ms14

True Story Completed 1359

Langkah Erwan di hentikan dengan penampakan wanita itu sekali lagi. Kali ini sedikit berbeza, Erwan tidak mahu melepaskan peluang itu. Erwan terus meninggalkan kawan-kawannya dan mengejar wanita itu. Erwan naik ke tingkat dua tapi ia kehilangan jejak wanita itu. Erwan terus mencari tanpa berputus asa. Setelah pencarian yang agak lama akhirnya ia menemui wanita itu. Erwan berhenti dan hanya memandang wanita itu dari jauh. Wanita itu berdiri di hadapan pasar raya sambil membelakangi Erwan. Masa seperti menjadi perlahan di saat wanita itu berpaling ke arah Erwan. Mata Erwan berair dan badannya terasa saat lemah.

Di bawa kembali ke ingatan Erwan. Suatu hari Erwan dan Tasya berjanji akan berjumpa di tempat selalu mereka berjumpa iaitu pokok dekat dengan sekolah mereka. Erwan menanti sambil membawa hadiah untuk meraikan hubungan mereka yang akan masuk tiga tahun. Setelah Tasya sampai ia terus menghampiri Erwan. Erwan tersenyum sambil menghulur hadiah itu dan mengucapkan happy anniversary ke tiga mereka. Tasya hanya terdiam melihat hadiah itu dan memandang Erwan lalu menamparnya. 'kenapa kau tipu aku?' kata Laila sambil mengawal amarahnya. Dalam keadaan keliru Erwan bertanya 'apa maksud awak? Saya tipu apa?'. Tasya mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan sebuah gambar dari telefonnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience