ms5

True Story Completed 1359

Suatu hari di saat mereka bercakap telefon, Erwan bertanya pada Laila apakah boleh jika mereka bertemu. Setelah beberapa bulan berkenalan akhirnya Erwan mengajak Laila bersua muka. Kerana Laila mempunyai sedikit rasa suka pada Erwan dan kerana Laila percaya pada Erwan maka ia setuju untuk berjumpa. Pada hari itu mereka hanya berbincang tempat dan masa untuk mereka berjumpa. perbualan kedengaran biasa padahal mereka menyembunyikan perasaan teruja dan tidak sabar mereka.

Tiba di hari itu, mereka untuk pertama kalinya berjumpa. Mata mereka saling bertatapan. Angin di pantai bertiup lembut dan langit yang cerah menyinari indahnya pertemuan mereka. Erwan dengan perlahan menghampiri Laila dan menyapanya dengan gurauan. 'hai, saya Erwan. Boleh kita berkenalan? Si cantik ni siapa nama?'. Laila menutup mulutnya dengan tangan untuk menutupi ketawa kecilnya sambil Erwan memasang senyum yang mesra sambil menatap Laila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience