan ke pintu keluar langkahnya terhenti kerana sesuatu yang membuatkan hatinya hancur. Laila melihat Erwan yang sedang bermesraan dengan sorang wanita. Laila kenal ahli keluarga Erwan tetapi yang bersama Erwan bukanlah adik, kakak ataupun saudaranya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience